Sunday, May 17, 2009

Cerita hujung minggu...

16 dan 17 Mei adalah sebahagian lagi tarikh-tarikh hujung minggu Abby yang padat dengan aktiviti.

Antaranya :

1. Kursus kahwin 2 hari di WaniPesona, Setiawangsa

2. Urusan bertemu pemilik umah bakal mr fiancee duduk mulai Jun depan

Awal pagi lagi Abby sudah terjaga. Dalam kepala sudah di'set' apa dan apa yang perlu dibuat hari ini.

Pertamanya ke SACC Mall, ambil cermin mata baru mr fiancee, hadiah pemberian Abby sempena gaji kerja2 freelance yg masyuk, Alhamdulilah....

Kemudian terus sahaja Abby memandu menuju Wangsa Maju. Parking kereta, dan naiki pula si Kelisa cumil untuk ke tempat kursus kahwin di Setiawangsa.

Sebelum itu, kami sempat ke JJ AU Keramat. Lama betul Abby tak menyinggah ke sana shupping mahupun santap. Alih-alih kelihatan pula sesuatu yang mengujakan iaitu A&W restaurant. Best nyer!

Apa lagi, tanpa berkira apa-apa pun kami laju je order dan duduk makan tengahari. A&W Root Beer Float double scoop sememangnya best!!! Kenyang walaupun banyak minum air sahaja tengahari tu.

Jam 2 lebih kami dah tiba di WaniPesona. Rakan mr fiancee, Bart turut serta. Mr solo lagi bujang trang tang tang ni sememangnye belum berpunya, tetapi digigihkan juga hadir kursus kahwin tanpa seseorang yg istimewa (hahaha..soon ada ler tu..! stop being too choosy je, Bart oii~!hehe)

Kursus kahwin pada hari pertama banyak berkisar tentang kehidupan alam berumahtangga dan konflik yang biasa berlaku antara kedua-dua pasangan.

Deskripsi ceramah:
Ilmu baru + Pengalaman fasilitator yg sangat2 berguna + Nasihat demi nasihat yg sangat menginsafkan (ceramah mengenai kelahiran anak...) + Hiburan & Lawak yg selamba dan tahap kelakar habis

Sepanjang ceramah, jarang sekali hendak rasa mengantuk & bosan. Ada sahaja input baru, diselang-selikan pula dengan lawak-lawak yg pada Abby dah tahap 'America's Funniest Home Video' lah kiranya...hehe

Tamat sahaja kursus jam 7.30 malam, Abby menukar kereta semula dan pandu balik ke Sungai Buloh. Sesaampai sahaja di rumah, Pak Long dan Mak Long sudah ada. Dan tibalah masanya nk tonton konsert akhir Final AF7. Ku sangkakan konsertnya pasti best dan meletup, tetapi alamak suam-suam kuku je la...bosan yg amat. Tiada satu persembahan pun yang melekat dalam kepala...

Apa lagi, Abby masuk bilik terus tidur. Tak tertahan mata nak nonton lagi dah..Esok seawal jam 8 pagi dh mesti ada di wangsa maju semula.

Keesokannya terus bangun dan bersiap. Sesampai sahaja di Wangsa Maju, Abby tanya mr fiancce siapa juara. YES!Akhirnya Hafiz juga juara!Dia mmg layak. Dalam diam Abby dah jadi peminat suaranya yg best itu!Paling tidak boleh lupa, persembahan konsert ke4 di mana Hafiz bawa lagu Cinta Ini..giler best!



©SubhiKarim | Fine Art Wedding Photography | ©mrmanager.blogspot.com
Copyright reserved


©SubhiKarim | Fine Art Wedding Photography | ©mrmanager.blogspot.com Copyright reserved

Akim juga! hehe...mula menyukainya kerana berjaya menyampaikan lagu I'm Yours dengan sangat2 selamba dan best!Hope you both can make something unique and difference when recording songs later on ya~

Bersambung semula al kisah kursus kahwin tadi. Hari Ahad, hari kedua kami berkursus. Masih tetap tidak bosan dan ada sahaja ilmu-ilmu rumahtangga yg kami peroleh.

Tepat jam 4pm, selesai sudah kursus kami. Lega, 1 bab sudah selesai. Banyak lagi bab-bab lain menanti. hehe....

Psst....Peliknya, sejak2 kami dh pergi kursus kahwin ini, cara berbual dan cara kami berkomunikasi sedikit berubah. Menjadi lebih sopan, teratur dan sepertinya sangat2 menjaga hati antara kami.Wah, sungguh memberi impak! Abby dapat rasakan kelainannya..Alhamdulilah ;) moga berkekalan hendaknya cara begini, ya mr fiancee...

No comments: