Saturday, December 12, 2009

Episod Tidak Sampai Hati....

Hye blogger semua!Rindu saya? Tipu ah!Abby ada update kan di sini? Menipu sungguh kalau kamu rindu. *sigh..


Janganlah pula rindu jejaka di atas ini eh? Terlebih sudah tu. Gurau2. Petang-petang begini kan best bergurau senda, tetapi si dia pula bekerja. Okeyh2, bergurau dengan Blog sahaja memadai!Noktah!. (^_^).

Di petang Ahad macam ini, selalunya Abby memang berada di rumah sahaja. Selesa benar berada di rumah. Menyapu, kemas rumah, mula memoton bawang untuk ditumis, sediakan bahan-bahan untuk dicampak ke dalam kuali macam mendamaikan. Buat masa ini, kesempatan berbuat begini hanya boleh pada waktu Sabtu dan Ahad. Waktu bekerja, seperti keletihan benar nak ngadap dapur. Huhu....

Nak buka peti ais pun macam takde selera. Wah deskripsi melampau. Ini habit duduk berdua masih bolehlah, kan? Kalau sudah bertiga, wahahahahaha....*Senyum dulu Abby sekarang, senyum kau puas2! Hehehe

Sebenarnya dah terfikir suam-suam hari tu (instead of masak-masak. Hahaha). Hendak dipadamkan sahaja akaun di Blogger ini. Tetapi seperti tidak sampai hati pula, kenapa eh? Sangat-sangat tidak sampai hati. Rasa comel juga template sedia ada ni, hendak diubah pun sayang.

Ahh dilema. Macam susah je nk wat keputusan. Pernah terfikir hendak tegarkan sahaja blog Wordpress itu, tetapi adakah reader di sini pernah baca Wordpress?Serius, menjadi tanda tanya. Al-maklum siapalah Abby. Sekadar blogger picisan...Ye ye, setuju!Tak payah cerita.

Sekian la episod tidak sampai hati. Sampai hati pula hendak berhenti di sini. Hendak layan dvd Korea. Minta izin lalu....

No comments: