Wednesday, November 21, 2012

Oh My English...

Once, my English language either written or spoken, it was good, way good than I used to practise nowadays, or I could say lately.

I bet the changes happened due to environment that surrounds me. I used to write most of the time in Malay, makes me now not-that-'fluent'-and-'smooth' in English language. Regrets? A little bit. But hey, it is never too late to learn and keep sharpening the usage of the language, either it's our mother tongue language or not.

Therefore, hereby I am making a step forward action and would like to have a new lease of life in enhancing and improving to a better English. Let's make this blog as a portal journal, exactly like I used to write in a log book back in 1998 where I used to write journal in English and also vetted by loveliest English teacher at that time, Miss Bagavathy.

If I don't have any idea what's the best word/sentence to tell you in English, I will quoted it with this mark '.....', so that you know what am I trying to say, at least in Malay. SO deal?

Sepertinya susah mahu memulakan sesuatu yang bukan kebiasaan. But If I don't start doing it now, when will I do then? Right?

English hasn't been so rare to me ever since college time. Sungguh kesal dan menyesalkan bila tidak dapat memahirkan kemahiran ini to the highest level that I could reach if I did practicing the language ever since after school.

I can understand English, but not a hardcore one. I can write in English but not an EXCELLENT masterpiece, yet. Oh, I wish I can do well in this.

It's not easy to narrate something in English. I find it hard as compare to my mother tongue language. I appreciate my Malay language more but at the same time I wish I can excel in English too.

See, adakah anda nampak ketidakselesaan saya bercerita di situ? Ini disebabkan saya ketiadaan idea untuk menyambung post yang terperam lama.

See you in other post, then. Peace.





Monday, November 5, 2012

Penilaian, Dinilai...

Rasa tenang and aman tak, membaca blog entries saya sambil berlatarbelakangkan laut dan pantai ..... ? 

It works on me. Tiba-tiba teringat Pangkor. Saya bukan jenis sukakan pulau dan pantai pun. I mean, to stay or live there of course. Tetapi, sukakan kedamaian dan dingin pulau dan pantai tu boleh jadi. Sangat-sangat suka! Suka fefeeling sendiri. Makanya, dengan harapan penceritaan blog saya di sini akan jadi setenang dan senyaman deras bunyi air laut inilah ye...

Baiklah, talking about Musim Penilaian...or Assessment mode/season la kiranya sekarang nieh. Setelah kesekian kalinya bergelar si tukang makan gaji, tidak dinafikan saya banyak terpalit sedikit (jugak ler..) 'sejarah hitam' dengan sesi-sesi penilaian nieh. But this year is like my second year pun. Second year but first time in this company. In previous company was my first AND also my last there. Woa, how significant!

Kalau dahulu, saya di dalam mood perkahwinan dan ketika proses melahirkan, penilaian saya dikatakan 'tidak berapa cemerlang', which to me it was unacceptable. Kalau kerana mengandung saya dituduh hilang fokus and I didn't expect that he will assessed me that bad. As if my drafted memo and paper work never get noticed by the CEO....as if boss has never appreciate me for using such good words and proper sentences for the newsletter...as if I've never contributed to implement new way of writing memo and announcements and the list of as if continues .....

Never mind,  it was past then. Benda lepas jangan dikenang. Life must move on.

Now, in my current workstation I went through the assessment session again and it was yesterday, Nov 1. And many more to come as I will be here working till end of my day, insya-Allah.

As this is my first year re-joining back this Company, my marks for this year's performance is OK. It is standard and I could see I am quite satisfied. Dan, dengan penuh iltizam dan semangatnya, I am hoping and pray that marks will slowly climb towards to the highest mark in achieving 'excellent' standard.

Enough said?

Ketidakpuashatian? Ada, harus ada. Tetapi mungkin sekelumit sahaja. I am imperfect. Mana mungkin serba serbi saya ini baik, bagus dan seratus peratus boleh angguk setuju.

Ada perkara yang diperkatakan buat saya terfikir-fikir, terngiang-ngiang, teringat-ingat sampai sekarang which is 100 per cent not good for health. Yang mana tidak baik untuk kesihatan itulah, yang eden duk fikir. Haih. Berhentilah otak untuk memikirkan perkara yang (mungkin) belum tentu jadi! which is ...

entah...

Saya mungkin belum mahir, semahir-mahir insan dalam dunia untuk menulis berita atau rencana bertaraf Kajai. No, I am not (yet). Tetapi insyallah, saya yakin with full guidance, moral support and extensive exercises given, supported by superiors, I am sure I  can deliver 200 per cent lebih daripada biasa. But...

Dari gaya bercakap, cara 'memberi nasihat', anda dilihat seperti tidak memberi sebarang galakan malah ianya dilihat lebih berjaya menyumbang kepada masalah kemurungan yang serius dalam diri saya. Ya, anda berjaya, I can conclude that.

Sejujurnya, saya bukan manusia jenis ini sewaktu remaja saya (of course, nan hado masalah gini waktu zaman kanak-kanak). Jenis yang sepertinya senang murung, mudah tersentuh, terasa serta tinggi juga sensitivitinya terhadap persekitaran dan perkataan-perkataan yang men'cemuh'kan. Seriously. But somehow, it turned out to be totally up side down lately. In me, myself. Indeed. Oh I shouldn't have remain acting and behaving this way. I should not seriously.

Justeru bila anda bersikap demikian, dengan keadaan diri saya yang sebenarnya mungkin belum lagi menunjukkan taring-dan-potensi-sebenar saya, saya jadi serba serbi tidak 'enak' dalam fikiran dan benak hati. Saya mula mencari-cari di manakah kesilapan saya di dalam pencapaian saya setakat sehingga ke hari ini. Again, yes, maybe my write up not that 'powerful' as you wanted/expected but please do not demoralise my motivation and intention to always perform my very best in everything I do. Only that I hope you change and please do not 'affect' me if you permit to do so. Sungguh, saya terkesan.

Apapun....

Setelah pencarian rakan-rakan yang boleh saya 'sandarkan' masalah saya ini, termasuk teman sehidup semati, Encik Suami, saya jadi lebih lega dan sedikit tenang. Terima kasih kalian. I know, I am not that good (again, yet. Insyallah, soon I will). Tetapi sesiapapun insan di dalam dunia, andaikata diberikan latihan dan teguran yang membina, tentunya insan tersebut punya kesedaran dan inisiatif sendiri untuk maju ke hadapan. This implies on me. Truly. 

Untuk satu aspek ini sahaja, buat saya berfikir panjang, memang sangat tidak berbaloi, bukan? *geleng-geleng kepala*

Oleh yang demikian, apa pendekatan saya ambil : diam diri, duduk diam, kumpul segala bahan-bahan bacaan yg boleh membantu saya mempersiapkan diri ke arah menjadi seseorang yang 'perfecto' sepertimana dikehendakinya. Dan belajar juga untuk tidak mempeduli sangat apa jua perkataan dan kata-kata dia yang telah dan akan terpacul dari mulutnya = kerana ia tidak 100 peratus benar dan 'ikhlas'. Adakala saya berasakan ianya lebih didorong dengan emosi semata. Cemburu barangkali. Yes, mungkin.

Kepada yang membaca, ambillah pengajaran di bawah :
  1. Tidak terlalu memendam rasa dan berfikir panjang kerana ianya bakal mengundang stress dan penyakit-penyakit kronik yang lain.
  2. Sedarlah dan bertabahlah untuk dugaan sebegini dan sentiasa percaya there's always a silver line behind things happened.
  3. Bangkit dari kemurungan dan berusaha sehingga sehabis daya bagi membuktikan tuduhannya itu salah dan meleset sama sekali, which what I am doing now and yes, it is an ever ending spirit in me.
  4. Dapatkan kumpulan sokongan dan kata-kata pembakar semangat dari mereka yang anda sayang dan percaya. It helps a lot!
  5. Anda sememangnya BOLEH, tiada yang BOLEH melainkan yang BOLEH BOLEH belaka!
Prove him wrong, Abby! Prove her that you can do it! Prove to everyone that you're EXCELLENT!








Thursday, November 1, 2012

Hi-5!

One two three four .... High Five! One two three four .... High Five! Aaaaaaaaaaa .. Five in the air, let's do it together!

Kalau sesiapa biasa menonton, rancangan ini tentu jadi kesukaan. Boleh jadi kesukaan jugak lah. Sebab enjoy. Entertaining. Dan tidak pernah ada yang bosan tentang Hi-5, setakat hari ini saya tengok. And I am talking not about my favourite show, but it's my son's favourite tv programme. Yes, he's with the name of Imran Imtiyaz.

Hi-5 adalah terdiri daripada mereka-mereka di bawah ini.



Kalau ditanya pada Imtiyaz, siapa nama-nama mereka, I am sure he can answer you. From left : Laurent, Tim, Fely, Stevie and Casey. And the reason why I can simply remember their name is because for every episode of the show, five of them will introduce their name right after they finished singing their main/theme song.

Like this, 'Hi, I'm Laurent (switch frame) Hi, I'm Tim (different tone)' dan seterusnya. Senang ingat tu. It works on kids to memorise their names.

Kenapa buka cerita tentang Hi-5? Hehehe sebab kesukaan Imtiyaz ini telah menjadikan Iyaz seorang yang sangat becok dan tidak berhenti menari whenever the song or rhythm is ON. I just love seeing Iyaz follow the way they dance and perform. Sungguh menggelikan hati dan sangat mengujakan hati saya untuk lihat dia seaktif, sebijak dan selincah lima bersaudara macam dalam Hi-5 tu ha.

First, their songs are nicely composed and written. Their grammar and usage of words are all sync, and of course proper and good for children to learn. I super like and heart the show.

Selection of songs are all perfect and as a bonus, every episodes offer different type of theme. Their costumes are colourful and using blocking colors, my favourite (recently)....hehehehe. Dan banyak lagi perkara-perkara baik dan best pasal Hi-5, yang mana pada saya it's a good show for everybody to wash anyway, no harm. Ala, untuk suka-suka.

Through the show, saya lihat Iyaz develop banyak skills baru. As if he wanted to copycat or try doing the same from what he watched. Antaranya, make sandwich on his own, sweeping, cleaning closets and bed, tie shoes and banyak lagilah. Kalau ada sahaja benda pelik di mata kami dia buat, we all bet he might have learnt something from the show.

As for the words, we could hear his pronunciations are getting clearer each day. Humming to the song and tone, sometimes it's most perfect to be heard. Lantas kami jadi teruja macam itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut dia. Hehehe funny us, yes!

Walau bagaimanapun, dalam pada Iyaz seronok menonton dan dalam pada keterujaan kami memberi kebebasan dia menonton, ada 1 aspek yang kami perlu beritahu dan didik dia which is : dog is an animal which he can't touch just like what is shown in the tv. Ya, Hi-5 versi Australia memang semuanya anak-anak mat saleh yang bukan beragama Islam. Ada satu slot yang mana (kadang-kadang) kanak-kanak dibiarkan bermain, berkejaran dan memandikan anjing which is NO-NO for a Muslim to do the same. Thus, itu antara perkara yang kami alert and once anak saya mula bertanya, he must be well-informed ;) Insyallah, will let you know of the progress.


What's more fun about Hi-5? Oh their costumes and their storyline. Itu 5 actor and actresses adalah sangat pandai melakonkan watak-watak animasi dan imaginasi which I don't think I can't do the same, or as good as they are. Dramatik dan sentiasa menjadikan penceritaan itu satu jalan cerita yang mengujakan.

Contoh : Jumpa ikan paus dalam laut dalama adalah FUN, bermain dengan bayang-bayang adalah PELIK, masuk dalam kapal angkasa dan membayangkan diri berjumpa matahari adalah JAKUN dan banyak lagi...

Isn't that fun, Casey?- Wow, this is cool! - You should have been doing this, I am sure you'll enjoy it the most - Good job, Tim! You did it! ...dan banyak lagi kata-kata pemberi semangat yang selalu dilaungkan kelima-lima mereka. Voiced out in such vibrant mood, tone and style, Imtiyaz jadi senang belajar dari lenggok ayat-ayat tersebut. Dan bila-bila kalau saya hendak memuji, menegur dan memarahi anak, intonasi sama yang saya guna, dengan harapan dia faham dan tidak ulang buat. And he did it, most of the time....it means, he could understand what he has heard and watched. Alhamdulilah.

Terlalu banyak bercerita tentang Imtiyaz dan Hi-5 nya. Kira adillah bukan, sebab Ibu dah pernah bercerita tentang Adam dan Hawa nya :-P. Kegemaran Encik Suami? Sudah tentu-tentu MasterChef dan segala macam rancangan memasak atau berunsurkan interior design. Hehehehe next entry boleh cerita pasal itu pula.

HI-5 EVERYONE!~

Tuesday, September 11, 2012

Novels...

Novel. Saya sangat menggemari novel. Lebih-lebih lagi membacanya. Errk, novel sudah tentu tujuan penciptaan dan nukilannya adalah untuk dibaca, sudah tu, ada perkara lain ke novel boleh buat? Jadi lapik daun pisang, macam sesetengah bungkusan nasi lemak? Errk.

Sampai ke hari ini, saya kurang pasti sudah berapa banyak naskhah atau novel yang sudah saya baca. Seingat saya, saya mula minat dan ada minat untuk baca novel tebal sejak usia 11 tahun lagi. Masih kecil tetapi sudah diusung novel tebal-tebal. Lagak macam skema habih.

Tetapi dulu saya kurang pasti novel itu (rupanya) selalu dikaitkan dengan kisah cinta. Seingat saya jugalah pemilihan buku-buku dulu pun (since yang tukang beli dan bayar itu Abah) memang Abah yang buat. Mana yang dia rasakan baik dan sesuai, dia belikan dan suruh baca.

Masih ingat lagi, dulu kalau tidak silap IKIM atau something something persatuan/kelab Islamic yang aktif berkolaborasi dengan Utusan Malaysia buat pertandingan menulis dan menerbitkan novel atau cerpen terbaik berunsurkan keislaman.  Penulisan yang menang itulah yang akan dijilidkan dan dijadikan buku. Dan buku-buku jenis inilah yang Abah belikan dulu, dan buat saya jatuh cinta sampai sekarang untuk baca. Terima kasih, Abah!

Memang bunyi agak rigid dan skeptikal, tetapi penulisannnya saya boleh kata TERBAIK dan sangat-sangatlah menjiwai. Ye, yang menjiwai itu saya. Tersangat. Manis dan pengisiannya juga baik-baik belaka. Sangat ilmiah dan sangat islamik.

Tetapi itu dulu. Sekarang saya sudah bebas membaca apa-apa sahaja saya mahu. Novel juga sudah semedang koleksi saya baca. Entah macam-macam jalan cerita, karakter, klimaks dan penulis saya baca.

Dan....

Apa yang menjadikan novel hari ini semakin menarik dan tertarik buat saya adalah adanya adaptasi novel kepada drama/ filem!!! Woots!

Lately, saya telah diperkenalkan dengan masterpieces yang sangat-sangat best jalan ceritanya. Among them are :




#AdamDanHawa antara karya yang sangat baik. Sangat beremosi dan bermain dengan jiwa dalaman. Dendam yang disimpan sangat susah ditukar dan ditafsir sebagai cinta, sehingga mengambil masa yang sangat lama untuk Ain menerima Am. Oh, I love their conflicts. Latar masa dan tempat pun tidak banyak dan cukup signifikan sebagai jalan cerita. Am is being a typical 'gigolo' type of man, while Am brought herself being a very typical Malay woman, berbaju kurung, rambut ayu, panjang mengurai dan tidaklah cantik persis model (sangat!) It is airing daily now in Mustika HD. Memang tidak betah terlepas walau satu episod okeyh?! #AdamDanHawa drama really cheering me up!

Dua lagi novel di atas karya Siti Rosmizah juga sangat bagus dan baik penulisannya. Kenapa saya kataka ianya baik? Sebab saya gelak, senyum dan tidak kurang, menitiskan air mata baca kedua-dua novel ini, which I found it as RARE sebab susah jugak kalau sampai tahap saya nak atau terboleh menangis baca novel!! Rare habis woit! Makanya, saya boleh kata novel karya Siti Rosmizah yang dua ini SUMPAH best! Best recommended untuk penggemar novel baca dan hayati. Most recommended by ME!

dan...

banyak lagi novels yang sudah saya baca yang tidak terkongsi saya kesemuanya di sini. Ada masa terluang lgai saya akan cerita okeyh.

Enjoy your reading session, peeps! To me, it works as a therapy. Really WORKS on me! Try it. Maybe it implies on you too!

*Peace*


Wednesday, August 29, 2012

Muara Hati...


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakin ini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali
Padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku menuju padamu
Ke manapun kan pastikan kembali

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita 
Cinta kan bawa kembali
Padamu

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (dalam hati)
Cinta....

Lovely song by Datuk Siti Nurhaliza and the known Hafiz, a giant talent with so-very-good vocal. What a collaboration!

Loving the song and lyrics to bits! Sangat-sangat menceritakan dan menggambarkan perasaan dan hubungan cinta #AdamMukhriz dan #AinHawani.

Cinta banget!


Menghampiri Hujungnya...

September is coming and leaving August behind. It's happening, real soon. 

Dalam saat menghampiri hujung-hujung tahun ini, apa dan siapa yang berada dalam fikiran dan menjadi antara yang paling banyak kamu ingin ingat dan terkenang? Tiada? Sedihnya. Pasti ada bukan.

Macam saya, for the past eight months, I could say, I've been given tremendous opportunity and lifetime experiences especially when I have been selected by the Uzbekistan government to visit their country last month of June. The 7 days 6 nights trip was excellent with million zillions of stories and 'seeing-is-believing' experience there.

Eh eh saya belum menceritakan ianya di sini, kan? (Hahahahaha, cerita di laman blog utama pun tersangkut tengah jalan, inikan di sini) Pening!
Banyak lagi insiden lain. Tetapi for the past two years, saya diberikan peluang dan kesempatan untuk melawat negara orang. Bahagianya rasa. Kedua-duanya disebabkan oleh tuntutan kerja. Alhamdulilah. Memang menjadi impian & angan-angan saya untuk kerap melawat negara luar kalau boleh sekurang-kurangnya sekali setahun. Wah, kelas!

Tidak salah berangan bukan, mana tahu or mmg akan jadi kenyataan, one fine day :) 

Bila menghampiri juga penghujung tahun ini, baru sedar usia sudah tidak akan turun satu angka. Malah, akan naik dan meningkat aje kejenya. Tidak gitu?

Dalam pada usia kian meningkat, janganlah ianya dijadikan alasan untuk bermasam muka. Ada banyak perkara boleh dilakukan dan dihargai sementara nyawa masih dikandung badan. Saya juga gemar mengingatkan diri sendiri tentang kenyataan ini.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang kini mempunyai anak seorang. Terasa diri ini hanya didedikasikan khas sahaja buat anak tercinta. Dan selalu juga saya mengharapkan kalau boleh agar masa-masa yang dilalui bersama anak teruna yang masih kecil ini biar lambat-lambat aje berlalu. Huhuhu...Sungguh! Tidak tipu.

Mencuba juga kalau-kalau saya boleh gunakana bahasa pasar mengarang di sini. Nampaknya tidak boleh lah. Bahasa rasmi macam dah jadi 'darah daging'.
Saya cuba.

Dipendekkan ceritalah, menghampiri hujung tahun ni buat rasa diri tua sangat-sangat. Rasa macam biorlah lambat sikit masa tu berjalan. Rasa macam tidak puas 20-an. Lagi empat tahun sekalipun nak tukar angka jadi 30-an, terasa macam 'Takpelah, tahun. Hangpa datang lain hari k? Biar lambat asalkan selamat orang kata'. Nais tak?

Semalam entry saya macam marah. Hari ini entry saya macam 'ke laut'. Mungkin kesan tekanan semalam masih berbaki. Bahahahahahaha makanya biar saya layankan diri aje, buang masa menaip entry nie. Pada yang suka, membaca, bacalah.

Jangan sampai blog ini bertukar jadi blog cerpen atau novel sudah. Tapi bolehkah ek? Hamba tidak reti la berimaginasi. Berangan, hebatlah! Ces!

Mana tahu sudah sampai ke hujung tahun, di permulaan tahun depan saya boleh buka buku baru?! Kan? Who knows? Doakan. Sebab saya nak cuba banyak bidang-bidang baru lain, bukan setakat yang saya mahir sahaja. Sekurang-kurangnya bak orang kata, 'Life is too short to only do one thing'. So WHY NOT?

Adios.



Tuesday, August 28, 2012

Jangan, jangan...

Saya kurang pasti perangai insan dan umat yang seorang ini. Entah silap angin kus-kus melanda atau sebenarnya ada lebihan atau mungkin rembesan hormon yang tidak sepatutnya ada dalam badan telah menyebabkan, insan yang seorang ini bertindak macam carca-marba. Macam ada sesuatu yang 'kureng' pada kewarasan emosinya. 

Emosi, I repeat. Bukan akal. Akal, dia maha hebat serba serbi. Semua pada fikiran dia, betul. Semua pada pandangan orang lain, SALAH. It's a BIG NO NO kalau ada pendapat bernas dan cergas dari orang lain.

Saya juga bukan insan sempurna. Buktinya, naah. Bila mana saya tidak puas hati, geram dan sebal, saya 'hentam' dan luahkan perasaan sahaja di blog. Saya memang tidak sempurna, mungkin 1000 kali lebih jahat dari insan yang maksudkan (macam dalam perenggan pertama). Tetapi, pada saya lah, jangan la bersikap orthodox. Please, You've been repeating doing this over and over again. 

Sampaikan ...

Saya dan rakan-rakan lain macam sudah fobia. I am not that outspoken to anybody simply. That's not me style. Tetapi sekiranya keadaan memaksa, jangan sampai saya meletus. Sebab gaya anda, cara anda, perilaku anda cukup memberikan impak dan kesan 'dramatik' pada saya. Dramatik bukan apa. Terlalu memberi stress dan kesan mendalam sampai rasa mahu tarik rambut dan hentak kepala di dinding sahaja. Horror sungguh!

Sejujurnya, sudahlah saya bukan orang sempurna, makanya kalau saya beri nasihat atau kata-kata (konon) yang bolehlah dapat mengubah mata dan hati insan yang seorang ini untuk berubah sikitttttttttttttttttttttttttttttttttttttt, saya sudah boleh bersyukur tadah tangan, okay?! Betul!

Bila mana seorang manusia itu ego, ada perangai tersendiri yang rata-rata tidak semua orang semua dan ramai bercakap belakang, what do you expect? So that people will get closer to you in future? NO. So that people know your honesty and kindness? NO. Sebab kesemuanya hanya nampak di pandangan mata kasar. Sebaliknya, ramai boleh hidu, you're fishy enough to treat us all that way. Bukan niat hendak mengajar pun sebonar-bonarnya. Tetapi lebih kepada menganiaya.

So how?!

Sampai satu tahap, kalau saya cuba juga untuk mengatakan TIDAK kepada arahan dan permintaannya (yang pada saya, tersangatlah di luar penerimaan kotak fikiran & tiada kena mengena langsung dengan tuntutan kerja), saya kena keringkan hati dan kentalkan telinga! Seriously! I tell you! KERING & KENTAL (K&K)

On another note, insan lain yang kena ada ciri-ciri K&K ini juga adalah insan terdekat dengan saya, iaitu Encik Suami. Yes, he is! No choice, but have too!

Bukan apa. Akibat bila berani mengatakan TIDAK tadi itu, si insan ini boleh berubah watak pula menjadi seseorang yang fuh, fuh ... kaki perli-memerli ikut suka. Sudahlah tu kalau perli sambil bercerita kepada satu pihak sudahlah, ini tidak! Dipukul canang macam mahu 1 level ni tahu apa berlaku.

Wah, hebat betul penangan perangai kamu yang ini tau! Sangat mengguris hati. Hati saya ni kecil, rapuh dan teramatlah fragile. Bila diperli gitu, stress nak mati rasa! Budaya perli-memerli ini macam sudah sebati sangat saya kira ada pada kamu.

Though you're way way too older and aging than me, but your age and your attitude doesn't sync to each other. HONESTLY! Anda keseorangan kah, anda mahu kan teman kah? Beritahu. Jangan selindung, jangan ego. Itu yang bersangkut paut tu. Bila berperangai balik, kawan pun seekor dua. Lepas tu tuduh diri sendiri 'mulut jahat'. Dah memang, hang 'mulut jahat'. Hati tu tak pasti. Tu hati lu. Wa leh baca je. Tak leh bedah and tafsir. Stressss wo!

Bila terlalu banyak 'hentaman' dan stress yang saya terima di pejabat, En Suami la orang paling setia menadah telinga dan menghadap saya dan terus-terusan setia mendengar apa pun celoteh saya. Dia pula redha dan memang jenis tadah telinga aja mendengar. Terima kasih Sayang. I know you're good at this and that is why I love you. Menerima dan menyayangi saya seadanya.

Berbalik kepada insan yang seorang itu ....

Percayalah kataku, anda memang berjaya menghuru-harakan emosi saya hari ini. Anda juga hebat kerna berjaya memporak-perandakan hormon saya untuk terus dipam keluar dan merembes tekanan darah yang mungkin tinggi juga. Sebabnya anda hebat. Hebat dalam bab ini. Annoying all day. Emosi tak menentu. Membabi buta marah dan menegur. Sungguh, sungguh saya benci dengan perangai kamu yang SATU ini.

BENCI TAHAP DEWA!

Terlalu panjang saya menulis tentang dia ni. Mungkin terlalu benci juga sebab apa yang berlaku hari ini. Tersangatlah terkesan kami di pejabat. Subhanallah, Maha Suci Allah. Semoga dosa kami ini diampunkan lebih-lebih lagi saya yang ikhlaf dan serba serbi dalam keadaan hasutan syaitan (amarah), dan KAU ubah lah juga hati dan naluri kecil insan yang seorang ini untuk setidak-tidaknya berubah agar lebih disenangi kelak, baik lahirian mahupun batinnya.

Teraniaya & terkesan emosinya,
Abby



Imran Imtiyaz...

Untuk lebih adil & saksama, baik saya buat pengumuman terbesar di laman blog ini. Sebab ianya sudah sangat ketinggalan kalau tiada siapa memberitahunya di sini.

I AM A MOTHER OF ONE, NOW! MOTHER TO A SON NAMED IMRAN IMTIYAZ.

Fullstop!

Berita ini sudah basi sangat. Anak teruna sulung saya itupun sudah menginjak angka usia 2 tahun. 24 bulan. Banyak angka ha. Maka anda rasa ketinggalan tak sangat-sangat?



Itulah dia anak teruna saya. Ini ketika umurnya menjelang 2 tahun. Belum genap atau lebih 2 tahun. He is a very handsome and active boy. Adore him every single bits and seconds of my life. Dia kanak-kana unik dan sangat istimewa di mata saya. Terlalu banyak perkara indah, manis dan pahit juga setelah kelahirannya, tetapi itu semua menjadikan rencah kehidupan saya semakin menarik dan bermakna.

Banyak juga gambar dan perkongsian tentang tumbesaran Imtiyaz ada saya tuliskan di www.abbyhakka.com. Makanya, jangan malu-malu dan segan untuk membelek di sini ya. Rentetan kehidupan sejak kelahiran Imtiyaz yang saya suka panggilnya Iyaz, penuh dan panjang versionnya di sini. Sila-sila.


Monday, August 27, 2012

Menyukai Ini...

Tersangatlah cinta yang sebenar-benar cinta pula kepada blog saya di blogger ini. Sudah semacam cinta pandang pertama! Help, help! Terima kasih la kepada wartawan Harian Metro yang telah membuat onar sehinggakan saya 'merujuk' kembali kepada laman blog yang satu ini. Ibarat tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mula-mula belajar blogging dahulu.

Semakin cool bebonar Blogger ini sekarang. Kalau pada sesiapa yang pandai godek itu ini sikit, I am sure your Blogger will look stunning and interactive as you wished. Sumpah! Saya jenis mementingkan kesederhanaan dan kecomelan juga. Pada saya, kalau kedua-dua elemen ini ada, saya sudah cukup 'berbahagia'. If you know what I mean :)

Blog-blog saya memang picisan sahaja. Tiada yang gah dan tiada juga jutaan follower yang beribu riban angkanya. Cukup sekadar, I have my own space and place to chat, write and tell people. Enough said. Hobi suka-suki la bukan. Ada saya perlu kisah akan apa orang nak kata.

Tetapi saya tidak sangka ada yang kisah rupanya dengan apa yang pernah saya tulis dan 'lempar' di sini. Dalam ayat yang baik sikit, apa yang saya berkongsi di sini. Sampaikan gambar saya juga ada yang sanggup ambil, curi dan kasi mudah kerja depa.

Haih, adab mana adab? Budi bahasa hado? Nan hado, la bukan kalau dah ada kes cenggini. Sedih.

Ini part saya tidak sukai pung!

Now I am contemplating myself whether to put the story here or at the main blog of mine. Ceciter ceciter kasi bantu saya. Hehehehe...

Happy Independence Day, babe! Soon, it's coming!