Wednesday, August 29, 2012

Menghampiri Hujungnya...

September is coming and leaving August behind. It's happening, real soon. 

Dalam saat menghampiri hujung-hujung tahun ini, apa dan siapa yang berada dalam fikiran dan menjadi antara yang paling banyak kamu ingin ingat dan terkenang? Tiada? Sedihnya. Pasti ada bukan.

Macam saya, for the past eight months, I could say, I've been given tremendous opportunity and lifetime experiences especially when I have been selected by the Uzbekistan government to visit their country last month of June. The 7 days 6 nights trip was excellent with million zillions of stories and 'seeing-is-believing' experience there.

Eh eh saya belum menceritakan ianya di sini, kan? (Hahahahaha, cerita di laman blog utama pun tersangkut tengah jalan, inikan di sini) Pening!
Banyak lagi insiden lain. Tetapi for the past two years, saya diberikan peluang dan kesempatan untuk melawat negara orang. Bahagianya rasa. Kedua-duanya disebabkan oleh tuntutan kerja. Alhamdulilah. Memang menjadi impian & angan-angan saya untuk kerap melawat negara luar kalau boleh sekurang-kurangnya sekali setahun. Wah, kelas!

Tidak salah berangan bukan, mana tahu or mmg akan jadi kenyataan, one fine day :) 

Bila menghampiri juga penghujung tahun ini, baru sedar usia sudah tidak akan turun satu angka. Malah, akan naik dan meningkat aje kejenya. Tidak gitu?

Dalam pada usia kian meningkat, janganlah ianya dijadikan alasan untuk bermasam muka. Ada banyak perkara boleh dilakukan dan dihargai sementara nyawa masih dikandung badan. Saya juga gemar mengingatkan diri sendiri tentang kenyataan ini.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang kini mempunyai anak seorang. Terasa diri ini hanya didedikasikan khas sahaja buat anak tercinta. Dan selalu juga saya mengharapkan kalau boleh agar masa-masa yang dilalui bersama anak teruna yang masih kecil ini biar lambat-lambat aje berlalu. Huhuhu...Sungguh! Tidak tipu.

Mencuba juga kalau-kalau saya boleh gunakana bahasa pasar mengarang di sini. Nampaknya tidak boleh lah. Bahasa rasmi macam dah jadi 'darah daging'.
Saya cuba.

Dipendekkan ceritalah, menghampiri hujung tahun ni buat rasa diri tua sangat-sangat. Rasa macam biorlah lambat sikit masa tu berjalan. Rasa macam tidak puas 20-an. Lagi empat tahun sekalipun nak tukar angka jadi 30-an, terasa macam 'Takpelah, tahun. Hangpa datang lain hari k? Biar lambat asalkan selamat orang kata'. Nais tak?

Semalam entry saya macam marah. Hari ini entry saya macam 'ke laut'. Mungkin kesan tekanan semalam masih berbaki. Bahahahahahaha makanya biar saya layankan diri aje, buang masa menaip entry nie. Pada yang suka, membaca, bacalah.

Jangan sampai blog ini bertukar jadi blog cerpen atau novel sudah. Tapi bolehkah ek? Hamba tidak reti la berimaginasi. Berangan, hebatlah! Ces!

Mana tahu sudah sampai ke hujung tahun, di permulaan tahun depan saya boleh buka buku baru?! Kan? Who knows? Doakan. Sebab saya nak cuba banyak bidang-bidang baru lain, bukan setakat yang saya mahir sahaja. Sekurang-kurangnya bak orang kata, 'Life is too short to only do one thing'. So WHY NOT?

Adios.



No comments: