Thursday, May 28, 2009

Kenduri, kenduri...

Kalau dah nama akan ada kenduri, sibuk a.k.a busy terlampau betul.

Ambil 2 hari OFF day sekalipun, belum tentu selesai banyak perkara. Berkejar ke sana, ke mari. Alhamdulilah sibuk macam mana sekalipun, Abby cuba juga bahagi-bahagikan masa sebaik-baiknya. Almaklum, banyak perkara yg Abby kena consider buat masa ini....

1. Komitmen kerja - seperti kebiasaannya

2. Komitmen belajar - sem baru akan bermula, dengan 3 subjek sebelum mula tangguh pengajian semester hadapan

3. Kerja-kerja freelance - bekerja dari rumah sahaja. Walaupun dari rumah, tetapi menuntut komitmen masa yg sangat2 tinggi.

4. Persiapan perkahwinan - fuh, tak yah ckp!Banyak tak settle lg~~

Begitulah ceritanya...Macam cuti yg baru sudah, Abby & mr fiancee ( selain sibuk mengemas rumah bawuu mr fiancee) bersama Mama ke Klang.

Apa buat? Huhu...Survey!!~~



Apa buat daa? Tengok menu ke? Pening dah..Banyak pilihan sgt sampai tak tahu nk pilih? Tengok je ke...


Aish...Sebab bnyk sgt pilihan, kami basahkan tekak. Rasa sikit-sikit...hehe..sedapp~~

Apa menda ni ek? haha.. Ini namanya kami pergi survey barangan utk diisi di dalam goodies semasa kenduri nnti. Sampai ke Klang tu, aishh...cari jgn tak cari, sedap punya psl.

Dalam gambar tu, ada kuih marble (pecah 8, sedappss gilersss), ada juga kuih bahulu, bahulu gulung, cupcakes siap dengan kotak dan dipaketkan sekali.

Perniagaan Restu Rezki Enterprise ini berpangkalan di rumah sahaja. Rumah dijadikan medan utk bertemu pelanggan. Okey juga, cuma pada awalnya kami takut silap rumah shj.


Harga pun sgt2 berpatutan. Sudahlah sedap, siap paket..Ermm, apa pun ini survey baru!. Banyak lagi rasanya hendak diisi dalam goodies tu nnti. Oppss, sudah tidak menjadi rahsia. haha...
Jangan perasan, mungkin apa yg korang lihat di sini apa korang dapat pula nnti lain. Jangan salahkan Abby pula hehehehe...
Habis urusan di Klang (setelah runding dan bertanya bagai segala), aku bawa kereta pecut laju ke Segambut. Ada perabot utk rumah bawuu mr fiancee yg hendak diangkut menggunakan lori.

Terima kasih mama sbb bagi barang2 asas ini pada kami. Huhu seronot la mr fiancee memasak, makan dan tido lepas ni. Semua2 sudah ada...

Dalam duk mengemas, alih2 mama tunjuk gmbr lama. Wah, sudah tidak segan silu dgn bakal menantu. Cerita 40 tahun sudah tentang arwah atuk dan nenek pun mr fiancee sudah tahu. Hebat!Seronot!hehe..Gambar-gambar lama arwah masih mama simpan elok. Buktinya...


Gambar keluarga besar sebelah mama - mama & abang, adik-adik lelakinya


Aik, happy benor? Kiri, mr fiancee senyum hepi, kanan gambar lama arwah atuk Tok Mat dan nenek Timah masa muda remaja.

Abaikan tangan itu. Hehe..Lately, miss sexy Dopod shj jadi cameraku. Senang, ringan dibawa. Janji ada menda mahu dikongsi di sini.

Seharian yg capek kami dibuatnya. Tetapi puas sebab satu-satu urusan dapat diselesaikan dengan OK. Menyusul banyak lagi woi....Huhu...Chaiyook~~!

Friday, May 22, 2009

Pindah....

Pindah? Bukan...Bukan pindah blog lagi, tetapi kali ini pindah rumah!For real!

Tapi..

Bukan Abby, giliran mr fiancee pula pindah rumah. Dari rumah bujang kini ke rumah yang bakal didiami bersama madamnya (ekekeke....soon, after October).


motif gambar? saje. Sedang mood dilanda cinta. Bukan memadu kasih sayang ya?Belum tiba masanya..haha

Kalau kalian ada membaca di sini, pasti kalian semua terkejut camne pula adanya rumah lain untuk disewakan dalam masa sekelip mata selepas frust dengan insiden berkenaan.

Ya. Ada. Jangan engkau tak percaya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya. Bagaimana lengkap sekalipun perancangan yg kita atur, tetapi kalau dengan kuasaNya tidak mengizinkan, maka takkan terjadi apa2 pun.

Ya, pada dasarnya mungkin itu yang terjadi. Kami berdua rancang itu ini, ditambah pula dengan nasihat mama abah, kami yakin kami dpt laluinya. Tetapi dipendekkan cerita, di sini ada ceritanya...Tuhan itu sekali lagi menunjukkan kuasaNya malah dianugerahkan suatu rezeki yang wow~!Alhamdulilah....itu sahaja yg mampu terpacul di mulut kami semua.

Sedang dia...



..pastinya orang yang paling gembira waktu ini kerana..anugerah itu berupa rumah yg sudah lengkap serba serbi dengan perabot dan kemudahan-kemudahan asas yg lain.

Rezeki kita atau kamu, mr fiancee barangkali...Alhamdulilah, mama abah tumpang gembira juga kan, awak sendiri nampak....

Gembira bukan kepalang si mr fiancee ni waktu kami sama mama pergi jumpa si tuan rumah, haha..mmg tak tergambar dengan perkataan. Tidak pulak Abby pegang kamera waktu tu. Kalau ada, akan ku tepek sini jadi bahan bukti.

Rumah teres 2 tingkat, corner lot...Seperti tidak sabar pula hendak bawa mak, bapak & ucop dtg tengok umah.

Minggu hadapan 26 dan 27hb Abby meng'OFF'kan diri untuk turun padang membantu. Mama juga. Bibik sama. Haha..siapa lagi bala tentera pada hari itu ya?hikhik..Kalau sudah cuti sekolah, sudah lama aku kidnap 'anak-anak' aku di Banting itu.

Selebihnya cerita atau corat-coret mengenai rumah baru, kalian semua baca bebelan di sini ya. Abby gemar membebel di wordpress, di blogspot ini lebih suka berkongsi gambar dan buletin-buletin ringkas sahaja.

haha..boleh pula diklasifikasikan begitu? Boleh bah! Aku author nya, aku juga administrator nya~!hikhik..

Okey, Oktober nanti akan ada 1 majlis gegak gempita (over sangat taw~!) akan berlaku di Saujana Utama. Kami sepakat akan adakan majlis pernikahan dan persandingan menggunakan hanya laman dan ruang tamu rumah sahaja. Lupa..jalan raya sekali!~hahaha

Bermakna..di rumah sahaja, kengkawan~ Simple yet meriah, itu mmg jadi idaman ku. Meriah bkn kerana hiasan, tetapi kehadiran tetamu yg ramai dan pelbagai .. hikhik..biar semua yg kami jemput hadir dan menggembirakan Abby & mr fiancee pada hari tersebut k?


Ramai yg tidak ketahui Abby sudah membeli sebuah keta, Viva. Cumil lg blueish~




Ringkas, selesa untuk kami 5 beranak. Haha...korang tertanya-tanya ke di mana kedudukan pelamin?Hehe..Berteka-teki la kalian. Abby sedang berkira-kira juga ni..Hangat jadi pale berfikir.

Sekian sahaja episod Pindah. Nantikan gambar2 kami berpindah rumah pula ya. Tak lama, minggu depan je ;-)

Sunday, May 17, 2009

Cerita hujung minggu...

16 dan 17 Mei adalah sebahagian lagi tarikh-tarikh hujung minggu Abby yang padat dengan aktiviti.

Antaranya :

1. Kursus kahwin 2 hari di WaniPesona, Setiawangsa

2. Urusan bertemu pemilik umah bakal mr fiancee duduk mulai Jun depan

Awal pagi lagi Abby sudah terjaga. Dalam kepala sudah di'set' apa dan apa yang perlu dibuat hari ini.

Pertamanya ke SACC Mall, ambil cermin mata baru mr fiancee, hadiah pemberian Abby sempena gaji kerja2 freelance yg masyuk, Alhamdulilah....

Kemudian terus sahaja Abby memandu menuju Wangsa Maju. Parking kereta, dan naiki pula si Kelisa cumil untuk ke tempat kursus kahwin di Setiawangsa.

Sebelum itu, kami sempat ke JJ AU Keramat. Lama betul Abby tak menyinggah ke sana shupping mahupun santap. Alih-alih kelihatan pula sesuatu yang mengujakan iaitu A&W restaurant. Best nyer!

Apa lagi, tanpa berkira apa-apa pun kami laju je order dan duduk makan tengahari. A&W Root Beer Float double scoop sememangnya best!!! Kenyang walaupun banyak minum air sahaja tengahari tu.

Jam 2 lebih kami dah tiba di WaniPesona. Rakan mr fiancee, Bart turut serta. Mr solo lagi bujang trang tang tang ni sememangnye belum berpunya, tetapi digigihkan juga hadir kursus kahwin tanpa seseorang yg istimewa (hahaha..soon ada ler tu..! stop being too choosy je, Bart oii~!hehe)

Kursus kahwin pada hari pertama banyak berkisar tentang kehidupan alam berumahtangga dan konflik yang biasa berlaku antara kedua-dua pasangan.

Deskripsi ceramah:
Ilmu baru + Pengalaman fasilitator yg sangat2 berguna + Nasihat demi nasihat yg sangat menginsafkan (ceramah mengenai kelahiran anak...) + Hiburan & Lawak yg selamba dan tahap kelakar habis

Sepanjang ceramah, jarang sekali hendak rasa mengantuk & bosan. Ada sahaja input baru, diselang-selikan pula dengan lawak-lawak yg pada Abby dah tahap 'America's Funniest Home Video' lah kiranya...hehe

Tamat sahaja kursus jam 7.30 malam, Abby menukar kereta semula dan pandu balik ke Sungai Buloh. Sesaampai sahaja di rumah, Pak Long dan Mak Long sudah ada. Dan tibalah masanya nk tonton konsert akhir Final AF7. Ku sangkakan konsertnya pasti best dan meletup, tetapi alamak suam-suam kuku je la...bosan yg amat. Tiada satu persembahan pun yang melekat dalam kepala...

Apa lagi, Abby masuk bilik terus tidur. Tak tertahan mata nak nonton lagi dah..Esok seawal jam 8 pagi dh mesti ada di wangsa maju semula.

Keesokannya terus bangun dan bersiap. Sesampai sahaja di Wangsa Maju, Abby tanya mr fiancce siapa juara. YES!Akhirnya Hafiz juga juara!Dia mmg layak. Dalam diam Abby dah jadi peminat suaranya yg best itu!Paling tidak boleh lupa, persembahan konsert ke4 di mana Hafiz bawa lagu Cinta Ini..giler best!



©SubhiKarim | Fine Art Wedding Photography | ©mrmanager.blogspot.com
Copyright reserved


©SubhiKarim | Fine Art Wedding Photography | ©mrmanager.blogspot.com Copyright reserved

Akim juga! hehe...mula menyukainya kerana berjaya menyampaikan lagu I'm Yours dengan sangat2 selamba dan best!Hope you both can make something unique and difference when recording songs later on ya~

Bersambung semula al kisah kursus kahwin tadi. Hari Ahad, hari kedua kami berkursus. Masih tetap tidak bosan dan ada sahaja ilmu-ilmu rumahtangga yg kami peroleh.

Tepat jam 4pm, selesai sudah kursus kami. Lega, 1 bab sudah selesai. Banyak lagi bab-bab lain menanti. hehe....

Psst....Peliknya, sejak2 kami dh pergi kursus kahwin ini, cara berbual dan cara kami berkomunikasi sedikit berubah. Menjadi lebih sopan, teratur dan sepertinya sangat2 menjaga hati antara kami.Wah, sungguh memberi impak! Abby dapat rasakan kelainannya..Alhamdulilah ;) moga berkekalan hendaknya cara begini, ya mr fiancee...

Friday, May 15, 2009

Guru...

Dengan dia kita belajar, dengan dia kita kenal dunia...

Dia semestinya seorang G.U.R.U.

Walaupun Abby sudahpun bekerja, namun kenangan belajar, duduk di dalam bilik darjah, bangun mengucapkan selamat pagi, cikgu serta tekun mendengar setiap apa yang guru sampaikan semuanya masih segar dalam fikiran. Sepertinya baru semalam Abby habis menuntut di Tingkatan 5.

Ok, Abby nak ceritakan sesuatu yg menarik kt sini. Abby rasa nak memberi ranking la kepada guru-guru yg pernah mengajar Abby, mengikut darjah kesayangan Abby kepada mereka.

Tangga pertama :
Guru-guru Bahasa Inggerisku...
Mummy Ezihaslinda, Miss Bagavathi & Miss Rosefin

Info : Time sekolah dulu, cikgu-cikgu ini mmg feveret!Baik dengan mereka dan lepas sekolah pun paling rindu pada mereka. Mummy Ezi kini sarat mengandung, Miss Baga masih lagi aktif mengajar dan Miss Rosefin sahaja yang tidak dengar khabar berita.

Tangga kedua :
Guru Bahasa Malaysia
Cikgu Jehan

Info: Cikgu ini juga sudah lama tak dengar khabar berita. Best sebab selalu bagi markah Bahasa Melayu Pemahaman dan Karangan yang tinggi utk Abby (oppps..riak sudah kamu Abby). Harap sangat Cikgu Jehan dapat datang ke majlis perkahwinan Abby nnti

Tangga ketiga :
Cikgu Matematik
Miss Baga

Info: Walaupun subjek yg Miss Baga ajar hanyalah waktu sekolah rendah tetapi itulah sebenarnya menjadi asas kepada Matematik yang baik Abby sehingga ke hari ini. Cikgu Matematik paling garang, itulah Cikgu Baga~!

Selamat Hari Guru
...

p/s: Patutlah Abby jadi wartawan..Minat bahasa rupanya. Ilmu kewartawanan pula Abby tuntut sebab amik bidang komunikasi massa. Terima kasih juga buat Pn Nisa, Pn Ayu, Pn Yati, Miss Jacky, En Salleh Kassim, En Wan....

Thursday, May 14, 2009

Kembali...

Aik, apa mimpi?

Abby kembali membebel di sini...? Haha...saja~

Macam mana, comel kan muka baru Life Is Drama? Dalam duk godek2 Internet, tetiba datang angin rajin hendak menukar-nukar itu ini. Hasilnya.....tadaaa....

Simple je. Tapi lebih tersusun dan rapi sedikit. Puas hati!Yes!

Walau bagaimanapun, Abby tetap gembira bercerita di wordpress. Banyak sudah yg Abby bebelkan di situ. Maka, perlahan-lahan anda semua ikuti perkembangan Abby ya..(Siap attach sekali Countdown menjelang hari bahagia ya..hikhik)

Oh ya, Abby sekarang lagi gigih mau mencari kasut untuk persalinan nikah Abby. Sudah tentu warna putih. Ada idea kawan-kawan?



Sekadar gambar hiasan

Persalinan nikah Abby sepertinya gambar di atas, rekaanya ringkas tetapi diberatkan pada material kain luarannya iaitu bermanik ;-)