Monday, October 27, 2008

Kewajipan...



Bergelar pelajar separuh masa (janggal je rasa bunyinya....) memang menuntut pengorbanan dan pengurusan masa yang maha tersusun rapi supaya agenda pembelajaran tidak terganggu.

Setakat 3 bulan pertama ini, nampaknya segala urusan dipermudahkanNYA. Tidak terlalu rumit untuk menghadiri kelas sementelah kelas hanya pada hujung minggu. Namun di saat-saat menghadapi peperiksaan ini pula, sudah tentu pengajian Abby menjadi keutamaan. Tetapi tugasan di workstation tetap berlegar-legar dalam kepala....ermm...

tengok sahaja berapa banyak IE & Mozilla Abby browse...huhu...itu belum memulakan research & pembacaan lagi tuh......mode bekerja waktu ini adalah : SMS Indon & vetting page ya..

But still...

Abby manage to do lot of stuff at ONE time. Yeay!Harus!Mesti! Abby redah je...Apa jua kesukaran atau halangan mendatang, sudah tentu Abby berkeupayaan (berkeupayaan ya kawan-kawan) untuk melakukannya.

Masakan tidak....sibuk belajar & bekerja pun....masih boleh blogging...apakah maksudnya itu?
hehehe...


p/s: Gambar: Laman portal E-Learning OUM's students

Muzikal...

Best!Enjoy!Entertaining!Seronok!

Apa lagi ya yg dpt Abby perincikan mengenai filem yang satu ini? Walau apa orang nak kata, walau apa tanggapan anda, Abby tidak peduli kerana berbaloi jikalau anda menontonnya, rakan-rakan!



Baik si cilik sehinggalah ke muda belia, semua pun layaaan panggung~! Ternyata full house masa Abby dan c.i.n.t.a hati pergi menonton. Segak nyer Troy dalam citer ni...ehe..karakter yang lain betul-betul 'menghidupkan' filem in sequence ini. Lagu-lagu?Superb!enjoy every single beat and rhythm..huhu...(extreme enough tak?..hehe).

Duk bercerita tentang filem senior year ni, mmg tergingat kembali time konvokesyen April lalu. Banyak moment yang serupa..hehe..tp version HSM3 ni lagi cool and best, jealous! Lagu Now or Never is the best...but...The Boys are Back best gak...ermm...semua, yg pasti! ;-)

Teringat pula adik berdua di Kluang, memang dah janji nk nonton sama...tggu kalian dtg KL ya..




* sengaja dedikasi khas filem ini...sbb duk teringat every scene filem ni..hehe

Saturday, October 25, 2008

Waizuri Outing...





Yeah!Finally we made it!Walaupun kesibukan melanda kesemua kami, pengamal media yang dahulunya tinggal serumah, siapa sangka kami bertemu kembali..

Yup, Waizuri Outing!Petikan nama adalah kerana pada suatu ketika dahulu kami pernah menghuni bersama di bawah satu bumbung di Waizuri 1, Wangsa Maju. Selama hampir dua tahun setengah mengenali antara satu sama lain, rasa sukar untuk lupakan mereka dan kenangan kami waktu belajar dan tinggal bersama. Akhirnya pada 18 Okt, jumpa juga kami di KLCC. Abby, Sheila, Syira and Yan sahaja yang dapat hadir untuk melepas rindu..





Hadir bersama kami, adalah pasangan masing-masing. Sheila memperkenalkan pasangan barunya (kalau tak silap..hehe) sementara yg lain, memang dah 'mesra alam' sedari zaman kolej lagi. 'Kegilaan' kami, waizuri girls sampai apabila mula mengungkit kisah-kisah lama. Macam-macam. Tersenyum sorang Abby kala menaip tinta yang satu ini. Hehe....









Seperti yang dijanjikan, Abby bawa D50 untuk reunion kecil ini. Hahaha..memang tak silap perkiraan, sebab Waizuri girls kaki bergambar.





Tengok sahajalah pose kami. hahaha...Abby tak larat la nak berciter, pendek kata...masing-masing tahu gaya and perawakan diri.hehehe...alangkah baiknya kalau yg lain-lain pun ada~!arghh...really miss the good old days~









Seharian bersama perempuan-perempuan ini sudah cukup buat Abby lupa soal kerja.Hahahaha...thats the best therapy for those media practitioner like US, rite gurls?

p/s:Thanks to c.i.n.t.a hati for taking such a lovely pics of us~

Friday, October 24, 2008

Lebaran 3...

Sampai sudah kita ke Lebaran 3. Koleksi gambar memang banyak. Tidak larat lah pula nak diceritakan semua. Kalau kata dah bercuti 5 hari 4 malam, beginilah gamaknya. Hik hik..

Sesi jalan beraya pun dah menjadi satu kemestian. Berkonvoi tiga empat buah kereta pun dah jadi standard. Kali ini, Abby turut menjadi driver. Nenek memilih untuk naik keretaku, katanya kereta tinggi, kurang pening (ye ye je nenek..hehehe..tak kisah pun, tp statement answer Nenek wallahh.....~).

Sambil jalan beraya, sambil klik klik. Kadang-kadang candid moment bebudak, kita tak boleh nk jangka, tak gitu?!. Bukan sahaja bebudak, makcik, mak and kakak bebudak pun lebih kurang je...Tgk je la...hehe







Bila dah beraya beramai-ramai, mcm rombongan Cik Kiah pun ada ha..haha. Bila menziarahi sanak saudara yg ada, dalam diam Abby sedar tradisi 'berkonvoi' ini dah berpuluh tahun Abby ikut dan setiap rumah yg kami akan kunjung, kami sang cucu dah kenal. Siap bagi petunjuk, 'Lepas ni, kita beraya rumah pakcik yg banyak bela kucing tuh...Lepas ni, rumah pa'man (atuk dlm bahasa Jawa..hehe) yg tangganya curam giler tu...and macam-macam lagi....'.

Selesai cerita pasal raya, ini ada satu lagi kejadian yg D50 berjaya rakam. Entah apa yg melanda Sabak Bernam agaknya, cucu cicit Habsah tak reti duduk diam. Kepanasan agaknya masing-masing, semua pakat berendam dalam kolam Amar, cicit sulung nenek Habsah.









Kolam buatan ni mmg elok rasanya diusung setiap kali pulang ke kampung, adalah jugak aktiviti bebudak di petang hari..hehehe...macam-macam raya~. Nak dibawa ke parit?ermm..bapak budak boleh...bebudak, tak sesuaiii~ hehe...

Pendek kata, sambutan hari raya tidak meriah tanpa keluarga tercinta di sisi. Baik jauh atau dekat, masa inilah yang sebaik-baiknya dimanfaatkan bersama untuk berlibur mahupun bermaaf-maafan.

Sekian sahaja, episod Lebaran dari Abby. Post yang akan datang, laman ini kembali menceritakan kehidupan seharian Abby pula *wink*

* Thanks to old and new friend of mine. Terima kasih kerana tag & link Abbythejournalist di blog kalian.Yippi yeay!

Tuesday, October 21, 2008

Lebaran 2...

Setelah usai satu tugasan Universiti, barulah boleh Abby nak meneruskan tinta di sini. Huhu..takut juga kalau-kalau dah mula timbul sawang sikit-sikit. Ehe...

Ok, episod Lebaran diteruskan dengan galeri gambar ketika beraya di kampung. Walaupun sudah masuk Syawal yang ke-24 hari ini, sana sini gigih setiap organisasi anjurkan jamuan hari raya. Tengok sahaja di Bernama, fuhh...tak usah risau nak makan apa dan di mana setiap hari...cuma alert sahaja level mana punya turn arini...ahakss~



Di kampung, bila dah berkumpul beramai-ramai, tidak sah kalau tiada sesi main bunga api. Tahun ini, memang azam Abby nak perbaiki mutu ambil gambar mereka di kala gelap. Lihat sahaja hasilnya, pasti banyak lagi yg perlu Abby perbaiki kan?. Apapun, bebudak memang ternyata dah pandai pose (tak perlu dah kut nyatakan berulang kali..haha)..oh ya, pengerusi sesi main bunga api ni Cik Nong..mmg tiap-tiap tahun dah jadi tugas dia. Kalau tak, bertempik makcik-makcik yang lain....Amy dan Ajim je lanang yg ada...Alhamdulilah, setakat arini tiada lagi insiden-insiden yang tidak diingini berlaku....semuanya enjoy sahaja!













Seperkara lagi. Aimi, si kecil becok adik pada Nurin Hazira dah pandai bertanya ;

Aimi : Kak bilah keje apa?
Belum sempat Abby explain, si kakak dah menjawab....
Nurin : Kak bilah keje jadi wartawan la
Aimi : Wartawan kena pandai amik gambar ek?
Tak sempat Abby nak susun ayat....Syahmi menyampuk...
Syahmi : Nanti syahmi dah besar, syahmi nak jadi macam kak bilah
Aimi : Aimi pun...boleh jadi wartawan dengan....
Abby : Jurugambar....
Aimi : ha..jurugambar...

Petah depa ni kalau diajak berborak. Abby memang layankan sahaja.Kanak-kanak...dah tentu kalian boleh baca fikiran mereka kan kalau dengar mereka berborak..? Keesokannya...waktu sarapan pagi (saat paling meriah kerana semua diwajibkan ada), si kecil mula buka mulut..

Aimi : Nanti dah besar, Aimi nk jadi jurutawan...mcm kak bilah
Apalagi, pecah gelak semua orang yang tengah bersarapan..
Syahmi : Bukanlah aimi....jutawan.....
Wah!!!lagi best!seingat Abby, semalam ok lagi sebutannya

Memang pecah gelak semua di dapur...apapun, mereka masih kecil. Bukan mereka benar-benar tahu apa yang mereka cakapkan. Namun, Abby tidak pernah berbangga diri dengan jawatan mahupun kerjaya yang sememangnya menjadi minat Abby. Cukup sekadar menjadi contoh dan pemangkin buat sepupu-sepupuku gandakan usaha untuk belajar dan capai apa yg mereka mahu. Mereka boleh!Kerana...tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Mereka mampu mengubahnya!Amin…



Meriah tak gambar di dapur rumah kampung Abby? Best!!Kepada c.i.n.t.a hati yg yg bakal sertai ruangan dapur ini, bersediakah?ehe...Harap tradisi ini kekal sampai bila-bila~

Friday, October 17, 2008

Lebaran 1...

Sementara Lebaran masih dirai sehingga Syawal yang ke-17 hari ini, Abby curi-curi masa yang ada untuk updet laman feveret Abby ini. Sungguhpun mata kuyu dek penangan kantuk yg tidak cukup, mengusahakan pelbagai rutin dalam satu-satu masa, Abby gagahkan jua mata kepala untuk bertinta...ehe...

Kepulangan ke kampung di Segambut kali ini, biasa seperti hari-hari lain. Kurang meriah suasana hari rayanya memandangkan saudara mara banyak yang tidak berkunjung, mungkin ekoran pemergian saudara terdekat Abby yang pergi menemuiNya, tiga hari sebelum 1 Syawal. Ramai yg hadir lebih kepada menziarahi nenek Timah yang kian uzur kerana penyakit tua.



Sebelah petang 1 Syawalnya, Abby dah pun berada di Sabak Bernam bersama Ajim. Abah, Mama and Angah tiba lewat. Sesampai sahaja di kampung, jerik pekik si kecil dah kedengaran.Yeay yeay!Heaven rasa!Time to sakat-sakat and melayan si kecil!Semua ada, tiada siapa pun ketinggalan.Yeay!mmg best lah, sbbnya model-model raya tahun ni semua dah besar-besar..ahaks!dalam erti kata lain, dah pandai pose semuanya...







Ha, tgk saja gmbr2 di atas!Bebudak ni dah pandai dah bila kak Bilah mula menjinjit kamera and mula snap pictures sana-sini. Suka suka suka!sayang mereka semua!Ada 1 perkara menarik tentang bebudak ni masa raya baru lepas. Mmg jadi bahan Abby bila berborak and kasi pecah gelak 1 umah, nnti abby citer di episod Lebaran 2 ya...



Dan pada tahun ini, keluarga belah abah ada pertambahan ahli baru iaitu Si Isya. Batrisyia, baby baru Cik Yak and Cik Lin ni baru tahun pertama beraya dengan kami. Mmg jadi model jugaklah Isya ni kalau kak Bilah nye dh mula snap..ehe.Tak lupa, kehadiran sepupu yang tenggelam timbul ja kat bumi Malaysia ni dahulunya, kini akhirnya dah pun pulang untuk berkhidmat di tanahair sendiri. Goodluck Azra =).Maka, mmg gamatlah suasana hari raya Abby!





* Bersambung di Lebaran 2. Abby di kala mode menelaah untuk mid term examnye...hiks

Thursday, October 2, 2008

Mukadimah Lebaran...

Salam Lebaran khas buat semua muslim terutama pengikut mahupun pembaca laman Life Is Drama ini. Sebagai mukadimah, Abby titipkan dahulu potret keluarga tercinta yg sememangnya wajib dirakam pagi Raya. Berpakaian serba ungu, gambar ini seolah pelengkap kepada aktiviti di pagi raya. Ditambah pula dengan kehadiran *bakal menantu (wahhh...!) berkunjung berhari raya, Alhamdulilah kehadirannya diterima dengan baik oleh semua..



Di kala blogging ini sebenarnya, Abby masih lagi beraya di kg abah, dikelilingi manusia yg kepenatan beraya, tertido melata sekitar rumah. Fuyoo!Tahun ini, tak terkira bnyk lah gmbr utk folder Raya 2008. Entah berapa pula episod raya dalam blog ini....nantikan ya...;-)



* akan tag lebih ramai org di Abbythejournalist