Friday, May 15, 2009

Guru...

Dengan dia kita belajar, dengan dia kita kenal dunia...

Dia semestinya seorang G.U.R.U.

Walaupun Abby sudahpun bekerja, namun kenangan belajar, duduk di dalam bilik darjah, bangun mengucapkan selamat pagi, cikgu serta tekun mendengar setiap apa yang guru sampaikan semuanya masih segar dalam fikiran. Sepertinya baru semalam Abby habis menuntut di Tingkatan 5.

Ok, Abby nak ceritakan sesuatu yg menarik kt sini. Abby rasa nak memberi ranking la kepada guru-guru yg pernah mengajar Abby, mengikut darjah kesayangan Abby kepada mereka.

Tangga pertama :
Guru-guru Bahasa Inggerisku...
Mummy Ezihaslinda, Miss Bagavathi & Miss Rosefin

Info : Time sekolah dulu, cikgu-cikgu ini mmg feveret!Baik dengan mereka dan lepas sekolah pun paling rindu pada mereka. Mummy Ezi kini sarat mengandung, Miss Baga masih lagi aktif mengajar dan Miss Rosefin sahaja yang tidak dengar khabar berita.

Tangga kedua :
Guru Bahasa Malaysia
Cikgu Jehan

Info: Cikgu ini juga sudah lama tak dengar khabar berita. Best sebab selalu bagi markah Bahasa Melayu Pemahaman dan Karangan yang tinggi utk Abby (oppps..riak sudah kamu Abby). Harap sangat Cikgu Jehan dapat datang ke majlis perkahwinan Abby nnti

Tangga ketiga :
Cikgu Matematik
Miss Baga

Info: Walaupun subjek yg Miss Baga ajar hanyalah waktu sekolah rendah tetapi itulah sebenarnya menjadi asas kepada Matematik yang baik Abby sehingga ke hari ini. Cikgu Matematik paling garang, itulah Cikgu Baga~!

Selamat Hari Guru
...

p/s: Patutlah Abby jadi wartawan..Minat bahasa rupanya. Ilmu kewartawanan pula Abby tuntut sebab amik bidang komunikasi massa. Terima kasih juga buat Pn Nisa, Pn Ayu, Pn Yati, Miss Jacky, En Salleh Kassim, En Wan....

No comments: