Monday, December 22, 2008

Terima kasih...

Hari liburan dari bekerja selama 3 hari ini Abby rasakan lama pula..Mungkin Abby benar-benar berehat di rumah dan tidak ke mana-mana dan berbuat apa-apa. Banyak masa dihabiskan dengan belek-belek koleksi gambar, menulis blog dan melayari internet.

Sudah sampai masanya Abby berkongsi koleksi gambar yang Abby ambil. Seperti yang dijanjikan Abby nak khabar tentang 'Di Sebalik....' sesi fotografi Abby bersama c.i.n.t.a hati. Memang sudah lama kami idam supaya gambar-gambar kami dirakam khas untuk sebuah majlis yang bakal berlangsung jua satu hari nnti....(fuh....ayat penuh rahsia).

Akhirnya, setelah dibawa berunding, Syaz selaku jurugambar bersedia merakam gambar-gambar kami. Terima kasih bangat buat kamu, Syaz. Tidak dilupakan pembantu-pembantu yg dilantik Syaz, Eddy dan Tasha turut turun padang. Terima kasih juga buat kalian berdua. Di sini, Abby nak kongsikan gambar-gambar 'Di Sebalik....' mereka bertiga.....


Tarikh yang dipilih adalah sekitar November lepas. Kebetulan, pada hari tersebut langit cerah dan tiada tanda-tanda hari mahu mendung sudah cukup menggembirakan Abby.



Destinasi fotografi kami adalah sekitar kawasan empangan Taman Melawati, The Mines Seri Kembangan dan Putrajaya. Ketiga-tiga tempat, tanpa Abby sedari sememangnya sangat-sangat menjanjikan pemandangan yg indah sebagai latar belakang sesi fotografi kami. Lebih-lebih lagi di sekitar pantai buatan ala-ala Gold Coast di The Mines Seri Kembangan. Lovely....





Nah, hasilnya..........




Terima kasih semua............

Thursday, December 18, 2008

Nantikan...


Tirai 2008 bakal berlabuh kurang 3 minggu sahaja lagi. Jendela 2009 pula datang menjelma. Setahun yg berlalu ini, bagi Abby terlalu banyak untuk diceritakan dan dikongsikan di laman ini. Tahun 2008 milik Abby penuh dengan pelbagai peristiwa, di mana setiap satunya memberikan kenangan dan pengajaran....Ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan pula ada yg pergi, ada yg hadir...Alhamdulilah, itu semua menambah rencah dalam kehidupan manusia kerdil seperti Abby....

Sebenarnya Abby tidak bercadang untuk bertinta panjang walaupun koleksi gambar sudah terlalu banyak dalam simpanan. InsyaAllah di masa-masa akan datang, berceritalah Abby kepada anda semua tentang hari-hari yg Abby lalui.

Bulan lalu, satu pertemuan diatur antara Abby dan c.i.n.t.a hati bersama adik-adik atau lebih akrab dipanggil kenalan sewaktu di zaman kolej. Kami berlima (bersama Syaz, Eddy dan Tasha) keluar pusing kota untuk satu sesi fotografi. hehe......Kenapa?Nantikan post yg seterusnya....


*Ketiadaan mood yg membuak-buak. Mungkin kerna hari ini hari Jumaat...esok, boleh liburan ;)

Wednesday, December 10, 2008

Kecil...

Zaman waktu masih kecil dan bergelar si cilik, pasti menggamit memori sang dewasa. Abby tidak terkecuali. Dan peliknya, c.i.n.t.a hati yg banyak mengembalikan nostalgia 1990an Abby. Pelik sungguh. Ini semua gara-gara dia pernah lihat album Abby waktu kecil (waktu turut membantu Abby sekeluarga pindah rumah) . Katanya comel. Haha...

Di zaman itu, ermm..Abby persis selebriti. Suka bergaya dengan tas tangan mama. Alat-alat solek pun tak betah Abby guna. Haha....memang betul kata si dia. Paling Abby tak boleh lupa, Abby suka betul bergaya dengan kasut tinggi mama. Dan dek kerana suka berkasut tinggi jugalah, Abby ada bekas jahitan di lutut....huhu....Mana taknya, sudahlah berkasut tinggi...berlari macam pelari pecut berkejaran dengan sepupu menuruni bukit macam tak ingat sekeliling. Nah....akhirnya menangis raih simpati....hehe.....

Bila berkumpul sesisi keluarga, memang banyak nostalgia masa 'muda-muda' ni. Seperkara lagi, makcik-makcik Abby kata masa kecil dulu Abby pasti merengek nakkan baju yang serupa seperti Azra dan Along pakai (2 sepupuku belah abah, sorang dah jadi mummy pun). Apa juga yg mereka ada dan pakai, Abby mesti nakkan yang serupa. Merengek, meronta Abby minta dengan abah & mama. Hehe...pasti kalut mama, abah waktu tu kan? Kejam betul Abby...hehe...


Gambar pasport kami bertiga yg Mama tampal di satu sudut rumah. WE LOIKE! hehe...nampak tak persamaan jelas pada wajah kami bertiga? pada MATA!...

Abby membesar dengan Angah dan Ajim dalam jarak usia yang besar juga. Kata mama, kalau tidak...kami pasti berlima beradik dan bukannya bertiga. Mama mudah gugur....maka, kami bertiga sahajalah yang mama, abah ada. Sedang elok, 5 orang dalam 1 keluarga. Sekarang masing-masing sedang meniti dewasa.

Zaman kanak-kanak Abby sangat aktif dan lincah. Banyak sungguh kenangan di tadika dan sekolah rendah. Banyak juga anugerah dan pencapaian yg Abby peroleh yg adakala bila difikir semula, ermm....bagaimana Abby betul-betul 'nikmati' kehidupan waktu itu. Mungkin betul kata orang, 'budak-budak tak faham apa-apa'. Meniti dewasa, Abby mulai faham inilah kehidupan yg sebenarnya....kehidupan yg Abby sedang lalui detik ini....

Syukur, rakan-rakan waktu zaman kanak-kanak Abby masih lagi bersahabat baik dan berhubung. Rindu kalian semua apatah lagi Abby sudah jarang singgah ke Kluang.......


* Berazam nak scan lebih banyak gambar-gambar Abby masa kecil....hehe...

Saturday, November 29, 2008

Nenek...


Pemergiannya telah ditentukan...Pabila sudah sampai seru, tiada siapa boleh menghalang.
KetentuanNya ini juga tidak pernah lewat mahupun awal seminit dua...

Fatimah Ibrahim, ibu kepada mama kembali ke Rahmatullah, pagi 29 Nov. Perkhabaran ini sememangnya meruntun hati Abby sekeluarga..

Nenek Timah, yang digelar oleh sang cucu...semakin uzur di hujung usianya. Sudah tidak lagi betah bercakap dan juga tidak kuat untuk berjalan lauh. Adakala nenek sudah tidak mengenali anak, menantu dan cucu yang ada.

* Gambar terakhir nenek yg Abby rakam adalah gambarnya bersama Pakcik Nasrun pada Syawal lalu...
.....

Pagi ini, khabar berita ini Abby terima agak lewat, gara-gara kantuk yang amat menelaah di sebelah malamnya.

Abby menjangkakan kemasukan nenek ke wad pada malam sebelumnya hanyalah rutin biasa untuk jalani pemeriksaan. Tetapi nyata Tuhan lebih sayangkan dirinya...

.....

Jenazah nenek sempat aku tatap...sayu dan tenang, dengan mudah airmata Abby mengalir. Abby kucup pipi dan dahi nenek buat terakhir kali...Teringat kembali zaman Abby masih kecil dan nenek ketika sihat walafiat lagi. Nenek suka bergurau dan perangai saling tak tumpah macam mama....

Nenek dahulu bekerja sebagai jururawat hospital. Arwah memang punya ramai kawan dek kerana sikapnya yg ramah. Sehinggakan di akhir hayatnya, ramai yg hadir memberikan penghormatan terakhir.

.....



Sekarang Abby hanya punya seorang nenek, Nenek Habsah. Ibu pada abah.

Nenek Habsah yg memang dalam 'siri lawatan' melawat besan-besannya, sedih kerana tidak sempat berborak dan bertukar cerita dengan nenek Timah.....

....

Kedua-dua datuk sudah tiada sejak Abby masih kanak-kanak. Hanya cerita dan gambar sahaja yg menjadi pengubat rindu.

Semoga roh-roh mereka tergolong di kalangan orang-orang yang beriman.

Aminnn......

Friday, November 21, 2008

Keluarga...

Barangkali sudah acap kali Abby bercerita mengenai keluarga Abby. Baik kami berlima, mahupun yang ada di kampung, sebahagian pembaca mungkin sudah mengenali mereka.

Ya, kami berlima. Abah, mama dan kami, tiga beradik. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ada seseorang sudah melalui sertai kami. Walaupun belum lagi 'rasmi' ;-), tetapi setelah banyak kali pertemuan, dia nyata makin selesa bergaul. Tidak kurang juga, reaksi muka senang wajah di abah, mama ;-) *giggling*




Gambar di atas dirakam masa perrrrrtaaaamaaaa kali c.i.n.t.a hati keluar outing bersama keluarga Abby. Huhu...cuak pada mulanya nak minta izin ikut sertai mereka ronda-ronda Alamanda, Putrajaya....tetapi, everything went well (fuuhhhh, lega................). Abah turut serta juga dalam lensa, yippy....ada gak kenangan c.i.n.t.a hati bersama mereka :-).

Lama-kelamaan, setiap kali Abby dan keluarga outing bersama, c.i.n.t.a hati tidak ketinggalan diajak untuk turut serta (ternyata parents Abby senang bangat....lagi-lagi mama, sporting...hehe). Antara outing yang masih Abby ingat adalah semasa bulan Ramadhan yang baru lepas. Pendek kata, sejak famili Abby berpindah ke Sg Buloh, c.i.n.t.a hati memang kerap bertandang. Kami berdua kadangkala memang berpakat untuk open table bila dah gaji....hehe...mmg best~





Ramadhan yang lepas, memang meriah kami jamu makan di Restoran De Palma di SACC. Awal pagi lagi Abby dah book tempat. Risau kalau-kalau pertemuan c.i.n.t.a hati dengan famili tidak sempurna. Tetapi ternyata meleset. Abby dan c.i.n.t.a hati jadi pelayan pada keluarga. Makanan pun lazat-lazat. Abah sempat bergurau, 'Kamu berdua baru gaji lah ni ye?'....hehe...
jawab Abby...'Haruslah...kami berdua rezeki lebih bulan ni...'. Dalam hati sempat Abby bisik, 'Pandai kan aku pilih tempat?'huhu..





Ada pula kelibat Nabil dalam restoran yang sama. Tidak lepas peluang, Angah & Ajim ambil gambar, itupun setelah puas dipujuk. Kenapa entah malu yang amat, geram pula Abby dibuatnya. Selesai makan, kami ronda-ronda SACC, membeli belah barang yang perlu sahaja.

Yang terbaru, c.i.n.t.a hati turut serta dalam ekspedisi jalan-jalan keluarga Abby ke Amcorp Mall & Sunway Pyramid....hehe..mana lah hendak sama tenaga yang muda berjalan dengan mereka yang berumur. Sudahnya mama&abah minta balik awal, katanya...'penat jalan, shopping complex besar sangat...' hehe....Abby senyum sahaja ;-)


Begitulah episod cerita c.i.n.t.a hati bersama keluarga Abby. Harap si dia tidak serik dengan kekecohan kami, yang menggila bagai anak kecil kalau bergaduh dan berborak. Tidak sedar, kami bertiga sudah dewasa, tetapi di khalayak bukan kira. Belasah saja...macam di rumah gelagat masing-masing......


* pagi raya c.i.n.t.a hati ada sama...yg tu klimaks rasanya..hahaha~ nenek di kg dah nanya, bila c.i.n.t.a hati nk datang sabak bernam pula? yippy!~~sayang nenek~

Wednesday, November 19, 2008

Genap Setahun...

Tutup sudah cerita murung, kerana Abby tidak punya masa untuk itu. Rasanya banyak lagi agenda yang perlu Abby selesaikan satu persatu. Kemudian, Abby akan ambil cuti panjang untuk mendapat semula semangat baru...terima kasih pada c.i.n.t.a hati kerana jadi pendengar setia (kesian dia, dalam Abby murung kena dilayan kalau Abby membebel...hehe) , rakan-rakan yang juga memberikan semangat utk Abby tidak murung ;-) thanks~

Genap setahun...

Apalah sangat nilai angka 1 pada sesetengah orang...Sebab tu adanya istilah 'setahun jagung'. Sinonim dengan maksud, masih muda dan mentah..........



Pada Abby, Abby setuju dengan kenyataan di atas. Setahun itu, adalah kerana sudah setahun Abby bergelar employee. Dalam setahun ini, banyak pengalaman baru Abby timba dan menandakan juga banyak lagi yang Abby perlu lalui dan pelajari sebenarnya.





Setahun di Bernama, pada Abby bukanlah sesuatu yang Abby boleh banggakan. Namun Abby sangat-sangat berterima kasih kerana Bernama memperkenalkan Abby kepada satu lagi fasa dalam kehidupan iaitu alam pekerjaan di mana KOMUNIKASI adalah teras utamanya. Terima kasih kerana kuasaNya juga Abby berada di sini...





Dalam setahun ini juga, banyak pengalaman Abby raih. Suka duka, ada juga kadang-kadang. Mengenali budaya kerja semestinya sesuatu yang sangat-sangat baru. Mujur diri ini tidak mudah melatah, ibarat dah lali...hehe..(ye ke Abby?)

Apa jua pengalaman baru, cerita suka duka Abby, biarlah Abby sahaja yang tahu. Yang penting, Abby belajar daripadanya dan berjanji utk perbaiki kelemahan diri.






Selama setahun ini juga, Abby menambah koleksi kenalan. Bukan sahaja di pejabat, tetapi juga ketika bertugas. Ada yang datang, ada yang pergi. Terima kasih semua atas kepercayaan yang kalian berikan....

1 Nov adalah tarikhnya Abby genap setahun bekerja. Tarikh pernikahan sahabat yang seorang itu, esoknya pula celebrate di umah Ecah, thanks for the makan2 ya.....;-)

p/s: pictures taken by brother king. Gambar kalian setahun yang lalu di sini

Thursday, November 13, 2008

Suram...

Murung itu perlu ada. Kalau hadirnya murung, tandanya kita hadapi masalah. Tanpa murung dalam hidup pula, sebenarnya kita berhadapan dengan satu masalah besar...

Abby manusia biasa. Tidak boleh elak dari menyatakan rasa tidak gembira yang hadir bagai menyentap seluruh proses kehidupan yang diatur.



Apa yang dirancang, tidak semesti termakbul. Apa yang diharap, tidak semesti juga dalam genggaman...

Kalaulah Abby mampu ketawa tika ini ..............................................................................



Mungkin sudah tiba masa Abby menginjak...mencuba sesuatu yang baru mungkin......Walaupun masih samar-samar, siapa sangka Abby mampu sebenarnya...





Sesuatu yang baru yg Abby ingin cuba....mungkin....sesuatu yang lebih menghampiri impian dan cita-cita, walaupun...menuntut pengorbanan dan perhatian yang bukan sedikit....



p/s: Thanks Syaz for the pictures. Nicely taken and I did awesome job as well....share with u later, as i'm still ini m.u.r.u.n.g mode

Monday, November 3, 2008

Walimatulurus...

huhu..suspen tak tajuk post kali ini?

Jeng.....Jeng...Jeng....

sah-sahlah bukan undangan dari Abby. Belum tiba masa nya kawan-kawan....hehe...
Tak cukup tertipu, bukan?

Dua minggu yang lalu, dua rakan Abby di kantor selesai sudah melangsungkan perkahwinan bersama pasangan masing-masing. Ucapan tahniah dari Abby & c.i.n.t.a hati yang turut hadir ke majlis walimatulrus kalian...

Buat pasangan brother Raja Amirul & Dell Idrus, semoga dilimpahi bahagia yang berlipat kali ganda dan berkekalan hendaknya hingga hujung nyawa.....




* lauk kampung kenduri bro king ni sedapppp.....rugi tak tambah...ahaksss~

Tanggal 1 Nov pula, hari bahagia buat pasangan
Jenny Lanong
& Fairul Afikin...
Untuk majlis pernikahan dan persandingan raja sehari ini, Abby and rakan-rakan Bernama lain diminta membantu mana-mana yang patut..al-maklum, adat budaya Melayu, jenny kurang jelas dan alert mengenainya, banyak berpandukan rakan-rakan sedia ada...
Abby tidaklah pakar mana, cuma membantu setakat yang mampu...

Untuk persediaan sebelah Jenny, Abby bawa seorang teman yang lebih pakar dari Abby, siapa lagi kalau bukan mr Kumaran kita...ehe...

Kumaran pakar dalam menggubah hantaran dan berinai. Khidmatnya menjadi pilihan Jenny terutama dalam menggubah sirih junjung dan lukisan inai di tangan.

Hasilnya..









Pendek kata, walaupun kepenatan membantu majlis perkahwinan rakan, Abby dan Kumaran nyata gembira dan enjoy sepanjang hari.
Seperti tidak sangka masa yang duk dihitung berlalu terlalu cepat...Abby..apalagi?
time to work~~!!!


* Kumaran taknak mengalah kalau bergambar, vogue habis la konon...semua orang Sarawak ternyata happy dengan penangan pak andam sorang nie....

Monday, October 27, 2008

Kewajipan...



Bergelar pelajar separuh masa (janggal je rasa bunyinya....) memang menuntut pengorbanan dan pengurusan masa yang maha tersusun rapi supaya agenda pembelajaran tidak terganggu.

Setakat 3 bulan pertama ini, nampaknya segala urusan dipermudahkanNYA. Tidak terlalu rumit untuk menghadiri kelas sementelah kelas hanya pada hujung minggu. Namun di saat-saat menghadapi peperiksaan ini pula, sudah tentu pengajian Abby menjadi keutamaan. Tetapi tugasan di workstation tetap berlegar-legar dalam kepala....ermm...

tengok sahaja berapa banyak IE & Mozilla Abby browse...huhu...itu belum memulakan research & pembacaan lagi tuh......mode bekerja waktu ini adalah : SMS Indon & vetting page ya..

But still...

Abby manage to do lot of stuff at ONE time. Yeay!Harus!Mesti! Abby redah je...Apa jua kesukaran atau halangan mendatang, sudah tentu Abby berkeupayaan (berkeupayaan ya kawan-kawan) untuk melakukannya.

Masakan tidak....sibuk belajar & bekerja pun....masih boleh blogging...apakah maksudnya itu?
hehehe...


p/s: Gambar: Laman portal E-Learning OUM's students

Muzikal...

Best!Enjoy!Entertaining!Seronok!

Apa lagi ya yg dpt Abby perincikan mengenai filem yang satu ini? Walau apa orang nak kata, walau apa tanggapan anda, Abby tidak peduli kerana berbaloi jikalau anda menontonnya, rakan-rakan!



Baik si cilik sehinggalah ke muda belia, semua pun layaaan panggung~! Ternyata full house masa Abby dan c.i.n.t.a hati pergi menonton. Segak nyer Troy dalam citer ni...ehe..karakter yang lain betul-betul 'menghidupkan' filem in sequence ini. Lagu-lagu?Superb!enjoy every single beat and rhythm..huhu...(extreme enough tak?..hehe).

Duk bercerita tentang filem senior year ni, mmg tergingat kembali time konvokesyen April lalu. Banyak moment yang serupa..hehe..tp version HSM3 ni lagi cool and best, jealous! Lagu Now or Never is the best...but...The Boys are Back best gak...ermm...semua, yg pasti! ;-)

Teringat pula adik berdua di Kluang, memang dah janji nk nonton sama...tggu kalian dtg KL ya..




* sengaja dedikasi khas filem ini...sbb duk teringat every scene filem ni..hehe

Saturday, October 25, 2008

Waizuri Outing...





Yeah!Finally we made it!Walaupun kesibukan melanda kesemua kami, pengamal media yang dahulunya tinggal serumah, siapa sangka kami bertemu kembali..

Yup, Waizuri Outing!Petikan nama adalah kerana pada suatu ketika dahulu kami pernah menghuni bersama di bawah satu bumbung di Waizuri 1, Wangsa Maju. Selama hampir dua tahun setengah mengenali antara satu sama lain, rasa sukar untuk lupakan mereka dan kenangan kami waktu belajar dan tinggal bersama. Akhirnya pada 18 Okt, jumpa juga kami di KLCC. Abby, Sheila, Syira and Yan sahaja yang dapat hadir untuk melepas rindu..





Hadir bersama kami, adalah pasangan masing-masing. Sheila memperkenalkan pasangan barunya (kalau tak silap..hehe) sementara yg lain, memang dah 'mesra alam' sedari zaman kolej lagi. 'Kegilaan' kami, waizuri girls sampai apabila mula mengungkit kisah-kisah lama. Macam-macam. Tersenyum sorang Abby kala menaip tinta yang satu ini. Hehe....









Seperti yang dijanjikan, Abby bawa D50 untuk reunion kecil ini. Hahaha..memang tak silap perkiraan, sebab Waizuri girls kaki bergambar.





Tengok sahajalah pose kami. hahaha...Abby tak larat la nak berciter, pendek kata...masing-masing tahu gaya and perawakan diri.hehehe...alangkah baiknya kalau yg lain-lain pun ada~!arghh...really miss the good old days~









Seharian bersama perempuan-perempuan ini sudah cukup buat Abby lupa soal kerja.Hahahaha...thats the best therapy for those media practitioner like US, rite gurls?

p/s:Thanks to c.i.n.t.a hati for taking such a lovely pics of us~