Sunday, November 16, 2014

Berblogging Dari...

.... my Samsung Note 3. Weehoo!

Way to go for a joyful, happening a soon-to-be-a-mother-of-two iaitu AKU.

Marilah sama-sama mendoakan dan mengharapkan agar modus operandi baru ini dapat lebih memberi kebahagiaan kepada si bakal Ibu anak dua ini dalam menyampaikan wadah terbaru serta perkembangan terkini mengenai dirinya dan anak- anak kelak!

Kita mulakan dengan memuatnaik gambar cun-melecun I olls dulu, boleh?


Ini adalah I olls versi umur 4 tahun!



Ini pula I olls versi suka makan sushi!

Ini barulah I olls bersama the junior me.


Dan lagi gambar kami berdua. 

Sekian sahaja.

Friday, November 14, 2014

Review #DIAgnosis



Apa barang pakai gambar Google Images kan? Pakai gambar sendiri lorh. Tetapi kebarangkalian diculik dan disalah guna itu memang tinggi. Malas mahu bertekak. Mujur gambar sekadar untuk perkongsian dan bebelan di blog. Kalau untuk tujuan kerja, jangan mimpi. Jangan cuba cari pasal lah mahu mencedok lepas tu siar dalam suratkhabar korang. Biadap!

Baiklah, tadi itu adalah permulaan yang sangat random. Tiada kaitan dengan 'hormonal inbalance' dalam diri. Hiks. Marilah kita membuka lembaran baru memandangkan hari ini juga adalah penghulu segala hari. Rebut syafaat dan keberkatan yang dijanjikan kalau kita mahu hindari perkara yang tidak diingini, insyallah.

Berbalik pada tajuk post di atas, it's obviously stated that this post is another way of me presenting my sincere thoughts and feel on this one material and piece that I've read. And this time around it's on #DIAgnosis, a compilation of short stories that happened and faced by three local credible Malaysian doctors.

Nipis sahaja. RM20 harganya.

Sebenarnya adalah menjadi pantang aku juga hendak membeli buku yang nipis, walaupun harganya murah. Sebab aku ada satu perangai yang senang mentafsirkan buku nipis buat diri aku tidak puas membaca and mesti cerita penulisan buku tersebut pendek dan tidak dapat berjaya melengahkan dan melekakan aku dari terus membaca.

Satu perangai pelik sebenarnya tetapi yes, memang itu semacam mentaliti yang aku ada dalam kepala setiap kali berkonfrontasi dengan diri sendiri bila bab membeli buku terutamanya novel dan cerpen, either in Malay or English.

But because of this one simple review I read from IG account of Dr @zahiliahfilzah, saya langsung teringat dan beli tanpa ambil pusing mentaliti aku yang entah apa-apa tu. Hiks. Beli dengan sangat confidentnya.

Balik, belum terus boleh membaca muka ke muka. Terpaksa ditahan-tahan sebab ada kertas peperiksaan yang perlu diduduki dalam seminggu dua. Langsung terlupakan sampailah the day after the exam is finished, membukalah aku sampulnya plastik yang membaluti #DIAgnosis dan membacanya.

And ... it takes me only half a day to finish reading the book. Nampak tidak kegagahan di situ, di sebalik mentaliti aku yang memang tidak suka buku nipis?

Hahahahahaha statement mahu menang sahaja! Tetapi trust me, ketipisannya bawa impak yang sangat besar dalam diri aku sebagai pembaca, waima aku bukan pengamal perubatan apatah lagi ada sangkut-paut dengan bidang sains biologi manusia itu.

Sebab itu orang kata pengalaman adalah sebaik-baik cikgu dalam kehidupan. Dan dengan penceritaan pengalaman tiga orang doktor ini, I could sum up that they've faced a lot of challenges in their career yet they are still passionate in what they're responsible to do towards their patients.

Salute betul pemikiran orang-orang begini. Kalau aku boleh kata dahulu, ada doktor yang sebenarnya kurang bijak (sikit) dalam hal-hal perubatan (in some cases and situation, they don't really showing us the professionalism), but these 3 humble doctors have totally changed my perception that they are still some doctors who have the high-end quality knowledge and ethics while they're wearing their uniform, or even out of their shifts.

Dan bila pengalaman mereka selalu dikaitkan dengan kebesaran Allah s.w.t, saya jadi lagi mudah tersentuh dan sebal kerana ada perkara dalam kehidupan kita seharian yang kita leka dan tidak pernah mahu ambil pusing walau seminit dua dari 24 jam yang Tuhan pinjamkan setiap hari.

Allahuakbar.

Terlalu banyak ayat-ayat yang 'berkuasa besar' dalam buku tersebut. Yang mana kalau sekali baca sahaja, terpana lah aku dek kerana kebenarannya. Terkesima jugalah jiwa dek kerana kekuatan di sebalik ayat-ayat yang disusun. Sungguh tinggi dan dalam ilmu mereka para doktor, tetapi lebih dalam lagi bila mana setiap apa jua penemuan penyakit, perangai pesakit dan jalan penyelesaian yang cuba para doktor ini selesaikan ... sebenarnya berbalik semula kepada Allah s.w.t

I am sure all of us are aware that there're thousands of people, with millions of different diseases and attitude whenever, wherever towards the people named doctors. Tersangatlah pada aku, kategori manusia sedemikian macam tidak kenal erti syukur, tetapi ... siapalah kita yang khilaf untuk membuat perhitungan. Cumanya ... kalau selepas membaca buku ini, harapnya adalah kesedaran sikit untuk saling hormat-menghormati dan berilah walau secubit kerjasama dengan mereka, para doktor yang mungkin sebenarnya ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada kita.

I know it's always hard for us to face reality what more shocking news that tells you the real condition of your own health, but with some faith ... I am sure we can cool down and accept the 'pain' slowly, but in more surely way.

Dan antara kesukaran dan ketidakselesaaan para doktor juga adalah untuk memberitahu 'khabar buruk' kepada pesakit mahupun keluarga pesakit, bila perlu. We should've also feel them and understand both situations in order to have a better conclusion at last, for the good sake of two parties involved.

Makanya, penceritaan buku nipis banyak mengajar mengenai erti kehidupan and how on earth can we do to appreciate our loved ones. Ini adalah terpaling penting sebenarnya, suatu elemen yang manusia sering alpa dan gah (tidak kurang) dengan nikmat kesihatan yang Tuhan pinjamkan.

So peeps, grab this one copy while you still can. Cause I've been told #DIAgnosis2 is about to launch soon. And I super can't wait to grab the new sequel, dan tidaklah lagi menjadi bukan-antara-yang-terawal masa mula-mula #DIAgnosis keluar dahulu.

Mak terlajak train sangat, tetapi syukur kesempatan memiliki itu Tuhan bukakan jalan juga untuk aku jadikan teladan. Alhamdulilah.

Wednesday, November 5, 2014

#IGSayaJual, #SayaJual

Hashtag seperti di atas adalah suatu pandangan biasa hari ini, di mana-mana sahaja di laman sosial disebabkan adanya demand yang tinggi di kalangan masyarakat marhaen hari ini. (Kurang pasti pula kalau ada golongan atasan berpendapatan super tinggi yang suka melayari Instagram semata-mata mencari barangan yang hendak dibeli. Kalau ada, agak 'rare')

Well, sebagai pemerhati dan manusia yang sentiasa memerhati sekaligus merangkap bukan-pembeli-tegar-online macam sesetengah orang, gelagat hashtag di atas yang kemelataannya di mana-mana di IG adalah sangat merengsakan, pada saya.

Tersangat merengsakan.

But somehow it indicates how desperate people are nowadays in getting extra income and extra pocket money for themselves. Significantly, there are thousands of them. Bukan seorang dua. Memang such platform could provide chances and spaces for people to gain more money, but in return, it also allowing bad habits and reprisals that could trigger people's hatred, uneasiness and high arguments in between the seller and buyer, as well as among the seller themselves.

Not to my surprise, it will also caused such chaos to the lives of celebrities and Malaysian artistes out there. Sungguh. Nampak ada ketidaksukarelaan dan keterpaksaan yang ketara terpacar di IG akaun memasing.

Di manakah keperluannya mengganggu ketenteraman golongan yang punya nama ini? Bagi peniaga, haruslah kamu bersedia dengan segala macam kemungkinan berdepan dengan karenah pelbagai jenis pelanggan. Tetapi golongan artis ini, bekeperluankah? Boleh rasanya minta bantuan .. tetapi tidak perlu sampai ke suatu tahap 'mengganggu' kehidupan orang lain. Macam ada kurang manisnya di situ.

Bukan apa. This is about the world of business. On how determine you are to project promotions, to be-ready-well-communicator to the clients and also bare with any circumstances that could the clients intend to do in the midst of a deal ... semua itu adalah persediaan fizikal mental yang semua peniaga online perlu tahu bagaimana hendak menanganinya.

As for the celebrities, they knew their popularity could potentially trigger more likers and followers in IG. Therefore, the need to do kind and gentle to them, as well as to other online sellers juga adalah KEPERLUAN yang sama mendesak macam mana tingginya keperluan dan permintaan dari mereka-mereka yang dambakan barang mahal pada harga yang murah, barang luar negara yang boleh didapati di dalam negara dan segala macam kategori barang dan servis yang dijual di IG.

Pendek cerita, saya sukakan 'keamanan' dalam urusniaga yang sebegini.

But hardly say, memang susah untuk mencari kepuasan ini dan tiada siapa pun sebenarnya yang boleh berkongsi kepuasan yang sama macam yang saya mahu lihat ( the 'keamanan' situation above). Sebab manusia itu sendiri sudah pelbagai.

Pelbagai yang merengsakan yang saya tidak mahu, and of course ramai juga tidak mahu berdepan.

Tetapi, lumrah alam lagi kenyataan yang satu ini = realiti kehidupan sebenar.

Tiada yang boleh melawan cuma ... bertenang-tenang sahajalah minda dan akal supaya perniagaan yang anda jalankan itu tidaklah memudaratkan sekaligus sebenarnya mampu memberi pendapatan yang dapat melegakan keresahan anda mencari sumber rezeki lebih, selain merapatkan ukhuwah antara sesama Muslim yang lain.

Tak begitu?

As for my personal experiences, I have so far yet to face such difficulties in purchasing stuff online. Alhamdulilah dan syukur besar rahmat, banyak urusan dipermudahkan. Maybe I am lucky that I met such gentle sellers who are tolerated-kinda and I also didn't even gave hassle to them.

Kalau dari titik mula, dah tunjuk 'taring' and tawar 'tahi' ... hangat atau suam ... awal-awal saya undur diri sebab tak sanggup nak perjudi wang sendiri untuk sesuatu yang kita tidak yakin.

Lagipun, hambo tidaklah berpendapatan sumber hao liao untuk membeli secara meriah dan luxurious seperti mereka yang berkemampuan. Honestly speaking, I am that kinda type that will need to save some cash in order for me to buy things that I wanted so much.

Kalau berhabisan sekalipun, memang mengharapkan gaji dan sedikit sumber rezeki sampingan yang lain. Senang citer, hambo bukan umat kayo. Hahahahahahaha ... but I am leading a happy life, that's for sure.

And speaking on online sellers, I have several friends who are also employees of an organisation, but at the same time also a dedicated sellers that are passionate in delivering such services.

Pada aku, mereka ini adalah golongan yang super rajin dan banyak faktor yang memungkinkan mereka menjadi or terpaksa jadi rajin sedemikian rupa.

Apapun, I salute those who are venturing into such businesses and world. I am more than happy to see that your business is doing well and surely, be happy to promote to people without concerning on what can I get from you as a return.

Bukanlah. Bukan jenis itu saya pun. I know how hard you're struggling, juggling job, life and extra incomes ... what more on issues pertaining fund, revenue and profits. Cukup sekadar doa agar saya dan anak baharu ini selamat dilahirkan kelak ... dah memadai teramat-amat.

To friend of mine, AJ of @aj_themommy and also proud owner of @ajshoppingparadise, to kak @LinGhazale, the owner of @sonnim2 and many more .. be firm with you're doing and may success be in its way to you women!

Hugs!

Tuesday, November 4, 2014

Trimester Akhir...

Tup tup. Saya sudah menghampiri dan menuju ke garisan penamat. Maksud saya, peringkat kehamilan saya. Semakin menghampiri hujungnya.

Kalau dahulu saya kemaskini blog waktu peringkat belasan minggu lagi, sekarang sudah masuk minggu ke-28 dan berada pula di trimester ketiga. Syukur. Jodoh saya dan bakal anak baru ini berpanjangan lagi sehingga ke saat ini.

Bila difikirkan semula, we took almost 4 years to plan on this second pregnancy. But when it's real and here, it just took us a split second for us, the parents to cherish months of the pregnancy journey. Adalah ketidakadilan di situ. Tet! Penyudahnya tidaklah nak dibiarkan anak lelama dalam kandungan bertahun lamanya, bukan? Maka, senyum.

Di garisan akhir ini nampaknya selera dan keinginan yang berselera semakin menjadi-jadi. Kekerapan aktiviti mulut sepertinya tidak dapat dikawal dan kalau cuba dihalang, sebotol air juga boleh jadi bahan santapan. Ngee. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kunyahan berbentuk 'lagha' yang mungkin hanya gatal di tekak dan tidaklah bekeperluan mana di perut, kepada bayi mahupun enzim dan zat-zat tubuh.

Snacking is a habit, I could say at this very particular of time. Justeru snacking yang enak suam-suam kuku dan berkhasiat sahajalah yang cuba didisplinkan diri. Contohnya adalah kacang kuda (kategori kekacang lain juga) adalah yang terpaling OK di tekak. Mana tidaknya, yang aku berkenan itu pula kacang dari Uzbekistan. Menadah tangan sekejap saya pada Press Atache Kedutaan berkenaan kerana apa yang saya makan dalam satu temubual eksklusif dengan Charge D' Affairs sepertinya sedap dan seronok dibuat kudapan.

Dan dengan baik hati jugalah, si Press Atache tersebut memberikannya sebagai saguhati sehari kemudiannya. Alhamdulilah.

Dan banyak lagi jugalah rezeki dalam bentuk makanan untuk saya & bayi ini. Terima kasih banyak kepada mereka yang mengingati dan menyumbangi :D

Di trimester akhir ini juga, saya dikehendaki menduduki peperiksaan yang memungkinkan suatu lagi rezeki dalam bentuk perjawatan bakal menyusul tahun depan. Allahuakbar. Betullah kata orang, bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah.

Bergolok bergadai juga menghafal, berlatih dan belajar untuk exam berkenaan. Walaupun hanya dua hari tetapi perhitungannya macam untuk masa depan yang tidak boleh tidak, I will need to go through it. Tidak berhenti juga menadah tangan meminta pada yang Esa agar dipermudahkan urusan menduduki peperiksaan tersebut, lebih-lebih lagi dalam keadaan diri ini yang sebenarnya sedang diuji kesihatan dan kekuatan berjalan-gigih-membawa-perut.

Dan pada detik entri ini ditulis, semuanya sudah selesai. Apa yang direncanakan sebelum kelahiran anak baharu ini, nampaknya sudah boleh memberikan saya suatu ruang bernafas dan tarik rasa kelegaan yang super duper lega. Syukur sesangat. Keluarga juga memahami, suami apatah lagi ... begitu juga dengan anak teruna handsome lagi kesayangan itu.

Saya belajar, dia juga belajar. Saya membebel dan menghafal, dia juga ikut duplicate segala apa aksi saya buat. Macam sesuai sangat kalau saya belajar di kala anak-anak sendiri sedang meningkat besar dan belajar di alam persekolahan, kan? hehehehehe macam harus difikirkan aspek ini.

Dari suatu sudut lain, di kala hujung-hujung jalan kehamilan ini juga, kerja dan beban penulisan juga sama banyak dan sama berat saya pikul dengan berat badan saya sekarang. Tet.

Masih lagi ke sana ke mari, walaupun tidak secargas dan seligat mana ... but I will try my best to fulfill dan menulis sekiranya diperlukan. Rasa lega sebenarnya walaupun badan ada sedikit penat dan rengsa.

Tidak mengapalah baby. Kamu tahu isi hati Ibu dan juga tahu apa yang Ibu kerjakan. Bukan pangkat dan kuasa yang Ibu kejarkan, cuma sedikit rezeki yang lebih (yang Allah mahu pinjamkan kepada kita) dan sedikit juga nikmat kepuasan dan keseronokan bekerja pegang duit sendiri dalam membesarkan kamu & Imran Imtiyaz kelak.

Tiada yang lain. Sungguh.

Sekian sahaja entri tentang kehamilan. Selepas ini bakal menyusul pula cerita-cerita dan gambar-gambar si kecil di merata-rata, OK?

Jangan rengsa dengan I please.

Selamat bekerja.