Sunday, August 30, 2009

Iftar...

Ramadhan 8

Alhamdulilah sudah masuk hari kelapan. Hari ini lebih-lebih lagi kemeriahan kerana berbuka puasa petang nanti bakal disertai sanak saudara yang lain. Tidak ketinggalan mr fiancee juga!

Petang sikit nnti, mahu ke Shah Alam pick up Azra, my cousin. So, nenek, uncles, aunties, cousins and kids will be here!!masyukk!

Kasi gegak sekejap rumah no 31...Sg Buloh.

Semalam, settle sudah part 1 shopping untuk CSR programme. Meriah, sakan kami, Abby, Mr boss & Safuan (collegue) membeli belah. Boleh diklasifikasikan sebagai shopping ala2 'Ambil, Pilih & Bayar'. Kos perkara no 2. Chewah! Hehe..Pilihan baju semua best2. Moga-moga para penerima gembira bila dapat baju yang kami belikan. InsyaAllah.

*****

Majlis berbuka puasa pada Ramadhan yang kelapan ini turned to a big shock to me. Sebabnya balik-balik dari ambil Azra, ada caterer tengah loading makanan ke dalam rumah. Caterer majlis kahwin nanti.

Wah, asyik. Semua pun berkumpul. Hamba yang kalut kalau-kalau makanan tidak cukup, membeli lah 1 bucket KFC untuk bebudak yang ada. Rupanya, Abby berlebih-lebih sudah. Serius, tidak tahu ada 'program' rupanya malam ini.

D50 mana boleh tidak beraksi waktu-waktu keemasan begini. Jom kita tgk, apa yg berlaku sekitar rumah.





D50 memang sukakan budak-budak. Hehe. Tidak cukup dengan gambar-gambar kandid, kalian tengok sahaja apa mereka suruh Kak Bilah diaorg buat.







Yes, aksi hoola hoop oleh dua beradik yang sudah tidak segan silu dengan D50. Bagus, semoga kalian akan lebih develop skil komunikasi di masa akan datang k!Hehe..

Bebudak je ke Abby? Yang dewasa mana?


Ada, golongan ini memang tidak pernah dilupakan. Lihat sahaja. Pose mereka lagi superb. Ala-ala ada unsur photojournalism sudah.



Ini yang dinamakan serambi rumah moden. Hehe...Harap maaf atas sifat selamba mereka-mereka ini kerana menjadikan pintu rumah sebagai salah satu port bersembang. Tetapi I loike! Kami sempoi. Janji dapat borak sakan.



Sekarang, kita tengok makanan pula. Banyak betul menu, tetapi tidak terambil pula semua gambar. Ada makanan dari caterer, ada juga dari dapur Cik Eton. Yummy~!






Bila tiba waktu berbuka, Mr Fiancee jadi ketua bacaan doa. Disebabkan ruang rumah Abby yang bersegi-segi, maka hidangan makanan juga diletakkan di 3 penjuru berbeza. Amin sahaja doa, macam lipas kudung si kecil dan si tua-tua attack penjuru-penjuru berkenaan. Hahaha..

Mujur tiada video. Mr Fiancee, kamu kena biasa-biasakan dengan 'kegilaan' saya dan keluarga besar ni. Hehehe...


Setelah solat Maghrib, ada pula agenda lain.

Nak tahu apa dia? Bersambung di sini...

No comments: