Friday, December 19, 2014

Ceritera Minggu 34 ...

Ya, ya. Di sini saya. Di minggu ke 34. 

Perkiraan doktor dan saya sendiri ianya adalah seiring dengan perkembangan bayi yang di dalam perut ini pun. Cuma kali terakhir scan, berat bayi dah cecah 2.4kg. Still acceptable cuma takut-takut juga keperluan caesarian itu mendesak bila menjelang minggu ke 36 atau 37 kelak.

Walaupun sebenarnya pilihan melahirkan itu sekarang ini peluangnya adalah sama rata iaitu boleh bersalin normal juga kalau keadaan mengizinkan, ada semacam rasa seram pula memikirkan detik-detik kelahiran secara normal itu. Ahaks. Bukan apa, because simply I am not mentally ready, what more physically ready to perform such labour. Pengalaman itu tiada.

Disebabkan dek risau, ada juga lah membaca dan menGoogle serta menYoutube buat tambah-tambah ilmu. Tetapi debaran, nervous menggila tetap ada. Tidak boleh buang.

Semoga segalanya dipermudahkanNya. Tiada yang lain sungguh-sungguh saya minta buat masa ini, hanyalah yang terbaik untuk bayi dan saya.

Amin. Doakan.