Alhamdulilah...setahun telah pun berlalu...2007 bakal pergi, tiba pula tahun 2008...
Di kala aku sedang bekerja lewat malam bertarikh 22 Disember ini, terlalu banyak perasaan yang aku rasakan sepanjang hari ini...Sedih, Keluh, Resah tetapi perasaan gembira mengenangkan di mana aku berada sekarang :-)
Setelah ilmu diperoleh, aku kini sudah pun bekerja...Tahun ini, boleh disimpulkan sebagai sebuah lagi tahun pengenalan buat diriku kepada dunia sebenar....
Bertuah rasanya diri ini kerana dikurniakan pelbagai dugaan dari Nya, seperti sentiasa di bawah limpahan kasih dan rahmat Nya...bertuah juga diri ini rasakan kerana walaupun dugaan datang menimpa silih berganti, namun jalan penyelesaian sentiasa ada malah dipermudahkanNYa...
Alhamdulilah, kalimah ini terlalu keramat buat diriku hingga bisa mengalirkan airmata ikhlas mengenangkan peristiwa yg banyak menitipkan pahit manis di dalam lembaran 2007...
Tahun silih berganti, usia kian meningkat, mematangkan fikiran sedia ada untuk berubah, memperbaiki kelemahan diri dan mengekalkan nilai-nilai sejati yang ada dalam diri..
Lagu Hakikat Hari Raya ini sangat bererti bukan kerana ianya mengimbas kenangan rayaku..tetapi ia ibarat lagu semangat buat diriku yang hina ini...Liriknya aku sentiasa tujukan buat luaran dan dalaman aku untuk melakukan yang terbaik di tahun akan datang...
Setiap diri, berbekal mata hati...
Supaya kenal kawan lawan....
Setiap diri, berbekal sanubari....
Supaya kita tidak sesat jalan...
Tetapi jangan lupa....
Hakikat kita....
Adakalanya mudah leka..
Tetapi jangan lupa..
Antara kita..
Haruslah ada rasa mesra...
Biarlah tahun baru kali ini,
Datangkan semangat dan inspirasi.....
Lapangkan dada kita,
Kita untuk mengerti...
Pentingnya kasih sayang kita sejati...
No comments:
Post a Comment