Friday, November 14, 2014

Review #DIAgnosis



Apa barang pakai gambar Google Images kan? Pakai gambar sendiri lorh. Tetapi kebarangkalian diculik dan disalah guna itu memang tinggi. Malas mahu bertekak. Mujur gambar sekadar untuk perkongsian dan bebelan di blog. Kalau untuk tujuan kerja, jangan mimpi. Jangan cuba cari pasal lah mahu mencedok lepas tu siar dalam suratkhabar korang. Biadap!

Baiklah, tadi itu adalah permulaan yang sangat random. Tiada kaitan dengan 'hormonal inbalance' dalam diri. Hiks. Marilah kita membuka lembaran baru memandangkan hari ini juga adalah penghulu segala hari. Rebut syafaat dan keberkatan yang dijanjikan kalau kita mahu hindari perkara yang tidak diingini, insyallah.

Berbalik pada tajuk post di atas, it's obviously stated that this post is another way of me presenting my sincere thoughts and feel on this one material and piece that I've read. And this time around it's on #DIAgnosis, a compilation of short stories that happened and faced by three local credible Malaysian doctors.

Nipis sahaja. RM20 harganya.

Sebenarnya adalah menjadi pantang aku juga hendak membeli buku yang nipis, walaupun harganya murah. Sebab aku ada satu perangai yang senang mentafsirkan buku nipis buat diri aku tidak puas membaca and mesti cerita penulisan buku tersebut pendek dan tidak dapat berjaya melengahkan dan melekakan aku dari terus membaca.

Satu perangai pelik sebenarnya tetapi yes, memang itu semacam mentaliti yang aku ada dalam kepala setiap kali berkonfrontasi dengan diri sendiri bila bab membeli buku terutamanya novel dan cerpen, either in Malay or English.

But because of this one simple review I read from IG account of Dr @zahiliahfilzah, saya langsung teringat dan beli tanpa ambil pusing mentaliti aku yang entah apa-apa tu. Hiks. Beli dengan sangat confidentnya.

Balik, belum terus boleh membaca muka ke muka. Terpaksa ditahan-tahan sebab ada kertas peperiksaan yang perlu diduduki dalam seminggu dua. Langsung terlupakan sampailah the day after the exam is finished, membukalah aku sampulnya plastik yang membaluti #DIAgnosis dan membacanya.

And ... it takes me only half a day to finish reading the book. Nampak tidak kegagahan di situ, di sebalik mentaliti aku yang memang tidak suka buku nipis?

Hahahahahaha statement mahu menang sahaja! Tetapi trust me, ketipisannya bawa impak yang sangat besar dalam diri aku sebagai pembaca, waima aku bukan pengamal perubatan apatah lagi ada sangkut-paut dengan bidang sains biologi manusia itu.

Sebab itu orang kata pengalaman adalah sebaik-baik cikgu dalam kehidupan. Dan dengan penceritaan pengalaman tiga orang doktor ini, I could sum up that they've faced a lot of challenges in their career yet they are still passionate in what they're responsible to do towards their patients.

Salute betul pemikiran orang-orang begini. Kalau aku boleh kata dahulu, ada doktor yang sebenarnya kurang bijak (sikit) dalam hal-hal perubatan (in some cases and situation, they don't really showing us the professionalism), but these 3 humble doctors have totally changed my perception that they are still some doctors who have the high-end quality knowledge and ethics while they're wearing their uniform, or even out of their shifts.

Dan bila pengalaman mereka selalu dikaitkan dengan kebesaran Allah s.w.t, saya jadi lagi mudah tersentuh dan sebal kerana ada perkara dalam kehidupan kita seharian yang kita leka dan tidak pernah mahu ambil pusing walau seminit dua dari 24 jam yang Tuhan pinjamkan setiap hari.

Allahuakbar.

Terlalu banyak ayat-ayat yang 'berkuasa besar' dalam buku tersebut. Yang mana kalau sekali baca sahaja, terpana lah aku dek kerana kebenarannya. Terkesima jugalah jiwa dek kerana kekuatan di sebalik ayat-ayat yang disusun. Sungguh tinggi dan dalam ilmu mereka para doktor, tetapi lebih dalam lagi bila mana setiap apa jua penemuan penyakit, perangai pesakit dan jalan penyelesaian yang cuba para doktor ini selesaikan ... sebenarnya berbalik semula kepada Allah s.w.t

I am sure all of us are aware that there're thousands of people, with millions of different diseases and attitude whenever, wherever towards the people named doctors. Tersangatlah pada aku, kategori manusia sedemikian macam tidak kenal erti syukur, tetapi ... siapalah kita yang khilaf untuk membuat perhitungan. Cumanya ... kalau selepas membaca buku ini, harapnya adalah kesedaran sikit untuk saling hormat-menghormati dan berilah walau secubit kerjasama dengan mereka, para doktor yang mungkin sebenarnya ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada kita.

I know it's always hard for us to face reality what more shocking news that tells you the real condition of your own health, but with some faith ... I am sure we can cool down and accept the 'pain' slowly, but in more surely way.

Dan antara kesukaran dan ketidakselesaaan para doktor juga adalah untuk memberitahu 'khabar buruk' kepada pesakit mahupun keluarga pesakit, bila perlu. We should've also feel them and understand both situations in order to have a better conclusion at last, for the good sake of two parties involved.

Makanya, penceritaan buku nipis banyak mengajar mengenai erti kehidupan and how on earth can we do to appreciate our loved ones. Ini adalah terpaling penting sebenarnya, suatu elemen yang manusia sering alpa dan gah (tidak kurang) dengan nikmat kesihatan yang Tuhan pinjamkan.

So peeps, grab this one copy while you still can. Cause I've been told #DIAgnosis2 is about to launch soon. And I super can't wait to grab the new sequel, dan tidaklah lagi menjadi bukan-antara-yang-terawal masa mula-mula #DIAgnosis keluar dahulu.

Mak terlajak train sangat, tetapi syukur kesempatan memiliki itu Tuhan bukakan jalan juga untuk aku jadikan teladan. Alhamdulilah.

No comments: