Saturday, August 16, 2014

Cerita Mengandung...

Cerita mengandung …. buat kali kedua kali ini sungguh macam-macam. Ketidaktentuan hala, emosi dan fikiran saya memikirkannya walaupun kandungan baru mahu masuk 16 minggu.
Terlalu banyak pengalaman baharu juga dirasakan walaupun baru masuk fasa trimester kedua. Pertamanya, sudah tentulah kali ini memang kelahiran adalah dijangka di Kuala Lumpur dan bukan macam di rumah lama dan hospital dulu di Sungai Buloh. ‘Hometown’ saya juga. Hiks. Makanya segala pregnancy check up and maternity matters related are all will take place at a new place, here in Kuala Lumpur.
Makanya juga segala perkara serba-serbi jadi baharu. Challenges are different and variable too. Woa! Things that I have to endure with love, by hook or by crook. Peace.
Kisah macam-macam cerita mengandung kali ini terutamanya yang berlaku pada saya dua tiga hari lepas. I’ve been suffering from muscles pain on my right abdomen side which I assumed at first it was only abdominal pain and dull pain kind of.
Tidak pernah-pernah kena waktu Imran Imtiyaz dahulu. This is kinda rare but still not too panic as I observed all time, I did not experience any other serious complication like bleeding or etc. Maka bertenang sahaja sambil roger kawan-kawan doktor saya dan bertanya itu ini, the symptoms and what to do to ease the pain.
Google juga jadi rujukan sepanjang masa.
Dua malam juga tahan sakit. Hari kedua, sakan saya baring sahaja tanpa bergerak banyak. Kalau mahu bergerak sekalipun, I will really need to lean on / hold on something so that I can slowly, properly stand up. In order to make steps, I will need (again) to as-if-like-carry-my-stomach so that I won’t feel that pain while moving. Ohhhh kedengaran sangat perit bukan?
Itulah pengalaman 2 hari yang memang tersangat banyak berpaut pada lengan suami untuk bergerak. Tidur malam juga hanya memandang langit and hardly move atau tidur mengiring, my favourite position ever since I am young.
Keesokannya memang ada maternity check-up appointment dan syukur banyak sebab lebih senang sikit saya hendak bangun pagi itu. The pain seems went away, slowly and I can at least jalan tanpa perlu pegang perut (yang dah ghupe macam orang tengah dalam pantang itu). Went to doctor and they said it’s normal during this time of pregnancy and it proved other way round in which I am actually lacking a lot of calcium, sugar intake and water. Sad, sad … and saddened (actually) by the doctor’s explanation I heard on that day as……
……….. fasting is not advisable for me to do at this very moment and many few weeks onward. Sedikit hampa di situ. Dapat tahu pula I am back to pre-pregnancy weight (though I am happy to the max looking at the smaller number), doc advised to take frequent, proper meal with proper nutrients so that I can gained more calcium and also to consume more water.
That’s the most recent about my pregnancy, so far. Entering 16 weeks, surely makes  me more even nervous each day. Entah kenapa, fefeeling macam kehamilan pertama yang mencanak-canak dalam diri. Mungkin atas sebab faktor pengalaman dan jarak usia pregancy dulu dan sekarang itu kut. Insyallah, doakan yang baik-baik sahaja untuk kami berdua.
On another note, this month is my absolute-favourite month, for life. Expecting nothing much and always looking forward more opportunities, chances, more of that health and wealth in leading a good life, living with a darling husband and smart-chicky-healthy-son … especially with new age is approaching, just around the corner. Hiks.

Jatuh Bangun...


Rasanya sudah berulang-ulang kali klip video di atas saya titipkan di dalam post-post entri saya di blog ini. Tidak akan pernah bosan dan tidak akan pernah rasa mahu meminggirkan lagu ini sampai bila-bila. Kalau boleh hendak diperturunkan ke beberapa generasi akan datang pun saya tidak kisah. Mahu tahu kenapa?
Jawapannya mudah sahaja. Kita, Melayu mudah lupa. Tersangat-sangat mudah lupa.
Maka dengan adanya melodi dan penghasilan lirik seindah seperti dalam lagu di atas sememangnya wajar ditiupkan semangatnya ke dalam diri manusia-manusia pelupa macam saya (terutamanya) supaya kita-kita ini tidak alpa dan tidaklah pula tersenang alpa dengan perkara yang kita punya yang sebenarnya dipinjamkan Tuhan untuk sementara.
Sekali lagi ini juga tiada kaitan ceritanya antara hidup atau yang telah meninggal dunia. Tetapi I can guarantee the story that I am to tell you here is things that evolve around me. Things that I feel can be shared and at the same time would love to always remind my own self that this is one many elements in life that you need to deal with.
Setiap manusia itu lumrahnya, Tuhan telah jadikan dan rencanakan perjalanan hidupnya. Perjalanan yang ada adakalanya mudah, senang, susah dan liku, serta beronak duri memang Tuhan pelbagaikan untuk manusianya yang juga pelbagai.
Disebabkan ‘kepelbagaian’ yang Tuhan ciptakan ini, Tuhan ciptakan juga akal fikiran supaya manusia itu dapat membezakan mana satu permata dan mana satu kaca, mana satu baik dan juga mana satu buruk. Malangya, tidak semua manusia itu bijak hati dan akal fikirannya untuk menggunapakai nikmat Tuhan yang satu itu dalam memberi penilaian ke atas hidup manusia lain.
In fact, golongan seperti ini bermaharajalela. Tersangat banyak ‘kuman’ macam ini dalam populasi manusia hari ini yang macam dewa dan macam tiada unsur kemanusiaan dalam diri. Allahuakbar.
Saya ini, manusia yang berumur 28 tahun. Allah, umur setahun jagung orang kata. Pengalaman pun ‘masinnya’ belum boleh terasa. Tetapi bila bercakap soal manusia yang macam tidak boleh sedar elemen ‘jatuh-bangun-ini-adalah-niche-kehidupan’, saya bukanlah tiada pengalaman langsung. ‘Masin’ berdepan pengalaman itu dah pernah saya rasa. Pernah jugalah beberapa kali merasa. Perit apatah lagi.
Bila ada sahabat yang dilanda badai yang sama, I would rather stand beside my dear friend and support him or her firmly so that my friend will feel more easy and look forward for a better settlement and future. I will want to give consistent encouragement so that a good friend of mine will put aside the negative element and that ‘silly’ people or occasions but instead rise from the downfall and be grateful for what other life elements that he/she has now, which to me it’s mindful that we appreciate things that we less care before.
Begitulah. Sekecil-kecil alam I or we could do to help and remind those who are think they are great in many sense. Let us remind ourselves and let us be grateful with what we have rather than confronting the issue or the persons involved.
Susah mengingatkan sesama manusia. Walau sebangsa, susahnya ya rabbi. We can always try. Do try at your willing. But if you’re not and do not dare to ‘fight’ with those, always remember …. ‘Retreat doesn’t mean we’re lost’. Maturity plays big role in some sense.
Sekian.
Salam Yummul Jum’ah.

Separuh Pertama...

Separuh pertama tahun ini has come to an end today, May 31. (Entry tertunda berkurun lamanya. Maafkan saya)
For these tremendous, busy, chaotic months of me, Imran Imtiyaz and husband, only the three of us know. Only immediate family members know.
How busy I am as a mother, workers and wife, saya juga seorang yang tahu. Dan juga sebagai bakal Ibu kepada dua orang cahaya mata, sooner, juga adalah sesuatu yang saya tidak jangka berlaku dalam separuh pertama tahun ini.
Alhamdulilah di atas kurniaan rezekiNya yang tidak terhingga. DitiupkanNya roh yang sememangnya kami tunggu-tunggu selepas lama merancang. Perancangan adalah perlu di dalam konteks kami. Tidak perlu penjelasan atas semua itu, insyallah now we’re in it thus let’s do something brilliant and useful too from now on with all the preparations we ‘incidentally’ had for the past few years. Bismillah….

Kandungan saya kini mencecah usia 7 minggu. Pregnancy kali ini dikesan agak awal, as early as 3 weeks. Bukan sebab tertunggu-tunggu sangat cuma tertanya-tanya lebih kenapa period lewat dan kerap sangat badan mengadu letih akhir-akhir ini (sudah macam orang tiada pernah pengalaman langsung aje kan?). Decided to have UPT test at home, twice but both also showed blurred second line. Sangat-sangat mendebarkan okek? Antara mahu percaya dulu atau biarkan UPT mahal like the-one-that-cost-you-RM42 untuk mengesahkannya, memang serba serbi diri sendiri tak keruan memikir.
Decided to share with few of closest colleagues (yang sememangnya lagi super mahir dari doktor gynae untuk mengesahkannya ;-P), diri ini terus la membuang segala kesah, resah di dada dengan terus ke bahagian O&G HKL (since memang sudah rekod follow up sebelum ini di sana) untuk monitoring lanjut.
Sah. It was 3 weeks at that time. Memang menadah tangan syukur waktu itu.
Sehingga ke hari ini, keanehan terasa bila badan mulai rasa cepat lenguh dan penat. Selera makan masih okay-okay, cuma sentiasa berkehendakkan yang masam-masam sahaja. Epal hijau, prunes dan epal hijau dan prunes lagi saya belasah untuk buang rasa mual dalam tekak.
Belum ada proses ‘morning sickness’ yang keterlaluan macam kehamilan pertama dahulu. Masih berselera makan cuma tersangat-sangat memilih like husband-also-couldn’t-tahan-of-my-cravings-and-demands-yang-serba-aneh.
Plus, kepelikan deria bau yang teramat-amat sensitif kali ini adalah suatu lagi di luar kebiasaan macam selalu. Entah kenapa, senang sangat hidung dan tekak ini menangkap bau-bauan samada enak atau macam-harem-langsung. Either one, pasti terus mulut saya juga memberi komentar yang bukan calang-calang. Kalau manis, manislah bunyinya. Kalau tidak, oh saya sangat sangat mohon sepuluh jari minta ampun ya rabbi kalau apa yang saya lantunkan bakal atau pernah-secara-tidak-langsung mengguris hati anda semua.
Anggap sahaja the hormonal imbalance in me sedang lagi aktif dan berkecamuk and I thank and owe you a lot if you could understand me for any inconvenience caused, either by words or action.
So there goes my ‘separuh pertama’ of the year story. Another half of the year surely gonna be a challenging one as a lot to prepare and equip for the newborn. Perasaan dan persiapan kali ini ala macam saat menantikan kelahiran pertama. Al-maklum, this is so gonna be real again like after 4 years plus, makanya terlalulah rasa ralat and banyak benda serba kekurangan dan tidak lengkap lagi.
Doakan kami sekeluarga baik-baik sahaja di bawah lembayung rahmatNya. Termasuk the small tiny little creature in me and surely for the brother, Imran Imtiyaz who is now a chatterbox in which he has slowly outgrow the symptoms of delay speech issue he had previously. Alhamdulilah.
To the rest, may the other half of the year will be a joyful one to you! Keje kuek!

Antara Sikap & Profesionalisme...

Dua adjektif yang membawa definesi sangat-sangat berat, ikut situasi dan juga individu terkesan.
Kedua-dua elemen ini sangat pula sinonimnya dengan mereka-mereka yang baru atau sudah berpuluh-puluh tahun ‘hidupnya’ bergelumang dalam alam yang dipanggil ‘pekerjaan’. Percaya atau tidak, isu berbangkit dua adjektif di atas pastinya sesekali menyinggah hidup kalian tidak kira berjawatan cabuk mahupun setinggi hierraki yang boleh kita manusia capai, bare it Director or General Manager sekalipun.
Tidak betul?!
I am not writing this on a specific reason for me to bang someone I knew. Strictly, it’s a BIG no. Itu pendekatan ‘anak-anak kecil’ yang tidak matang mengendalikan masalah. Kalau sesiapa terasa, again … it’s way way not my concerns FOR ME to take care of.
Baca sekadar baca. Don’t bother to have even a tiny ‘smirk’ at your face or heart after reading this. Can?
Due to few incidents that happened at my surrounding, I am not at my ease to stress-free myself during working hours. Entah kenapa, ianya membelenggu minat dan keterujaan menghasilkan berita yang like-super-ambitious one.
Inilah orang kata hakikat dan lumrah hidup orang bekerja makan gaji. There are so much for you to venture your daily ‘routine’ in the office, at the same time there are also so much of ‘uncivilised-political scenes’ that you should get-used with.
Memeningkan kut. Dan di dalam keadaan aku sekarang, ini adalah antara perkara yang boleh ‘memualkan’ tekak :D
Adalah memualkan dan menjelikkan bila mana sikap profesionalisme tidak didahulukan dalam hal perihal pekerjaan. Sungguh. Emosi memang semua orang punya hak, semua orang boleh menzahirkan samada secara sengaja atau tidak. Tetapi adakala kewarasan akal fikiran itu wajar diletakkan on a very top of your mind supaya ada hati-hati yang boleh kita jaga dan tidak mudah tersinggung.
Bercakap soal hati pula, adalah di luar kuasa kita juga untuk menjaga setiap inci hati orang lain agar tidak terlalu berkecil atau makan hati. Back again, bertolak-ansur la.
Kematangan bukan hanya diukur pada usia biologi tubuh mahupun usia tempoh pekerjaan itu sendiri. Tetapi kematangan adalah sesuatu that resembles what you really are, inside out. That reflects you, physically AND mentally too!
Jangan diletakkan emosi dan kuasa waima pangkat sekalipun bila berdepan isu kematangan ini. You’re not mature enough then if you tend to use such lame reason to defend yourself.
Dan adalah menjadi pantang besar aku juga, kalau ada yang menuturkan ayat-ayat ini :
‘You know who I am? You know how long I’ve been in this industry?’
Ohhhhhhhhhhhhhhh so very-the-lame I told you. Tersangat dan teramat benci kalau ini yang anda ukur sebagai kematangan tahap profesionalisme. Hanya dengan dua jenis ayat ini sahaja sudah cukup menggambarkan ‘wajah sebenar’ anda, yang sebenar-benarnya, tiada yang benar melainkan the real real real true colours of yours. Betul tak?
Terlalu banyak yang hendak saya ceritakan. Kalau boleh sampai rasa pening dan mual saya ini hilang. Hilang dari dalam kotak fikiran ini sampai bila-bila. Lupus dan terus luput sampai kiamat.
But I know it won’t. Tidaklah boleh saya lari dari niche kehidupan yang memang Allah dah tiupkan roh-roh manusia di atas muka bumi ini bermacam ragam, bermacam perangai.
Cuma sebagai manusia, ada cara bijak yang boleh kita guna untuk tangani. Ada cara bijak yang boleh kita guna pakai untuk tidak terus-terusan rasa sakit dan ‘disakiti’ dengan penyakit manusia yang ‘sememeh’ lagi merengsakan tak tentu hala ini.
Nasihat saya juga, cepat-cepatlah kita sedar dan kembalilah ceria demi kerana kelangsungan hari kehidupan anda yang mendatang. Adlah sangat rugi lagi merugikan kalau asyik terkepung dengan perangai manusia yang tidak berkesudahan ini.
We have the life element called ‘HEALTH’ that matters in our life, THE MOST.
Ingat tu.

Sibuk Amat...

Headline yang poyo.
Tiada unsur keterlaluan cuma poyo, tiada yang poyo melainkan yang poyo-poyo belaka mengenai headline di atas.
Eceh. Inilah keseronokan menulis secara membabi-buta, menerajang tuli di blog. Dan bukannya skema macam di aliran perdana penulisan-penulisan berita hari ini. Sungguh ketiadaan cabaran yang menggiurkan di situ, setuju?
Jadual saya sebagai Ibu kepada Imran Imtiyaz sebenarnya yang teramat-amat sibuk.
I have tonnes of activities listed for him. For us to do together, for the three of us to venture together.
I am not hiding something big or trying to be secretive. It’s just that I am rest easy like this and it’s preferably if I can just share or educate this through the mainstream media where I am working now.  Bukan apa, saya sendiri dalam ketidakpastian yang tidak berapa crucial untuk didedahkan, barangkali takut ada pihak-pihak yang mudah tersinggung. Cuma, lebih senang bagi saya untuk ambil langkah berjaga-jaga-sambil-ambil-pendekatan-yang-wajar dalam menghadapi satu lagi ujian Tuhan (barangkali) ditujukan khas buat saya.
Kesabaran is the best key word, if I can hint you more.
Well, all mothers all always tested, aren’t they?
Alhamdulilah, be grateful for what you have mothers. For what you do not have at the moment too, please also be grateful as Allah s.w.t might have a bigger plan for you. So rest easy with that, insyaAllah.
So that’s what my ‘Sibuk Amat’ entry is all about. Nothing much fancy.
But if I can share with you with what my son has done or trying to do for the past 6 months, I am highly suggesting all mothers out there to be ready to equip yourself with more of early childhood education.
Bukan baru sedar, dah lama sedar. Cuma, terasa kesedaran itu melimpah ruah bila mana ‘dipertemukan’ Allah s.w.t kepada saya dengan banyak insan-insan yang tinggi tahap keprihatinan mereka.
If I can share with you each and every single person I met in order for me to complete these two write ups here, I would love to share with you more than the one I wrote for the articles.
Betul. Sangat-sangat mengujakan. Let me start with Urbane Ethos Founder, Dr Norizan Rajak  (black scarf) who I met somewhere in early March at her centre in Shah Alam.
From what I can see, this humble-polite-soft-spoken lady is truly a fighter in her own field. Surviving in her own world of expertise, I am sure she had encouraged many parents and individuals out there with her own way.
Selepas tiga jam interview bersama Dr dan petugas di Urbane Ethos, saya rasa macam baru lepas dipertemukan dengan keluarga angkat. Berjumpa (sambil bertanyakan bantuan yang boleh saya dapatkan untuk Imtiyaz) dengan pakar-pakar terapi yang ada di situ, seperti Occupational Therapist dan Speech Therapist yang jauh lebih muda dari saya, buat diri saya macam terkagum, terkedu sekejap dengan kemampuan mereka.
Respect them for what they have learnt throughout their universities’ time.  Adik-adik yang saya jumpa ini semua those with high passion. Susah nak jumpa dah anak muda yang semangat satu macam macam diaorang nieh.
Jangan ingat hanya yang pakar, yang berumur dan lebih senior itu sahaja yang jenis ‘ada akal’. Sesekali yang muda-muda ini juga boleh diterima pakai idea mereka.
Tujuan perjumpaan saya dengan Dr Norizan adalah untuk mendapatkan sumber berita untuk penulisan saya. She spoke a lot about early childhood education and matters related to ECE especially about how early intervention centres like Urbane Ethos operates. Dari titik awal sesi temubual sampailah selepas 3 jam berakhir, I’ve gained a lot from her who has vast experiences about ECE in the United States and Europe countries.
Selepas perjumpaan dengan mereka, rasanya minda dan pendirian saya lebih terbuka untuk menerima sekaligus membuat sesuatu perubahan yang perlu saya segerakan untuk anak teruna saya.
Ternyata, ‘sibuk’ saya adalah sibuk yang membawa makna. Mungkin nampak picisan pada sesetengah mata kasar yang lain, tetapi this is something BIG for me and husband. Dan untuk kami memukul canang dan meuar-uarkan ia kepada ibu bapa lain yang juga kenalan kami, ternyata bukan mudah. Even to persuade them to join any playgroup centres nearby them available in town pun belum tentu ‘terkesan’ dalam hati and kepala mereka.
Parenting parents is not an easy task. Sebab itu, saya ambil pendekatan membuka minda  mereka dengan hebahan penulisan saya di media cetak or website. Sekurang-kurangnya, I am doing something and not doing nothing with those knowledge I’ve gained throughout the interview.
This is not something about my-son-is-not-your-son-so-mind-your-own-business-of-teaching kind, but this is something for all parents to use it for their lifetime.
Bergaduh, ketegaq pasal anak bagai memang takkan membantu sesama kita mak bapak tidak bersedia untuk berkongsi cerita dan pendapat-sambil-tidak-show-off-or-cuba-buat-perbandingan. Try to rest easy and just consider that every child is different, thus don’t judge them too soon.
Some BLOOM later than others. Easy right? :-)