Tuesday, September 22, 2009

Raya 1430H...

Penat berceloteh panjang di sini, giliran layan gambar sahaja pula lah ek. Gambar terbaik daripada koleksi Raya 2009 yang ada. Letih nak mengarang, apa lagi mengarang di pejabat. Bahasa tidak berapa nak berbunga dan ber'sanskrit'. Hehe...



Santek~! Orang tua ku yang sudah tahu berkata 'Along, angle yang ini la amik gambar' . Sudah tahu apa shot yang mereka mahukan.


Wah, romantis habis~!




Yang ini cukup romantis tak? Belum cukup kut, usia hubungan baru masuk tahun ketiga, tidak seperti mereka yang di atas tu, sudah 23 tahun. Mr fiancee, kita pelan-pelan kayuh okey?


Kami sayang Abah! & Mama juga!


Kami ketika dalam perjalanan balik kampung!

Bosan dah dengan gambar hitam putih? Okay, kita bagi warna.




Cik Mah yang cuba mengimbau kisah silam Abah enam beradik melakukan 'aktiviti' di sungai. Aktiviti apakah? Perlukah cerita?





Nenek Habsah yang masih gigih berjalan raya!*wink




Kami yang juga gigih berjalan raya hingga hampir 10 rumah dalam masa 3 jam lebih!*wink


Dan ini muka orang yang SUDAH puas beraya!Sudah bekerja pun hari ini. Menunggu detik bercuti panjang bulan November je, minah ni! ;-)

Saturday, September 19, 2009

Raya...

20.09.2009

Inilah tarikhnya sambutan 1 Syawal 1430H. Kebetulan pula.

Salam Lebaran dari kami,




Nabilah Saleh & Ismail Ali

Buat semua pembaca Abbythejournalist, Salam Aidilfitri kami ucapkan. Semoga kalian bergembira di hari yang mulia ini serta senantiasa memperoleh barakah yang lebih lagi. Segala keterlanjuran kata, terusik jiwa hasil mainan kata di kedua-dua blog ini, kami memohon ampun dan maaf.


p/s: Tidak sabar untuk bergambar raya esok pagi. Moga koleksi Lebaran tahun ini secantik dahulu.

Saturday, September 12, 2009

Membeli...

Ramadhan 24


Lagi-lagi cerita Iftar. Bosankah? Tidak!Abby tidak pernah bosan, lagi-lagi tahun ini apa jua iftar yang Abby lalui semuanya adalah yang terakhir sebagai anak dara. Harus happy!Yeay!




Hehe, bunyi bukannya menyesal. Cuma mahu enjoy dan nikmat setiap saat itu bersama teman-teman.



Buat kesekian kalinya, kami wanita-wanita dewasa bertemu lagi.




Wah, ayat tidak boleh blah! Yan, ko pasti orang paling suka ayat wanita-wanita dewasa itu ;-)



Bertemu kali ini memang tidak dirancang. Secara mengejut. Auntie J menelefon mengajak Auntie Abby berbuka sama. Katanya wanita-wanita dewasa ada.




Yan, aku rasa baik kita praktis nama panggilan auntie-auntie (dengan harapan Izyan bakal bergelar mummy. Kwang Kwang Kwang). Mesti sewonok!



Kemudian, Auntie Abby pun beritahu lah mr fiancee untuk tukar plan. Mr fiancee setuju. Bertolaklah kami ke The Curve jam 6 petang.


Sesampai sahaja di sana, kami terus ke Penang Little Cafe. Orang sudah sesak benar. Sabar sahajalah dalam hati. Bukan Abby sahaja yang mahu berbuka. Sabar sabar.


Ibu mertua Yan juga turut serta. Sedikit kaku perbualan wanita-wanita dewasa senja tadi. Rasa seperti tidak jadi diri sendiri.




Serius, I don't like!



Tidak mengapa, lain waktu mungkin kami 'bisa' hilang akal. Pertama kali, ada yang lebih berusia bersama kita, mungkin lah sedikit kekok, lebih lagi rasa hormat padanya.


Yang menariknya, wanita-wanita dewasa ini adalah golongan pertama yang menerima Kad Walimatulurus Abby. Cun!Lepas ini barulah boleh dipanjangkan jemputan kepada yang lain-lain pula. Sabar ya kalian.


Habis berbuka, wanita-wanita dewasa berpecah. Auntie Abby ke IKEA, me'shopping'kan diri manakala Auntie-auntie lain ke E@Curve. Ada benda menarik di sana tau, mahu tahu apakah ia?


Tadaaaaaaaaa....


DSC_1772




Okay Mummy Izyan, minta bersedia. Kerana promosi yang akan diuar-uarkan di bawah ini menuntut suatu janji-janji daripada mu!Wah bikin suspen!



Inilah ruang niaga (push cart) milik Izyan Wahidah dan suami. Class gitu!Kini sudah bertapak di E@The Curve. Caya sama kamu!




Aku tahu Yan apa dialog kau lepas ni kalau aku singgah lagi kedai ko?


Izyan:


Takkan tengok aje?


Abby:


Ye ye..aku beli!



Wah, bunyi terpaksa. Hehe..acah sahaja. Kawan saya yang seorang ini memang peniaga. Setakat ini rasanya tas-tas tangan dan beg-beg sahaja.


Apa yang dijual oleh Puan Izyan dan suami, menurut Abby dan Mr fiancee, sebenarnya lain daripada yang lain. Mereka jual bukan handbag biasa, tetapi yang sedikit funky, gila2, abstrak,unik & sesuai sangat dengan taste muda-mudi. Paling best, tak kisah apa bangsa pun boleh layan pakai beg ni.


Tengok sahaja koleksi yang ada di kedainya.


DSC_1776


Opps, yang paling depan corak bunga berlatarkan warna coklat sudah dimiliki ABBY!


DSC_1781


Ok, yang belah kiri ni hampir-hampir buat Abby ter'over' bajet! Hehe...Nasib! Yan, boleh simpankan ke untuk aku? Huhu...


DSC_1780


Yang ini comel! Makanya nasihat Abby kepada semua, kalau sukakan benda yang comel-comel, kiut-miut, ala-ala remaja tak berapa nak remaja pun boleh, singgahlah ke kedai makcik seorang ini. Di tingkat 1 bangunan.


DSC_1798


Bagi Abby, mesti ramai tertarik sekali pada beg-beg di bawah. Sebab comel bangat. Abby belum nampak kesesuaiannya lagi untuk Abby pakai. Tetapi Yan sungguh bijak lantas disuruhnya Abby wat beg simpan susu and lampin anak.




Bernas Yan idea mu itu!Aku tuntut nanti! ;-p



DSC_1775


Comel kan? Jadi jangan malu jangan segan OK!Harga sangat-sangat berpatutan. You can trust me on this, chewah~


Abby memborong 3 beg dalam 1 malam. Hehe. 2 untuk Abby, 1 untuk Mr fiancee.


Okay, menarik sikit Iftar kali ini sebab boleh shopping & lepak di kedai kawan sendiri.


Selamat Maju Jaya, kawan! Moga sukses selalu bisnes kamu.


DSC_1803


DSC_1789




* Maafkan mereka disebabkan aksi yang tidak se tut tut si suami Izyan. Dia memang begitu. Ini 1st time, gambarnya disiarkan di blog Abby. Gambar sebelum-sebelum ini kena pk 10x nak masuk blog. Hahaha..kidding guys!


Sunday, August 30, 2009

Iftar...

Ramadhan 8

Alhamdulilah sudah masuk hari kelapan. Hari ini lebih-lebih lagi kemeriahan kerana berbuka puasa petang nanti bakal disertai sanak saudara yang lain. Tidak ketinggalan mr fiancee juga!

Petang sikit nnti, mahu ke Shah Alam pick up Azra, my cousin. So, nenek, uncles, aunties, cousins and kids will be here!!masyukk!

Kasi gegak sekejap rumah no 31...Sg Buloh.

Semalam, settle sudah part 1 shopping untuk CSR programme. Meriah, sakan kami, Abby, Mr boss & Safuan (collegue) membeli belah. Boleh diklasifikasikan sebagai shopping ala2 'Ambil, Pilih & Bayar'. Kos perkara no 2. Chewah! Hehe..Pilihan baju semua best2. Moga-moga para penerima gembira bila dapat baju yang kami belikan. InsyaAllah.

*****

Majlis berbuka puasa pada Ramadhan yang kelapan ini turned to a big shock to me. Sebabnya balik-balik dari ambil Azra, ada caterer tengah loading makanan ke dalam rumah. Caterer majlis kahwin nanti.

Wah, asyik. Semua pun berkumpul. Hamba yang kalut kalau-kalau makanan tidak cukup, membeli lah 1 bucket KFC untuk bebudak yang ada. Rupanya, Abby berlebih-lebih sudah. Serius, tidak tahu ada 'program' rupanya malam ini.

D50 mana boleh tidak beraksi waktu-waktu keemasan begini. Jom kita tgk, apa yg berlaku sekitar rumah.





D50 memang sukakan budak-budak. Hehe. Tidak cukup dengan gambar-gambar kandid, kalian tengok sahaja apa mereka suruh Kak Bilah diaorg buat.







Yes, aksi hoola hoop oleh dua beradik yang sudah tidak segan silu dengan D50. Bagus, semoga kalian akan lebih develop skil komunikasi di masa akan datang k!Hehe..

Bebudak je ke Abby? Yang dewasa mana?


Ada, golongan ini memang tidak pernah dilupakan. Lihat sahaja. Pose mereka lagi superb. Ala-ala ada unsur photojournalism sudah.



Ini yang dinamakan serambi rumah moden. Hehe...Harap maaf atas sifat selamba mereka-mereka ini kerana menjadikan pintu rumah sebagai salah satu port bersembang. Tetapi I loike! Kami sempoi. Janji dapat borak sakan.



Sekarang, kita tengok makanan pula. Banyak betul menu, tetapi tidak terambil pula semua gambar. Ada makanan dari caterer, ada juga dari dapur Cik Eton. Yummy~!






Bila tiba waktu berbuka, Mr Fiancee jadi ketua bacaan doa. Disebabkan ruang rumah Abby yang bersegi-segi, maka hidangan makanan juga diletakkan di 3 penjuru berbeza. Amin sahaja doa, macam lipas kudung si kecil dan si tua-tua attack penjuru-penjuru berkenaan. Hahaha..

Mujur tiada video. Mr Fiancee, kamu kena biasa-biasakan dengan 'kegilaan' saya dan keluarga besar ni. Hehehe...


Setelah solat Maghrib, ada pula agenda lain.

Nak tahu apa dia? Bersambung di sini...

Saturday, August 22, 2009

Cerita Ramadhan...

Ramadhan kali ini, tahun 1430H sudah tentu ada bezanya dengan Ramadhan sebelum ini. Berikut adalah sedikit catitan mengenaninya :

1. Ini merupakan tahun terakhir Abby berpuasa sebagai seorang anak dara. Wah ini lah perkara utama untuk Ramadhan kali ini. Sebabnya Ramadhan yang akan datang sudah tentu Abby sudah membawa/memegang gelaran yang lain pula.

Kalau tahun ini, Abby masih boleh berpuasa 'santai', isi pewot sendiri dan siap boleh berbuka sama teman-teman kantor/kolej/sekolah, tahun-tahun mendatang sudah tentu komitmen lebih pada seorang suami dan keluarga.

Detail sungguh perinciannya. Bunyi seperti sungguh signifikan. Haruslah~ Fasa baru katanya.


2. Part ini paling best. Tahun ini selama sebulan, insyaAllah..dapatlah Abby berbuka dengan 'nikmatnya' di rumah yang sangat manis (eh, home sweet home gitu). Setelah bertukar kerjaya ini, dapatlah rasanya berada di rumah sejam dua lebih awal dari waktu berbuka.

Situasi ini sangat-sangatlah berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana Federal Highway selama sebulan itu menjadi saksi Abby berbuka di dalam kereta. Masih ingat lagi, sebungkus air milo ais atau sirap bandung, dan kuih-muih yang RM1. Sesampai di rumah, untung nasib sahaja kalau mama, abah, angah & ajim ada di meja makan..Huhu..

Mungkin ini juga 'hadiah' sebelum berpuasa sebagai milik orang. Huhu...asyik dan syukur~


3. Baru sahaja masuk 2 Ramadhan, tangan sudah mula ringan tulang membuat persiapan kerja-kerja kahwin.

Wah, baru sehari Abby~ Eh, jangan bilang. Abby belum tentu punya masa lepas-lepas ini mahu gentel2, menyulam, menggunting dan melihat-lihat sekalipun apa yang sudah ada atau belum ada untuk majlis nanti tau...Huhu. Busy~!


Ini juga bermakna, selain kerja dan perut sendiri yang menahan lapar dan dahaga sepanjang puasa ini, banyak lagi urusan yang perlu dan amat perlu diselesaikan. Semuanya bagi memastikan majlis berjalan lancar.

Walaupun orang lain sedang melalui fasa berpuasa 'bersama' bermula tahun ini, tapi eden belum lagi. Ahh, statement berbaur cemburu. Sabar, sabar Abby. Rezeki tidak ke mana...Amin. Hehe

4. Tahun ini juga merupakan Ramadhan kali kedua berpuasa bukan di Kluang. Aishh, nampaknya bazaar Ramadhan di bandar Kluang masih lagi yang terbaik dan no 1 di hati. Susah juga untuk Abby mencari atau turun membeli di bazaar sekitar taman & Shah Alam ini. Entahlah, masih tercari-cari agaknya. Tetapi tempat berbuka yang 'enak, lazat & mewah' selalu pula, sebab yang 'tukang book' serah sahaja pada Miss Abby. Hehe...

Nak balik Kluang jugalah Raya nnti!Ceh, walaupun bazaar yang best itu masih ada, tetapi nasi beriani yang sodap itu, popia basah yang pedas itu, mee siam yg lain itu, kuih keria yang sedappnyer itu & banyak lagi lah, mana da jual lagi.............*sigh


5. Soal kerja, Ramadhan kali ini walaupun 'lebih santai', tetapi kalendar September sudah penuh dengan pengisian program OKU. Pertama kali terlibat dengan kerja-kerja CSR. Syioknyer~ Selain bekerja, benda-benda ginilah yang bagi sesebuah kerja itu sewonok. Semoga program ini berjaya nanti!

Berbeza atau tidak Ramadhan kali ini? Berbeza kan? Kamu dan kamu?

Semalam sahaja bakat 'si isteri' sudah diuji. Huhu..Poyonyes ayats~ Hehe.. Keluarga bakal mertua turun KL, tinggal seminggu di rumah mr fiancee. 2 keluarga berbuka sekali di 1 Ramadhan di bawah 1 bumbung.

Apa yang diuji? Haruslah masakan. Tetapi Mama's still the Chef. Saya tulun campak2 & belajar lagi. So tidak mahir. Soon..soon...insyaAllah.....AMIN~

Belum tentu setiap hari dalam Ramadhan dapat pegang senduk kuali, kalau sudah tuntutan mengetuk keyboard itu lebih. Cis, alasan. Persetankan....Huhu..
Sekian..

Monday, August 17, 2009

Bila sihat...


Motif buat wajah termenung atas kerusi merah berdua?
bajet pesona atau raih undi?

Muka boleh jual ka kamu berdua ni?Ceh, lelong di bazaar belum tentu ada pembeli.


Muahaha..Sahaja. Mood mengada-ada, ala-ala sudah sihat perkasa. Itulah rupa kalau sudah sihat. Takde dah muka-muka monyok, benyek ala-ala raih sushi.

Sushi? Iye, tekak dah baik demam baru ini, terus-terus mahu sushi. Pening mr fiancee. Parah kalau selalu demam ni...hahaha


Bila sudah sihat, mood bekerja & exam pun ada. Oh ya, lupa nak kabo. Teman dah tamat peperiksaan akhir semesternya. Sebab itu, status facebook ceria ala kanak-kanak ribena. Sudahnya, apa lagi ....'It is the time to disco'.

Bermakna, aktiviti-aktiviti tak berapa nak ilmiah kembali aktif la teman ;

1. Berblog. Harus, lepas ni update wordpress plak. Ahakss~

2. K-Drama. Ini lagi wajib, cam darah dalam daging dah. Lepas tu gelak, perasan sendiri tak mo hengat.

3. Mp3. Ini aktiviti melalak ala-ala test suara kut-kut boleh rakam album. Wajib, buat juga kekadang. Tetapi tak semua dapat dgr suara emas ku. Ceh..~

Begitulah pun yang tidak berapa nak ilmiah pun. Lain-lain akan difikirkan. Cumanya sekarang lagi menghitung hari mahu berpuasa. Alhamdulilah, Tuhan itu temukan lagi Abby dengan Ramadhan tahun ini. Insyallah, azam tahun ini mahu memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, serta penghayatan yang lebih untuk pengisian semasa majlis khatam Quran nnti selepas istiadat pernikahan.

InsyaAllah, moga-moga diberkati niat yang ingin dilakukan ini, lagi-lagi hendak melangkah ke alam baru nnti.

Kawan-kawan mesti rancak merancang kan, pasti lagi hebat aktivitinya daripada Abby. Mudah-mudahan anda juga beroleh barakah.

Tidak kira ilmiah atau tidak aktiviti anda itu, anda sendiri yang menentukan.

Wah, iklan PSA ke? Idak eh, mengingatkan diri sendiri juga.


Kerja-kerja di pejabat bulan puasa nanti rancak juga. Pertama kali berpuasa dan boleh berbuka di rumah sebab pulang jam 4.45pm nnti. Sudah tiada lagi lah istilah berbuka di dalam kereta. Wah, kenangan betul sebulan Ramadhan yang lalu. Federal Highway menjadi saksi ;)

Salam Ramadhan 1430H/2009


Ikhlas,

Abby & Hakka

Wednesday, August 12, 2009

Bila sakit...


Selesai sudah majlis resepsi kawan Abby yang sorang itu. Dalam diam, Yan sudah selesai juga episod honeymoonnya bersama suami di Langkawi.

Sudah honeymoon ya kawan? Sampai hati tak tunggu. Lagi ada hati mahu ikut honeymoon kali kedua ek? ;p




Bagi sesapa yang selalu benor mengikuti perkembangan Abby, pasti ada yang tahu Abby demam untuk 3 hari minggu lalu. Seksa sekejap, bukan apa sudah lama benor tidak jatuh sakitnya. Apatah lagi kena demam. Last kena rasanya tahun lepas.

Wah, lama benor tahun lepas dengan tahun ini ek Nabilah? Sepertinya lama lagi sahaja kau akan kahwin. Oh tidak~ Tak mahu! It is just 2 months more. Can't wait.


Menariknya, demam yang melanda Abby adalah sebenarnya hasil serakan virus demam yang berlaku di NO 31, Jalan bla bla bla Sg Buloh. Bermula dengan Angah, kemudian Mama & Ajim, lepas tu Abah dan akhir sekali, siapa lagi..kalau bukan gue.

Mujur setakat ini, mr fiancee belum terkena tempias lagi. Walaupun haritu sakan Abby bersin dalam keretanya, hikhik. You are the Hulk la~


Agak mengejutkan juga mendengar penjelasan doktor tempoh hari. Sampai ke hari ini, pada bahagian organ tersebut masih terasa ada virus yang berlegar-legar dan tidak reti duduk diam~ huhu...

Sabar Abby, jangan lupa berpantang sudah!. Bak kata kak WW, "Berpantang aja la mana yang patut." Bunyi nya seperti tidak lalu untuk menegur, sbb katanya juga 'Bila dah RAJA NO 2, iaitu tekak bila dah kata NAK, nak juga ngap~ hehe




Sekarang, lagi berblogging dari pejabat sementara. Sementara sebab yang sebenar sedang direnovate (pencemaran bahasa betul, arghh tidak mau berpikir sebenarnya apa yang mahu dikarang..maaf semua).

Dan hari ni juga genap sebulan Abby bertugas di tempat baharu.

Haiya, itupun mahu dihitung Abby?. Haruslah, mahu diingatkan diri ini juga tentang pencapaian setakat 1 bulan ini. Aiya, negative thinking shhhhhh~

Yeay!Alhamdulilah sekarang segala urusan kerja serba sedikit menjadi mudah. Mudah dengan boss dan rakan-rakan sekerja. Terlalu banyak lagi yang Abby tidak tahu dan perlu perbaiki. Harap perubahan yang Abby lakukan direstui semua dan mempamer semangat kerja yang tidak putus-putus.

Aja~!


Next, its our turn to be cherished, mr fiancee~!InsyaAllah...