Tuesday, December 15, 2009

Bila Selesa Dimanja...

Wah tajuk post menggeletis habiss! Auww!Tiada lain, mesti ada kaitan dengan Mr Hubby.


Sure tersedak encik suami di rumah. Hari ini dia bercuti. 2 hari katanya. Biar, biar dia berehat. Biar dia ambil alih kerja-kerja seorang isteri. Eh eh, tidak. Bukan niat. Haha..


Sudah kira-kira 2 minggu, Abby selesa dimanja. Pergi kerja, dihantar. Balik kerja, diambil. Pergi kerja, bersarapan bersama. Balik kerja, makan malam bersama. Huhu tidakkah itu semua tindakan memanja dan dimanjakan? Sudahlah begitu, terbawa-bawa sampai beberapa minggu. Sedangkan perkara yang dilalui 3 hari berturut-turut, pun boleh jadi 'alah bisa, tegal biasa'.


Wah, motif sangat cerita bab-bab manja ni.


Encik suami memang begitu. Akibatnya, saya jadi malas tetapi lebih berdisiplin bangun pagi hari ini. Huahua statement~!Sebabnya:

1. Bangun lebih awal sebab nak kejar dapat tempat parking kereta yang selamat.

2. Bangun awal sebab malam tadinya malas menggosok baju, sebab tahu pagi ini hanya perlu gosok baju saya seorang sahaja!

3. Bangun awal sebab kena panaskan enjin kereta sebelum bertolak. Sebab selalu encik suami yang buat * sementara saya mencapai secawan air/sekeping roti *paling tidak. Heee...


See!Tidakkah berdisiplin namanya. Tetapi 1 sahaja kelainan kalau dah nama Abby yang pergi bekerja seorang. Alamatnya, Encik Suami tidak dapatlah menatap wajah comel saya pagi-pagi macam biasa sebab lagi best golek-golek atas tilam dari men'tengok' saya.


Eh silap, dia bukan begitu dehh. Cuma saya tidak suka ganggu orang lain tidur. So tidak kejutkan encik suami secara beriya dan cukup sekadar hanya berbisik "Sayang pegi kerja dulu" dan kucup tangan. Wee!

Itulah....kalau dah selesa dimanja.......