Ramadhan 24
Lagi-lagi cerita Iftar. Bosankah? Tidak!Abby tidak pernah bosan, lagi-lagi tahun ini apa jua iftar yang Abby lalui semuanya adalah yang terakhir sebagai anak dara. Harus happy!Yeay!
Hehe, bunyi bukannya menyesal. Cuma mahu enjoy dan nikmat setiap saat itu bersama teman-teman.
Buat kesekian kalinya, kami wanita-wanita dewasa bertemu lagi.
Wah, ayat tidak boleh blah! Yan, ko pasti orang paling suka ayat wanita-wanita dewasa itu ;-)
Bertemu kali ini memang tidak dirancang. Secara mengejut. Auntie J menelefon mengajak Auntie Abby berbuka sama. Katanya wanita-wanita dewasa ada.
Yan, aku rasa baik kita praktis nama panggilan auntie-auntie (dengan harapan Izyan bakal bergelar mummy. Kwang Kwang Kwang). Mesti sewonok!
Kemudian, Auntie Abby pun beritahu lah mr fiancee untuk tukar plan. Mr fiancee setuju. Bertolaklah kami ke The Curve jam 6 petang.
Sesampai sahaja di sana, kami terus ke Penang Little Cafe. Orang sudah sesak benar. Sabar sahajalah dalam hati. Bukan Abby sahaja yang mahu berbuka. Sabar sabar.
Ibu mertua Yan juga turut serta. Sedikit kaku perbualan wanita-wanita dewasa senja tadi. Rasa seperti tidak jadi diri sendiri.
Serius, I don't like!
Tidak mengapa, lain waktu mungkin kami 'bisa' hilang akal. Pertama kali, ada yang lebih berusia bersama kita, mungkin lah sedikit kekok, lebih lagi rasa hormat padanya.
Yang menariknya, wanita-wanita dewasa ini adalah golongan pertama yang menerima Kad Walimatulurus Abby. Cun!Lepas ini barulah boleh dipanjangkan jemputan kepada yang lain-lain pula. Sabar ya kalian.
Habis berbuka, wanita-wanita dewasa berpecah. Auntie Abby ke IKEA, me'shopping'kan diri manakala Auntie-auntie lain ke E@Curve. Ada benda menarik di sana tau, mahu tahu apakah ia?
Tadaaaaaaaaa....
Okay Mummy Izyan, minta bersedia. Kerana promosi yang akan diuar-uarkan di bawah ini menuntut suatu janji-janji daripada mu!Wah bikin suspen!
Inilah ruang niaga (push cart) milik Izyan Wahidah dan suami. Class gitu!Kini sudah bertapak di E@The Curve. Caya sama kamu!
Aku tahu Yan apa dialog kau lepas ni kalau aku singgah lagi kedai ko?
Izyan:
Takkan tengok aje?
Abby:
Ye ye..aku beli!
Wah, bunyi terpaksa. Hehe..acah sahaja. Kawan saya yang seorang ini memang peniaga. Setakat ini rasanya tas-tas tangan dan beg-beg sahaja.
Apa yang dijual oleh Puan Izyan dan suami, menurut Abby dan Mr fiancee, sebenarnya lain daripada yang lain. Mereka jual bukan handbag biasa, tetapi yang sedikit funky, gila2, abstrak,unik & sesuai sangat dengan taste muda-mudi. Paling best, tak kisah apa bangsa pun boleh layan pakai beg ni.
Tengok sahaja koleksi yang ada di kedainya.
Opps, yang paling depan corak bunga berlatarkan warna coklat sudah dimiliki ABBY!
Ok, yang belah kiri ni hampir-hampir buat Abby ter'over' bajet! Hehe...Nasib! Yan, boleh simpankan ke untuk aku? Huhu...
Yang ini comel! Makanya nasihat Abby kepada semua, kalau sukakan benda yang comel-comel, kiut-miut, ala-ala remaja tak berapa nak remaja pun boleh, singgahlah ke kedai makcik seorang ini. Di tingkat 1 bangunan.
Bagi Abby, mesti ramai tertarik sekali pada beg-beg di bawah. Sebab comel bangat. Abby belum nampak kesesuaiannya lagi untuk Abby pakai. Tetapi Yan sungguh bijak lantas disuruhnya Abby wat beg simpan susu and lampin anak.
Bernas Yan idea mu itu!Aku tuntut nanti! ;-p
Comel kan? Jadi jangan malu jangan segan OK!Harga sangat-sangat berpatutan. You can trust me on this, chewah~
Abby memborong 3 beg dalam 1 malam. Hehe. 2 untuk Abby, 1 untuk Mr fiancee.
Okay, menarik sikit Iftar kali ini sebab boleh shopping & lepak di kedai kawan sendiri.
Selamat Maju Jaya, kawan! Moga sukses selalu bisnes kamu.
* Maafkan mereka disebabkan aksi yang tidak se tut tut si suami Izyan. Dia memang begitu. Ini 1st time, gambarnya disiarkan di blog Abby. Gambar sebelum-sebelum ini kena pk 10x nak masuk blog. Hahaha..kidding guys!
No comments:
Post a Comment