Saturday, July 18, 2009

Julai...


Bagi Abby, bulan Julai adalah merupakan bulan yang paling signifikan dalam hidup.

Sebabnya, terlalu banyak peristiwa yg berlaku sampaikan setiap tahun, Abby memang menanti-nantikan 'keajaiban' datang pada setiap kali Julai.

'Keajaiban' yg selalu Abby minta setiap kali menadah tangan memang pelbagai. Bukan tamak, cuma berharap dan tawakal agar punya rezeki untuk Abby di masa-masa mendatang.

Alhamdulilah, berkat tawakal yang tidak putus2, kesungguhan berusaha dan keredhaan mama&abah terhadap kehidupan yg Abby lalui, walau sesukar mana hidup ini Abby lalui juga dengan apa cara.

Pendek kata, redah je.................................;)

Berikut peristiwa di dalam bulan Julai yang pernah terjadi dlm hidup. Kronologinya mengikut tahun pula kali ini....

1986

21 Julai - sudah tentu kelahiran Abby jam 7.35am menceriakan kehidupan pasangan Saleh&Zaiton. Lalu dikurniakan nama, Nabilah yang bermaksud yang mulia, yang cerdik.

Kronologi adalah disusun bersandarkan pada ingatanku yg jelas...seperti contoh, tidak ingat pula camne Abby meraikan hari jadi yang ke1,2 dan seterusnya. Itu mahu kena interview kaum kerabat, then tulis artikel. Sure profiling yg best. hehe..


1996

21 Julai - Tidak silap, sambutan hari jadi dibuat di kelas. Mama Abah taja. Seronok bukan kepalang dapat hadiah bukan main banyak. Paling Abby tak leh lupa, sebotol bedak perisa Apple hijau pemberian kawan, namanya Harjinder

Wah, bangga Harjin kalau baca ni. Rasanya mcm itu hadiah paling mahal utk Abby waktu tu. Haha kelakar lak citer. Bebudak sangat........

2006

Bermula pada tahun ini, lepas satu-satu 'keajaiban' datang. Semuanya sekitar Julai...

1. Memperolehi pinjaman MARA utk sambung pengajian dalam bidang kewartawan, setiap semester perform dengan baik dan tidak mengecewakan

2. Dilantik pula jadi Presiden MPP
(hard times & unexpected but Im grateful as ive learned a lot!)

3. Perkenalan dengan mr fiancee yg sudah lebih 2 tahun berkawan bertukar menjadi kekasih. (teruja memulakan satu komitmen as this is my 1st relationship & last, as what Ive dreamed for!)

4. Keraian birthday Abby & mr fiancee hanya selang 12 hari.

2007

21 Julai - Sambutan hari jadi dalam suasana sudah bekerja. Dalam industri.

Credit : Abg King

2009
13 Julai
- Alhamdulilah, kerjaya kewartawanan maju setapak lagi. Kali ini tukar arah angin. Kini di sektor korporat, Abby bersedia untuk mencuba sesuatu yg baru. Sekali lagi, Julai (Rejab, bulan Islamnya tahun ini) membuka lagi rezeki buat Abby. Alhamdulilah.

21 Julai -Tiada lain yg Abby pohon dan hajatkan, cukup sekadar sihat tubuh badan utk kerja&amal ibadat serta dikelilingi mereka yg menyayangi Abby sepenuh hati. Juga persediaan menempuh alam rumahtangga 3 bulan dari sekarang. Amin.....

Tulis dedikasi utk diri sendiri pun kau nangis eh Abby..ah, mulus betul jiwamu. Biar begini kan? Kental tapi mulus, suka3!


1 comment:

mfk said...

abby,
nak wish awal2 birthday abby,
coz takut lupa maklum la komitmen lin yg byk nih...
harap tahun ni punya birthday pun lagi bermakna buat ab,
semoga pjg umur, murah rezki,
wish a year of laughter, happiness & fun...
hope plan for wedding pun berjalan lancar... =)