Saturday, August 1, 2009

Hari I&I dan Pertemuan itu...

1 Ogos adalah tarikhnya mereka disatukan. Dari awal sehingga ke akhir majlis, tiada lain yang dapat Abby rasakan melainkan syukur yang amat sangat atas perkahwinan mereka.

Buat Izyan & Izzaldin, tahniah buat anda berdua. Semoga selamat melayari bahtera perkahwinan dan berbahagia hendaknya hingga hujung nyawa.


Gembira tak terkata utk kamu, Yan. Seronok tengok bila sahabat satu persatu mula bergelar isteri dan suami orang. Terasa 'manis' je melihat majlis pernikahan & persandingan orang lain.

Ahh, sudah kamu Abby~ mmg betul kata mr boss, kamu ini sudah haywire benor~!Kawan-kawan, sila bantu...Benar sekali ramalan itu, 3 bulan sebelum kahwin, beginilah perasaannya..hahaha



Seronoknya di majlis kawan yang seorang ini, rakan-rakan 'sebantal-setilam' hadir sama. Best tak mo hengat. Ni reunion 'projek kahwin-kahwin' kami panggil. Sebab motif pertemuan adalah untuk 'memanjang-manjang' kan jemputan perkahwinan masing-masing. Yang mana bulan 10, bulan 12 la..


Tahun ini tahun hatrik. Tahun Yan, Ena & ME ! Yang lain-lain semua dah amik que, tahun depan!hehe..



Tahniah Izyan & Izzaldin. Me & Mr Fiancee totally happy with your marriage~

*****

Sejurus selesai majlis persandingan Izyan, Abby bergegas terus ke The Curve. Punya agenda besar petang 1 Ogos ni. Its Reunion time!

Setelah hampir 10 tahun tidak berjumpa, akhirnya kami bertemu jua!Siapa sangka persahabatan yang terjalin antara Abby dengan kawan2 sekolah rendah masih lagi utuh sampai sekarang.

Rasa sayang benor dengan kenangan-kenangan waktu kecik2 dulu. Satu persatu kenangan, citer lama keluar. Seronok!Best!You are all the best!Best ngumpat cikgu-cikgu lama dan kawan2 juga...hehe



Aktiviti hanya sekadar duduk2, minum2 di McD sahaja. Sementara menantikan kawan2 yang lain datang (ongoing), kami sakan berborak itu ini. Semuanya cerita-cerita lama. Tidak kurang juga cerita-cerita tentang perkembangan diri masing-masing.



Tidak kurang juga sesi soalan cepumas, seperti 'Kau dh ada GF ke?', 'Single ke, Bujang ke'. Maka di sini, Abby menawarkan perkhidmatan percuma. Kebanyakan mereka-mereka ini masih solo, single-mingle. Sesiapa yang berminat, harap dapat berhubung terus dengan orangnya ya. Mereka pasti bergembira menerima panggilan-panggilan daripada anda. Hehe..




Kameraku yang setia berkhidmat denganku ;)



Bagus kan?Poyo tak sudah masing-masing kalau bercerita, cuma bila bab single-mingle ni, tetiba semua berlaku jujur. Haha..Apa kamu semua mahu aku kenen-kenenkan? Haha...Abby dh berhenti dah kut wat keje2 camtu. Hehe..





Lama juga kami lepak di McD. Entah berapa kali order makan dan minum. Tapi tetap tidak membosankan. Sakan bercerita masing-masing. Tidak peduli apa orang keliling tengok dan kata.

Kemudian datang idea, utk lepak pula di Saujana Utama, rumah Abby. Al-maklum sejak tak jadi orang Kluang, memang keluarga Saleh&Zaiton sudah lama tidak dikunjugi orang-orang Johor. Maka bergerak lah kami semua ke Sg Buloh.

Haha free-free kena je kena sound. Ko nak racing ke nak konvoi? Boys, i can never forget that!Forever!Haha..Mr fiancee tegur perkara serupa. Ahh, am i driving too fast?Bahaya!


Sesampai di rumah, mmg langkah kanan tul depa. Makan2 time. Jelas mereka kebulor. Takpe, mee goreng mama, mereka layan!Masyukk..sakan mama&abah nk kenal mereka. al-maklum, semua pun dh jadi 'baka-baka mat saleh yg entah dari mana'. Sudah 'tidak comel' belaka! Haha...Beza dgn waktu sekolah rendah katanya, of course. Halimah juga yang maintain!hehe..


Makan, jangan tak makan ya kawan. Meriah sekejap rumah. Suasana sudah seperti mahu kenduri. Hehe. Camne ya bulan 10 nnti?hehe..serius, tidak sabar!



Jam 7.15pm, perlahan-lahan mereka semula mula bersurai. Dengan harapan kita semua ketemu lagi di majlis ku ya. Tapi waktu itu, aku bersama suami. Bagus kan?Sibuk duk tanya mr fiancee nape tak join sekali?Hehe...So, see all of you in October. More & more reunions will be organised, insyallah. Do keep in touch, y'll!

Semoga kesibukan kerja dan lambakan komitmen di masa akan datang tidak membataskan pertemuan-pertemuan sebegini. Sukses semua~


No comments: