Buat kesekian kalinya, aku menitiskan airmata seringkali lagu ini berkumandang...
Lagu ini jarang-jarang sekali diketahui oleh ramai orang...
Bagiku, setiap lirik dan butir perkataan lagu ini, terlalu menusuk kalbu...apatah lagi diselangi dengan dendangan pencak silat diiringi bersama kata-kata tangis bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad...
Aku..turut hiba...pilu...mendengarkan lagu ini, yang asalahnya sebuah sajak nukilan Tun..bukan sahaja melalui deria telinga, malah paparan video klip yang bakal aku titipkan di dalam post ini juga cukup menyentuh hati insan bergelar manusia, bangsa Melayu yang hidup di bumi Malaysia ini, harapanku.....
malah, di kala kau menaipkan post ini, aku menitis air mata mengenangkan apa yang telah, belum dan akan aku lakukan kepada bangsa dan neragaku...
Raut wajah si ayah tua...memegang keris pusaka bangsa melambangkan kedaulatan bangsa Melayu yang perlu dibela...dijumpai pula di tepian pantai yang cukup simbolik dengan negara Malaysia yang penuh kedamaian...gambar anak kecil yang mengaji muqaddam menggambarkan kepentingan agama dalam kehidupan...tidak kurang juga anak kecil yang mengira jari mempelajari ilmu duniawi yang baginya perlu untuk berjaya...
Semua ini, cukup membuatkan diriku teringat akan Abah...yang berusaha keras bekerja siang dan malam, membesarkan anak-anak..memberi pendidikan dunia dan akhirat dengan sempurna...semuanya kerana ingin melihat aku menjadi manusia yang berjaya sebelum dirinya menutup mata.................
Hanya dengan sebuah lagu ini, ianya menyingkap lebih dari 1001 kesedaran dan keinsafan..
ayuh, rakan...bangsaku...sedarlah akan kedudukan kita hari ini....
Perjuangan yang belum selesai
No comments:
Post a Comment