Dua adjektif yang membawa definesi sangat-sangat berat, ikut situasi dan juga individu terkesan.
Kedua-dua elemen ini sangat pula sinonimnya dengan mereka-mereka yang baru atau sudah berpuluh-puluh tahun ‘hidupnya’ bergelumang dalam alam yang dipanggil ‘pekerjaan’. Percaya atau tidak, isu berbangkit dua adjektif di atas pastinya sesekali menyinggah hidup kalian tidak kira berjawatan cabuk mahupun setinggi hierraki yang boleh kita manusia capai, bare it Director or General Manager sekalipun.
Tidak betul?!
I am not writing this on a specific reason for me to bang someone I knew. Strictly, it’s a BIG no. Itu pendekatan ‘anak-anak kecil’ yang tidak matang mengendalikan masalah. Kalau sesiapa terasa, again … it’s way way not my concerns FOR ME to take care of.
Baca sekadar baca. Don’t bother to have even a tiny ‘smirk’ at your face or heart after reading this. Can?
Due to few incidents that happened at my surrounding, I am not at my ease to stress-free myself during working hours. Entah kenapa, ianya membelenggu minat dan keterujaan menghasilkan berita yang like-super-ambitious one.
Inilah orang kata hakikat dan lumrah hidup orang bekerja makan gaji. There are so much for you to venture your daily ‘routine’ in the office, at the same time there are also so much of ‘uncivilised-political scenes’ that you should get-used with.
Memeningkan kut. Dan di dalam keadaan aku sekarang, ini adalah antara perkara yang boleh ‘memualkan’ tekak
Adalah memualkan dan menjelikkan bila mana sikap profesionalisme tidak didahulukan dalam hal perihal pekerjaan. Sungguh. Emosi memang semua orang punya hak, semua orang boleh menzahirkan samada secara sengaja atau tidak. Tetapi adakala kewarasan akal fikiran itu wajar diletakkan on a very top of your mind supaya ada hati-hati yang boleh kita jaga dan tidak mudah tersinggung.
Bercakap soal hati pula, adalah di luar kuasa kita juga untuk menjaga setiap inci hati orang lain agar tidak terlalu berkecil atau makan hati. Back again, bertolak-ansur la.
Kematangan bukan hanya diukur pada usia biologi tubuh mahupun usia tempoh pekerjaan itu sendiri. Tetapi kematangan adalah sesuatu that resembles what you really are, inside out. That reflects you, physically AND mentally too!
Jangan diletakkan emosi dan kuasa waima pangkat sekalipun bila berdepan isu kematangan ini. You’re not mature enough then if you tend to use such lame reason to defend yourself.
Dan adalah menjadi pantang besar aku juga, kalau ada yang menuturkan ayat-ayat ini :
‘You know who I am? You know how long I’ve been in this industry?’
Ohhhhhhhhhhhhhhh so very-the-lame I told you. Tersangat dan teramat benci kalau ini yang anda ukur sebagai kematangan tahap profesionalisme. Hanya dengan dua jenis ayat ini sahaja sudah cukup menggambarkan ‘wajah sebenar’ anda, yang sebenar-benarnya, tiada yang benar melainkan the real real real true colours of yours. Betul tak?
Terlalu banyak yang hendak saya ceritakan. Kalau boleh sampai rasa pening dan mual saya ini hilang. Hilang dari dalam kotak fikiran ini sampai bila-bila. Lupus dan terus luput sampai kiamat.
But I know it won’t. Tidaklah boleh saya lari dari niche kehidupan yang memang Allah dah tiupkan roh-roh manusia di atas muka bumi ini bermacam ragam, bermacam perangai.
Cuma sebagai manusia, ada cara bijak yang boleh kita guna untuk tangani. Ada cara bijak yang boleh kita guna pakai untuk tidak terus-terusan rasa sakit dan ‘disakiti’ dengan penyakit manusia yang ‘sememeh’ lagi merengsakan tak tentu hala ini.
Nasihat saya juga, cepat-cepatlah kita sedar dan kembalilah ceria demi kerana kelangsungan hari kehidupan anda yang mendatang. Adlah sangat rugi lagi merugikan kalau asyik terkepung dengan perangai manusia yang tidak berkesudahan ini.
We have the life element called ‘HEALTH’ that matters in our life, THE MOST.
Ingat tu.
No comments:
Post a Comment