Motif buat wajah termenung atas kerusi merah berdua?
bajet pesona atau raih undi?
Muka boleh jual ka kamu berdua ni?Ceh, lelong di bazaar belum tentu ada pembeli.
Muahaha..Sahaja. Mood mengada-ada, ala-ala sudah sihat perkasa. Itulah rupa kalau sudah sihat. Takde dah muka-muka monyok, benyek ala-ala raih sushi.
Sushi? Iye, tekak dah baik demam baru ini, terus-terus mahu sushi. Pening mr fiancee. Parah kalau selalu demam ni...hahaha
Bila sudah sihat, mood bekerja & exam pun ada. Oh ya, lupa nak kabo. Teman dah tamat peperiksaan akhir semesternya. Sebab itu, status facebook ceria ala kanak-kanak ribena. Sudahnya, apa lagi ....'It is the time to disco'.
Bermakna, aktiviti-aktiviti tak berapa nak ilmiah kembali aktif la teman ;
1. Berblog. Harus, lepas ni update wordpress plak. Ahakss~
2. K-Drama. Ini lagi wajib, cam darah dalam daging dah. Lepas tu gelak, perasan sendiri tak mo hengat.
3. Mp3. Ini aktiviti melalak ala-ala test suara kut-kut boleh rakam album. Wajib, buat juga kekadang. Tetapi tak semua dapat dgr suara emas ku. Ceh..~
Begitulah pun yang tidak berapa nak ilmiah pun. Lain-lain akan difikirkan. Cumanya sekarang lagi menghitung hari mahu berpuasa. Alhamdulilah, Tuhan itu temukan lagi Abby dengan Ramadhan tahun ini. Insyallah, azam tahun ini mahu memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, serta penghayatan yang lebih untuk pengisian semasa majlis khatam Quran nnti selepas istiadat pernikahan.
InsyaAllah, moga-moga diberkati niat yang ingin dilakukan ini, lagi-lagi hendak melangkah ke alam baru nnti.
Kawan-kawan mesti rancak merancang kan, pasti lagi hebat aktivitinya daripada Abby. Mudah-mudahan anda juga beroleh barakah.
Tidak kira ilmiah atau tidak aktiviti anda itu, anda sendiri yang menentukan.
Wah, iklan PSA ke? Idak eh, mengingatkan diri sendiri juga.
Kerja-kerja di pejabat bulan puasa nanti rancak juga. Pertama kali berpuasa dan boleh berbuka di rumah sebab pulang jam 4.45pm nnti. Sudah tiada lagi lah istilah berbuka di dalam kereta. Wah, kenangan betul sebulan Ramadhan yang lalu. Federal Highway menjadi saksi ;)
No comments:
Post a Comment