Beginner’s eyes – Happiness – Success – Self accomplishment – Passion – Live by the Truth
Thursday, February 28, 2008
Rindu kakak.....
Sudah lama sangat rasanya tidak ketemu mereka...Dihimpit dengan ketiadaan masa dan lambakan kerja, kadangkala tergamit rasa rindu akan mereka yang teramat sangat..
Masakan boleh lupa kenangan sewaktu sama-sama membesar dahulu, bergurau senda, berkongsi cerita dan gelak tawa, nangis dimarahi bersama apabila nakal dan malas belajar..
Kini, sebagai kakak...Rasa jauh sungguh aku dengan mereka...Sesekali berjumpa, ku rasakan mereka berdua sudah meningkat dewasa melihatka fizikal mereka...Hampir lupa wajah masing-masing waktu kecil...
Kini,seorang itu sudah mula melangkah ke dunia luar yg pernah dan sedang aku lalui sekarang..manakala yg seorang lagi mencari-cari tapak dan hala tuju hidup di kala usia bergelar remaja...
Kakak yg jauh hanya dapat khabar berita menerusi telefon..sudah jarang sekali hendak berbual panjang..aku mulai sedar yg mereka semakin dewasa.....
Percayalah, kasih dan doa kakakmu tidak putus buat kalian...Harapan kakakmu yg satu ini juga supaya kita dapat membahagikan mama&abah dunia&akhirat...bergelar insan yang berjaya di dalam hidup dan bisa buat mama&abah tersenyum mengenangkan kita bertiga anak mereka.....
Buat Angah dan Ajim.............Along rindukan kalian.............:'(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment