Saturday, June 14, 2008

Buat Abah...

Salam hujung minggu kepada semua...

15 Jun, sambutan hari bapa katanya..Mungkin tidak lah penting mana sambutannya, tetapi ingatan kepada insan yang bergelar bapa, ayah, abi, walid, daddy mahupun abah pastinya sedikit menggamit perasaan hati seorang anak...



:: Gambar mama&abah masa raya 07...couples that live my life ::

Di kala menulis post ini pun, bergenang je airmata (apa kes ntah, emo terlebih sudahh~~ hikhik)....bukan apa, menganjak usia ke 22 tahun ini, buat abbythejournalist sedar pengorbanan seorang abah itu bukannya kecil, tetapi besar yang tidak berbalas hanya dengan sebaris ucapan 'Selamat Hari Bapa'...



:: Gelagat abah&ajim di hari konvo, macam bujang trang tang tang je..hik2 ::

Di mana aku berdiri and berada sekarang, dengan bangganya aku katakan ianya berkat didikan, penjagaan, kasih sayang dan berkat doa dari seorang abah & mama...Namun itu tidak bermakna, selesai sudah 'hutangku' pada mereka...Tidak ternilai jasa mereka membesarkanku untuk dibayar dengan mata pencarian bulanan yg ku terima ...



:: Susah tau nk godek2 laptop cari koleksi gambar abah, bukannya ada banyak..sejak ada DSLR ni baru ada..hehe ::

"Abah, terima kasih atas segala pengorbanan dan jasamu di dalam membesarkan kami tiga beradik. Janji kami, adalah untuk menjadi insan berguna dan amalkan apa jua didikan abah. Setiap kata-katamu itu kami anggap doa yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kami. Terima kasih atas penat lelah dan keringat yang abah usahakan untuk membesarkan kami....terima kasih," kata hatiku berbisik.....



:: Ciuman terima kasih ku buat abah di hari konvokesyen ::

Buat abah Saleh Ismail, semoga Tuhan memanjangkan usiamu dan dirahmatiNYA selalu...Semoga abah senantiasa peroleh barakah di dalam menempuh hari-hari mendatang..

'Selamat Hari Bapa'

Ikhlas daripada Nabilah Saleh, Nazurah Saleh & Muhammad Nazim Saleh

Tuesday, June 3, 2008

Sehari bersama IDEALS....

Harap maaf ya blogger sekalian kerana sudah lama tidak mengupdate blog ni...Kini, ku kembali..


:: Dua jelitawan yang menyambut tetamu pada petang itu ::

Kali ini, aku nak cerita serba sedikit tentang satu tugasan yang membolehkan aku bertemu lagi dengan kenalan baru dan satu pendedahan kepada diriku...


:: Suasana di dalam Restoran Rebung yang dah diubahsuai bersesuaian dgn majlis ::

Petang 4 Mei yang lalu, aku dijemput ke Restorang Rebung untuk hadiri satu majlis Press Get Together, anjuran IDEALS. Kak mas,yang ku kenal masa di MIIM dahulu...kini dh mcm partnership member plak...hehe..thanks kak mas sebab jemput menjemput abby nie..


:: Ada potret Chef Ismail dan Jejaka Melaya lah di situu... ::

Antara lain, majlis tu nak memberi pendedahan kepada media tentang satu persidangan ELPIC yang bakal berlangsung Julai nanti. & pada masa yang sama, setelah diatur sekian lama, inilah harinya untuk aku ketemu satu lagi selebriti kat Malaysia ni, iaitu Nizal Mohamad (selebriti ya, tak yah merendah diri en nizal..hehehe)


:: orang kuat IDEALS ::

Seharian bersama mereka di IDEALS macam memberikan satu lagi keceriaan & keyakinan dalam diri....(itupun satu nilai yang aku cuba develop dalam diri satu persatu)...mengenali individu-individu tertentu di sini, buat diriku rasa banyak lagi yang perlu aku pelajari dalam hidup.


:: 2 in 1 nye event jgak nie, amik mood & practising ya kak mas, mr wafa? ::

Macam biasa, sesi temuramah bersama Nizal dan Prof Alias sebagai sumber penulisan yang kini masih lagi dalam proses menyiapkannya....hehe....teramatlah kecoh dan havoc, yg penting sangat berinformasi. Banyak yang boleh aku tintakan nanti...dont wori ya, soon...insyallah, it will come out later...


:: thanks to both of u, sir...hope we can work together again ::

Bercakap mengenai modal insan mmg takkan terhenti pada petang itu sahaja, ianya akan berterusan selagi kita bergelar insan dan khalifah di atas muka bumi ini....