Tuesday, August 28, 2012

Jangan, jangan...

Saya kurang pasti perangai insan dan umat yang seorang ini. Entah silap angin kus-kus melanda atau sebenarnya ada lebihan atau mungkin rembesan hormon yang tidak sepatutnya ada dalam badan telah menyebabkan, insan yang seorang ini bertindak macam carca-marba. Macam ada sesuatu yang 'kureng' pada kewarasan emosinya. 

Emosi, I repeat. Bukan akal. Akal, dia maha hebat serba serbi. Semua pada fikiran dia, betul. Semua pada pandangan orang lain, SALAH. It's a BIG NO NO kalau ada pendapat bernas dan cergas dari orang lain.

Saya juga bukan insan sempurna. Buktinya, naah. Bila mana saya tidak puas hati, geram dan sebal, saya 'hentam' dan luahkan perasaan sahaja di blog. Saya memang tidak sempurna, mungkin 1000 kali lebih jahat dari insan yang maksudkan (macam dalam perenggan pertama). Tetapi, pada saya lah, jangan la bersikap orthodox. Please, You've been repeating doing this over and over again. 

Sampaikan ...

Saya dan rakan-rakan lain macam sudah fobia. I am not that outspoken to anybody simply. That's not me style. Tetapi sekiranya keadaan memaksa, jangan sampai saya meletus. Sebab gaya anda, cara anda, perilaku anda cukup memberikan impak dan kesan 'dramatik' pada saya. Dramatik bukan apa. Terlalu memberi stress dan kesan mendalam sampai rasa mahu tarik rambut dan hentak kepala di dinding sahaja. Horror sungguh!

Sejujurnya, sudahlah saya bukan orang sempurna, makanya kalau saya beri nasihat atau kata-kata (konon) yang bolehlah dapat mengubah mata dan hati insan yang seorang ini untuk berubah sikitttttttttttttttttttttttttttttttttttttt, saya sudah boleh bersyukur tadah tangan, okay?! Betul!

Bila mana seorang manusia itu ego, ada perangai tersendiri yang rata-rata tidak semua orang semua dan ramai bercakap belakang, what do you expect? So that people will get closer to you in future? NO. So that people know your honesty and kindness? NO. Sebab kesemuanya hanya nampak di pandangan mata kasar. Sebaliknya, ramai boleh hidu, you're fishy enough to treat us all that way. Bukan niat hendak mengajar pun sebonar-bonarnya. Tetapi lebih kepada menganiaya.

So how?!

Sampai satu tahap, kalau saya cuba juga untuk mengatakan TIDAK kepada arahan dan permintaannya (yang pada saya, tersangatlah di luar penerimaan kotak fikiran & tiada kena mengena langsung dengan tuntutan kerja), saya kena keringkan hati dan kentalkan telinga! Seriously! I tell you! KERING & KENTAL (K&K)

On another note, insan lain yang kena ada ciri-ciri K&K ini juga adalah insan terdekat dengan saya, iaitu Encik Suami. Yes, he is! No choice, but have too!

Bukan apa. Akibat bila berani mengatakan TIDAK tadi itu, si insan ini boleh berubah watak pula menjadi seseorang yang fuh, fuh ... kaki perli-memerli ikut suka. Sudahlah tu kalau perli sambil bercerita kepada satu pihak sudahlah, ini tidak! Dipukul canang macam mahu 1 level ni tahu apa berlaku.

Wah, hebat betul penangan perangai kamu yang ini tau! Sangat mengguris hati. Hati saya ni kecil, rapuh dan teramatlah fragile. Bila diperli gitu, stress nak mati rasa! Budaya perli-memerli ini macam sudah sebati sangat saya kira ada pada kamu.

Though you're way way too older and aging than me, but your age and your attitude doesn't sync to each other. HONESTLY! Anda keseorangan kah, anda mahu kan teman kah? Beritahu. Jangan selindung, jangan ego. Itu yang bersangkut paut tu. Bila berperangai balik, kawan pun seekor dua. Lepas tu tuduh diri sendiri 'mulut jahat'. Dah memang, hang 'mulut jahat'. Hati tu tak pasti. Tu hati lu. Wa leh baca je. Tak leh bedah and tafsir. Stressss wo!

Bila terlalu banyak 'hentaman' dan stress yang saya terima di pejabat, En Suami la orang paling setia menadah telinga dan menghadap saya dan terus-terusan setia mendengar apa pun celoteh saya. Dia pula redha dan memang jenis tadah telinga aja mendengar. Terima kasih Sayang. I know you're good at this and that is why I love you. Menerima dan menyayangi saya seadanya.

Berbalik kepada insan yang seorang itu ....

Percayalah kataku, anda memang berjaya menghuru-harakan emosi saya hari ini. Anda juga hebat kerna berjaya memporak-perandakan hormon saya untuk terus dipam keluar dan merembes tekanan darah yang mungkin tinggi juga. Sebabnya anda hebat. Hebat dalam bab ini. Annoying all day. Emosi tak menentu. Membabi buta marah dan menegur. Sungguh, sungguh saya benci dengan perangai kamu yang SATU ini.

BENCI TAHAP DEWA!

Terlalu panjang saya menulis tentang dia ni. Mungkin terlalu benci juga sebab apa yang berlaku hari ini. Tersangatlah terkesan kami di pejabat. Subhanallah, Maha Suci Allah. Semoga dosa kami ini diampunkan lebih-lebih lagi saya yang ikhlaf dan serba serbi dalam keadaan hasutan syaitan (amarah), dan KAU ubah lah juga hati dan naluri kecil insan yang seorang ini untuk setidak-tidaknya berubah agar lebih disenangi kelak, baik lahirian mahupun batinnya.

Teraniaya & terkesan emosinya,
Abby



No comments: