Saturday, August 22, 2009

Cerita Ramadhan...

Ramadhan kali ini, tahun 1430H sudah tentu ada bezanya dengan Ramadhan sebelum ini. Berikut adalah sedikit catitan mengenaninya :

1. Ini merupakan tahun terakhir Abby berpuasa sebagai seorang anak dara. Wah ini lah perkara utama untuk Ramadhan kali ini. Sebabnya Ramadhan yang akan datang sudah tentu Abby sudah membawa/memegang gelaran yang lain pula.

Kalau tahun ini, Abby masih boleh berpuasa 'santai', isi pewot sendiri dan siap boleh berbuka sama teman-teman kantor/kolej/sekolah, tahun-tahun mendatang sudah tentu komitmen lebih pada seorang suami dan keluarga.

Detail sungguh perinciannya. Bunyi seperti sungguh signifikan. Haruslah~ Fasa baru katanya.


2. Part ini paling best. Tahun ini selama sebulan, insyaAllah..dapatlah Abby berbuka dengan 'nikmatnya' di rumah yang sangat manis (eh, home sweet home gitu). Setelah bertukar kerjaya ini, dapatlah rasanya berada di rumah sejam dua lebih awal dari waktu berbuka.

Situasi ini sangat-sangatlah berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana Federal Highway selama sebulan itu menjadi saksi Abby berbuka di dalam kereta. Masih ingat lagi, sebungkus air milo ais atau sirap bandung, dan kuih-muih yang RM1. Sesampai di rumah, untung nasib sahaja kalau mama, abah, angah & ajim ada di meja makan..Huhu..

Mungkin ini juga 'hadiah' sebelum berpuasa sebagai milik orang. Huhu...asyik dan syukur~


3. Baru sahaja masuk 2 Ramadhan, tangan sudah mula ringan tulang membuat persiapan kerja-kerja kahwin.

Wah, baru sehari Abby~ Eh, jangan bilang. Abby belum tentu punya masa lepas-lepas ini mahu gentel2, menyulam, menggunting dan melihat-lihat sekalipun apa yang sudah ada atau belum ada untuk majlis nanti tau...Huhu. Busy~!


Ini juga bermakna, selain kerja dan perut sendiri yang menahan lapar dan dahaga sepanjang puasa ini, banyak lagi urusan yang perlu dan amat perlu diselesaikan. Semuanya bagi memastikan majlis berjalan lancar.

Walaupun orang lain sedang melalui fasa berpuasa 'bersama' bermula tahun ini, tapi eden belum lagi. Ahh, statement berbaur cemburu. Sabar, sabar Abby. Rezeki tidak ke mana...Amin. Hehe

4. Tahun ini juga merupakan Ramadhan kali kedua berpuasa bukan di Kluang. Aishh, nampaknya bazaar Ramadhan di bandar Kluang masih lagi yang terbaik dan no 1 di hati. Susah juga untuk Abby mencari atau turun membeli di bazaar sekitar taman & Shah Alam ini. Entahlah, masih tercari-cari agaknya. Tetapi tempat berbuka yang 'enak, lazat & mewah' selalu pula, sebab yang 'tukang book' serah sahaja pada Miss Abby. Hehe...

Nak balik Kluang jugalah Raya nnti!Ceh, walaupun bazaar yang best itu masih ada, tetapi nasi beriani yang sodap itu, popia basah yang pedas itu, mee siam yg lain itu, kuih keria yang sedappnyer itu & banyak lagi lah, mana da jual lagi.............*sigh


5. Soal kerja, Ramadhan kali ini walaupun 'lebih santai', tetapi kalendar September sudah penuh dengan pengisian program OKU. Pertama kali terlibat dengan kerja-kerja CSR. Syioknyer~ Selain bekerja, benda-benda ginilah yang bagi sesebuah kerja itu sewonok. Semoga program ini berjaya nanti!

Berbeza atau tidak Ramadhan kali ini? Berbeza kan? Kamu dan kamu?

Semalam sahaja bakat 'si isteri' sudah diuji. Huhu..Poyonyes ayats~ Hehe.. Keluarga bakal mertua turun KL, tinggal seminggu di rumah mr fiancee. 2 keluarga berbuka sekali di 1 Ramadhan di bawah 1 bumbung.

Apa yang diuji? Haruslah masakan. Tetapi Mama's still the Chef. Saya tulun campak2 & belajar lagi. So tidak mahir. Soon..soon...insyaAllah.....AMIN~

Belum tentu setiap hari dalam Ramadhan dapat pegang senduk kuali, kalau sudah tuntutan mengetuk keyboard itu lebih. Cis, alasan. Persetankan....Huhu..
Sekian..

2 comments:

Ili Saharudin said...

wah, seronok yer abby~semoga2 disenang2kan untuk persiapan nanti~insyallah

Abby said...

Alhamdulilah, suka duka, tawa nangis tu selalu ada. Tak ada, bukan hidup namanya. Neway, thanks for the doa.