Sudah penat berpindah. Maka, rumah tetap jadi pilihan. Kalian, jangan tidak singgah pula ya.

Jemputlah...



Wee!Teruja!Cantik & Mudah.

Jumpa kalian di sana!

www.abbyhakka.com

Rumah lain...

Ke hadapan blogger dan viewer sekalian,

Abby sekarang lagi sedang bermaharajela di rumah lain. Sungguh. Semacam lupa dia punya rumah yang satu lagi. Dengar cerita, rumah baru Abby baru lepas renovate dan ada sedikit pengubahsuaian dibuat. Al-maklum, azam tahun baru 2010 katanya.

Kalian tidak mahu perkembangan or bebelan or cerita mengarut Abby yang terbaru ke? Cari di sini.

http://abbythejournalist.wordpress.com

Dengar cerita, Abby sudah mahu tukar domain. Kalian tidak tahu? Ha, baik segera klik. Abby kan sumber segala cerita.

Eh silap. Apa punya statement?!Sangat tidak sedar diri. Hehehe...


Jangan tunggu lagi. Klik sahaja. Ia tidak akan buat PC/laptop anda meletup pun. Maka, tidak salah klik, bukan? Wee!

Selamat Tahun Baru 2010!

Semoga tahun 2010 adalah tahun yang cemerlang buat kita semua....Amin~

Tup tup sudah 2 bulan.

Ah baru 2 bulan, kecoh la kau Abby~!


Ah tak kira. 2 bulan ke, 2 hari ke, 2 jam ke..semua pun kena bebel, kena kongsi.
Itupun, kalau ada masa. Ada idea. Jadi, biarkan saya.


Ikutkan tarikh hari ini, 2 bulan yang lalu, satu keramaian berlangsung di rumah Abby. Keramaian yang dipanggil Majlis Walimatulurus. Syiok! Terlalu banyak cerita, kenangan dan serba serbi gelagat la. Nak cerita detail, rasanya belum pernah dibebelkan di blog lagi. Secara detail, memang belum. Tetapi ramai sudah tahu perjalanan majlis kalau berfacebooking dengan saya. Makanya, sekali lagi Abby berjanji di sini, akan blogging la cerita-cerita kahwin itu hari. Memang banyak.

Wah, berhutang cerita lagi aku. Huhu...Hutang kerja tidak pernah habis juga. Hahaha...Sounds enjoying life to the fullest.........!Saya suka!


Tadi, sempat sms Mr Hubby :

Abby:
Happy Monthiversary, Encik Suami

Tup tup, ada balasan :

So cute. Bukan semalam ke? hehe. Dah 2 bulan dah....


What? Haha Saya mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan pada tarikh kami bersanding, instead of hari pernikahan? Wee!! Maluuuuuuuuu. Sangat malu. Maaf, ampun!. Bulan depan tidak berulang. Hehe.


Terima kasih semua kerana 'suka'. Doakan kebahagian juga menjadi milik kalian. Amin...

Sudah tentu masih terngiang-ngiang perjumpaan keluarga yang terjadi minggu lepas. Segala perancangan menjadi!Wee!

Best..Best..Best!

'Anak-anak' memang ramai datang. Penuh rumah Pak Ngah. Siap bermalam di rumah Kak Bilah. Yang syioknyer, 'anak-anak' tidak kekok dengan Abg Mael. Wah, sayang la korang!Maintain coolness tu, okeyh?

Wah, saat ini terasa menggunung impian nak shopping & nak makan Sushi!Hoho..Persetankan cuba, tetapi tidak boleh seyh....*Aish, minda!Segera berfungsi. Pengaruh benar kamu dengan blogger2 yg lain. Hehe..

Kalian nantikan post bergambar okeyh? Gambar banyak, mahu diedit dahulu la kawan..~ (^_^)


Quick Updates :'Abah's Birthday Party & to Commemorate Azra's fiancee-to-be' event.

1. Kehadiran Pertama: Cik Yak & family. Syiok, sebab crazy kids already here for 2 nights!

Isya really boosts my weekend.

2. Khemah dipasang. Wow! Sebesar inikah sambutannya?Alhamdulilah...

3. Akan mengambil lebih ramai 'peserta' dari Teluk tengahari ini. Kehadiran dijangka akan lebih ramai lagi menjelang malam ini.

4. Kehadiran kedua: Along's family. Ammar & Ameer are on their way now. Wee!

5. Esok, majlis bermula tengahari. Best part is, Mr Hubby akhirnya dapat juga bercuti! Wow wee!!

Really got to go. Mahu tempah kek!Yummy!

Wah tajuk post menggeletis habiss! Auww!Tiada lain, mesti ada kaitan dengan Mr Hubby.

Sure tersedak encik suami di rumah. Hari ini dia bercuti. 2 hari katanya. Biar, biar dia berehat. Biar dia ambil alih kerja-kerja seorang isteri. Eh eh, tidak. Bukan niat. Haha..


Sudah kira-kira 2 minggu, Abby selesa dimanja. Pergi kerja, dihantar. Balik kerja, diambil. Pergi kerja, bersarapan bersama. Balik kerja, makan malam bersama. Huhu tidakkah itu semua tindakan memanja dan dimanjakan? Sudahlah begitu, terbawa-bawa sampai beberapa minggu. Sedangkan perkara yang dilalui 3 hari berturut-turut, pun boleh jadi 'alah bisa, tegal biasa'.

Wah, motif sangat cerita bab-bab manja ni.


Encik suami memang begitu. Akibatnya, saya jadi malas tetapi lebih berdisiplin bangun pagi hari ini. Huahua statement~!Sebabnya:

1. Bangun lebih awal sebab nak kejar dapat tempat parking kereta yang selamat.

2. Bangun awal sebab malam tadinya malas menggosok baju, sebab tahu pagi ini hanya perlu gosok baju saya seorang sahaja!

3. Bangun awal sebab kena panaskan enjin kereta sebelum bertolak. Sebab selalu encik suami yang buat * sementara saya mencapai secawan air/sekeping roti *paling tidak. Heee...

See!Tidakkah berdisiplin namanya. Tetapi 1 sahaja kelainan kalau dah nama Abby yang pergi bekerja seorang. Alamatnya, Encik Suami tidak dapatlah menatap wajah comel saya pagi-pagi macam biasa sebab lagi best golek-golek atas tilam dari men'tengok' saya.


Eh silap, dia bukan begitu dehh. Cuma saya tidak suka ganggu orang lain tidur. So tidak kejutkan encik suami secara beriya dan cukup sekadar hanya berbisik "Sayang pegi kerja dulu" dan kucup tangan. Wee!

Itulah....kalau dah selesa dimanja.......

Wah, sudah ramai yang meneka yang bukan2 ini. Lagi-lagi bila baca tajuk post. Sudah, maksudnya tidak sama, walaupun boleh memberi kefahaman maksud yang sama. Wo wo, tukar topik!Pening reader kang nak baca post ni. Ok?

Nampaknya keluarga besar Nenek Habsah bakal terima ahli keluarga yang baru lagi iaitu..........Jeng jeng jeng. Sudah tentu lah, bakal suami kakak kita ni.


Bakal melangsungkan pertunangan 26 Disember ini, dan diikuti selang 3 bulan pula majlis pernikahan dan persandingan. Wow wee!Rasanya belum ada official meet betwen Abby & Mr Hubby dan juga Azra & Mr Hakim. So, we are really looking forward to see them. In fact, the whole family of us, Azra!Setakat dengar-dengar cerita, giler panas makcik pakcik kita bergosip, you know? Bab sakat-menyakat, jerit mengilai kan serah kat kiter?Hehe..

Big congrats to you both!

Meriah tahun 2010 nanti. Hakim akan jadi ahli baru, Mr Hubby juga agak baru, dengan gelaran yang baru diraihnya. Hehehe...Bayangkan kalau kita semua berkampung di Sabak Bernam?Wah gegar!!!!!Poco-poco la, apa lagi?!

Ahh, tak boleh cerita pasal Sabak Bernam. Teringat kat semua. Semua orang, semua gelak ketawa, semua suara riuh rendah budak gelak, menangis, melawak dan pendek cerita, semualah!


p/s: Budak baju putih tu datang melawat Abby malam tadi. Genit, aksi konsert hari terakhir di tadika jadi bahan cerita utama dia nak kaborkan pada kak Bilah. Wow!Genius you, Aime..Belajar pandai-pandai.