Thursday, January 31, 2008

Pemergiannya...



Pemergiannya bermakna tiada lagi lirik menyentuh jiwa....
Pemergiannya bermakna tiada lagi bait-bait indah penyeri alunan lagu....
Pemergiannya bermakna negara kehilangan seorang lagi anak seni....
Pemergiannya juga bermakna.................
Untuk selamanya...

Barangkali dia bukan cendekiawan negara apatah lagi orang kenamaan yang disebut melata...cuma hanya seorang penggiat seni suara yang punyai bakat lantas dititipkan di dalam irama buat tatapan halwa telinga....

Lagu hasil karyanya tidak pernah tidak pasti menjadi hit...Ini kerana bukan glamour yang dikejar, tetapi kualiti dan puitisnya karya hasil nukilan beliau pasti terngiang-ngiang di hati setiap peminat seni suara tanah air...

Hanya kiriman doa dapat iringimu...Dengan harapan, kamu bahagia dan sentiasa di bawah payungan rahmatNya...Karyamu senantiasa dikenang takkan lapuk dek zaman.....

Al Fatihah buat Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai L.O.L.O.Q...............

No comments: