Wednesday, January 22, 2014

Novel 'Independent'...

Selalunya, kebiasaannya atau dalam kebanyakan masa, saya sememangnya seorang yang jenis mengamalkan keterbukaan dan selalu embrace (what is the best Malay word to replace this?) konsep keterbukaan dalam apa jua pelaksanaan kerja atau interpretasi akal dan perbuatan.

Jenis tidak suka mahu membataskan akal kepada satu-satu perkara atau judgemental yang belum tentu bagus, selamat atau 'bajet bagus' kinda-type. Tidak suka. Kalau secara tiba-tiba ada perasaan begitu, saya cuba kembali (dengan laju-laju) kepada kewarasan akal & mengambil kira kalau-kalau apa jua perkara baru itu mungkin sebenarnya ada manfaat atau kebaikannya tersendiri.

Walaupun demikian, keterbukaan saya jenis berbatas juga. Tidak semuanya saya boleh hadam, tidak semuanya saya boleh telan. Dan bila dijumpakan dengan insiden-yang-tidak-boleh-kita-bukakan-minda-kita-untuknya, saya mengambil dasar ambil-dan-belajar-mana-perlu sahaja. Tidak perlu, anggap sahaja ianya 'mainan-sekali-lalu' dan tidak perlu gusar atau menyusahkan kepala otak pikir dalam-dalam.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa itu yang saya rasa dan jiwai bila baca senaskhah novel terbitan syarikat penerbitan independent (tidak lagi popular sepertimana established publisher lain).

Saya mulakan bacaan dengan penulisan Nadia Khan ini:


Terus jatuh cinta. Atas beberapa faktor:

  1. Penceritaan jalan cerita dari muka satu sampai akhir adalah lari dari skeptikal novel-novel sedia ada di pasaran hari ini, yang selambak dan mengetengahkan pendekatan tajuk yang panjang berjela. Sangat-sangat.
  2. Plot yang boleh mendatangkan pelbagai emosi, persoalan dan tanda tanya dalam diri. Diakhiri pula dengan jalan cerita yang juga masih boleh menimbulkan kemusykilan. Fuh. Dari awal sampai akhir, bermain emosi yang tidak terjangka. Mampu?
  3. Mengetengahkan isu semasa yang tersangat-sangat semasa. Pelbagai isu. Boleh jadi juga sebenarnya apa yang diceritakan cukup menggambarkan kenyataan 'Life Is Drama' itu sebenarnya wujud.
  4. Tidak menjemukan sebab there's no scene that you could expect what will happen in the next, next chapter. Sebab itu jadi leka and you can even finish reading it within 4-5 days ONLY.
... dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya kalau anda bersifat terbuka dengan sesuatu pembaharuan atau menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang baru, boleh alami menerusi novel ini.

Give yourself a try. It can turn out to be a good addiction iaitu membaca.

Tetapi ...

Seandainya pada pemikiran anda di pertengahan (or even di permulaan cerita, sudah mula merasa jengkel, jelik dan dangkal), saya nasihatkan supaya terus-terusanlah membaca novel-novel cinta yang walhasil balik asal hanya bermotifkan jalan cerita dipaksa-kahwin (kebergantungan kepada kes bagaimana boleh jadi terpaksa, teraccident dan tertipu)-dan-akhirnya-bertukar-jadi-cinta-sejati-sampai-mati.

Proudly say, this one piece of Nadia Khan makes me wanna read more and more of the-same-type-of-novel-writing which is independent, sedikit loose, ringan dan penggunaan bahasa yang niche dengan bahasa yang separa formal & seperti-ayat-blog. I am kinda embrace this kinda of coolness and I would love to share more if I find it suitable for other readers to read.

Pada saya, tiada propaganda besar cuba diperkotak-katik atau 'ditanamkan' dalam jiwa pembaca, cuma, some (I could predict this) will or might find it awkward sebab dek kerana isu semasa yang saya bagitahu di bahagian faktor-jatuh-cinta di atas. Nak tahu? Kena bacalah. I am sure you'll  find a lot of reviews about this one novel, so up to you all to decide and have your pleasant time reading.

Reading will bring no harm to you in neither way. Still, bergantung kepada penerimaan. Take things that you can learn and do something with it to others (in Malay word, amal).

Surprisingly, you will feel way better, way with easy mind and easy satisfaction too :)

Sekarang, sedang 'menelaah' ini. This one piece here is kinda COOL too :


Enjoy reading everyone. In a month, I've read two novels! Targeting more books in more months to come, insyaAllah :)

Thursday, January 16, 2014

RancanganNYA...

Clueless. Ya, itulah perkataan yang dapat menggambarkan sebaik-baik keadaan fizikal luaran dan inti dalaman hati dan badan saya saat ini, waktu ini.

Bila disua dan diuar-uarkan dengan segala macam perkara dan ketidakpastian fakta (yang sebenarnya berupa kata-kata mitos atau literal Melayunya yang selalu sangat berbunyi begini: 'Orang tua-tua kata' or 'Biasanya......'), saya semakin jadi cepat tidak keruan. Cepat melatah dan seterusnya, panik. Nauzubillah. 

Allahukabar.

Allah Maha Besar. Ya itulah maksud di sebalik ungkapan keramat itu. Lebih maha mengetahui apa yang berlaku, sedang dan akan berlaku. Kenapa boleh saya terlupa 'kuasa' besar perkataan ini? Itulah, bila syaitan terlalu suka mengasak dan bila otak sudah mula dirasuk ketidakwarasan yang entah datang dari mana. Itulah Abby, tidak pernah mahu ingat kan?! *self note to myself*

Sedangkan, perkara ini di bawah kuasaNya, aturanNya. Kenapa boleh saya benar-benar terlupa? Oh khilafnya diri bila dihujani dugaan satu-persatu. Memang lumrah manusia, tetapi lumrah yang harus cepat-cepat disedarkan supaya saya kembali teguh dan realistik.

Ya, ramble yang kedengaran sangat merapu & pahit benor untuk ditelan.

Mungkin ini adalah kecil, dan sebenar-benar kecil dugaan yang Allah turunkan untuk saya. Baru kecil sudah semedang ini engkau gelabah, Abby. Why and why la?

*kembali kepada entry, Abby!*

Oh ini adalah berkisar tentang anak saya sebenarnya.

He's special although he's lacking focus in some sense or situation. Allahukabar. To relate the condition with any disorder or disease at the moment is not appropriate and improperly diagnosed yet. The doctor even optimist that for us to give him at least 6 months time to observe and enhance his potential, motor skills & more of vocabulary words and also for him to slowly build sentences.

Alhamdulilah for that first assessment. Still, I am way like a thousand worrisome-kinda-mother that so freak out of more unexpected results in the near future. MasyaAllah, Allahuakbar.

Menyatakan ini macam tiada daya dalam diri untuk berdepan perkara-perkara tidak terduga. Justeru, what will I do / we do next is to be more relax and just go with the flow.

I have tremendously do researches, readings and do appropriate allocations as well arranging necessary classes for my son to attend to. Dengan harapan, cita-cita dan keinginan untuk lihat anak teruna seperti anak normal lain adalah lebih besar peluangnya, insyaAllah.

Walaupun kata-kata di atas adalah menyamai dengan pernyataan kenyataan 'mahu sedapkan hati', I am still grateful that Imran Imtiyaz is my son, and he surely gonna be a good, bright and excellent boy/man one day. Insya-Allah.

Dengan izinNya juga, saya sentiasa dan ingin terus berfikiran positif untuk membesarkan Iyaz dan adik-adik lain kelak.

Jadi Ibu, tidak boleh lemah.
Jadi Ibu, tidak boleh patah semangat, jauh sekali menyerah.

Jadi Ibu, kena matang.
Jadi Ibu, kena hebat, jauh sekali rasa mahu diperlekeh.

Jadi Ibu, kena 'kebal'.
Jadi Ibu, kena tabah, jauh sekali rasa mahu berduka.

Dan segala macam perkara mengenai 'Jadi Ibu....', hanya Ibu-ibu di dunia ini sahaja yang tahu. So be alert and put extra smiles and efforts to support peer mothers that you have.

Tidak boleh tidak, don't bother and don't say anything if you don't know or BE READY TO GET HARDLY 'ABUSED' by me.

Luahan,
Si Ibu 

Thursday, January 2, 2014

Tinggal Harapan...

Tidak terbendung rasanya kekecewaan dalam hati bila mendapat tahu perkhabaran yang satu itu. Been waiting for more than a year, followed by proper procedures and discussions ... but to listen to such news at the end of the day, it is killing me terribly. 

Tetapi ....

Bila difikirkan semula (sedangkan manusia itu khilaf dan adalah lebih baik sedar cepat supaya tidaklah terbawak-bawak dek kerana kecetekan akal dan kepergian emosi yang entah apa-apa), adalah lagi baik saya angkat 'bendera putih' dahulu buat sementara waktu nieh. Malas betul mahu difikirkan perkara yang belum berjodoh lagi dengan saya, lebih-lebih lagi dalam hal-banyak-cerita-politikus-lain kena diambil kira. 

Makanya, terlahirlah luahan ini di laman Facebook saya:

I have this idea in my head of how things are supposed to be, but sadly this is why I end up disappointed. 
Sometimes life doesn't give me what I WANT because I NEED something else and what I need often comes when I am not looking for it. 
Bottom line here is don't hold yourself down with things you can't control. There's a time and place for everything. Don't force what's not yet supposed to fit into your life. 
When it's meant to be, it will be. Insya-Allah. You are far more passionate than you think you are, Abby. Rest with that. Rest easy with that.
Expect less. ENJOY more!

Begitulah. Enough and well said, don't you think?

Luahan yang sebegitu, adakala I just need to directly referring and mean it for someone that I hope he or she will look at it. Maaf, terlanjur berkata adalah lebih baik berlaku jujur terus. That's it.

Lega. Lega dapat menyatakan luahan yang sebegini sebenarnya. Biarlah tiada emosi yang mencacat-celakan pertumbuhan hormon dan sel dalam badan. Biar diri ini sentiasa dominan dan persistent dalam banyak hal. Tidak mahu terlalu banyak aura negatif dalam diri, so thus, LET IT OUT LOUD is important, efficient method to me :D Please bare that in mind, readers.

Justeru, pendekatan 'Life Must Go On' perlu take effect segera. Persetan dajal-dajal dunia lain, fikir keluarga, fikir anak & suami ... insyaAllah diberkati. Consistent at your daily work and be positive in facing it, moga-moga semua yang kita rancang, apa yang Tuhan rencanakan kita juga dipermudahkan.

That's all for now.

Rambling yang bukan sia-sia, tetapi rambling ada makna.

Goodbye 2013, Hello 2014!

Tup tup hari ke-365 2013 pun tiba. And it is today (which is last Tuesday, delayed entry, as usual).

What to conclude? A satisfaction year and a moderate one for me and entire family.

Tiada yang gempita atau pencapaian ala raih pingat emas di acara sukan dunia Olimpik. Cuma sekadar pencapaian biasa-biasa yang memungkinkan kehidupan seharian yang baik dan terkawal di samping insan-insan tersayang.

Pencapaian di tempat kerja juga, Alhamdulilah ... sangat-sangat memberangsangkan sehingga dicalonkan untuk dipertimbang kenaikan gred. I've done nothing much (for example do a award winning write up/news reporting) but when I've been told of such news, I just consider myself lucky and that's (maybe) the best reward granted by Him for this one whole year effort :-) Rezeki!

Selain dari itu, nan hado yang lain kababomb kababoosh! Semuanya hanya mengikut arus dan meneruskan kelangsungan hidup seperti sedia ada.

Percutian keluarga yang dirancang-rancang juga tidak berapa nak jadi disebabkan beberapa kelemahan yang tidak dapat diatasi. InsyaAllah, always looking forward for more opportunities & lebihan rezeki untuk menjadikan ianya realiti ... so let's see if 2014 can grant me one, at least *wink*

Selebihnya, tumbesaran satu-satunya anak teruna (dah bertahun-tahun rasanya guna perkataan 'satu-satunya' itu....) adalah berkadaran dengan usia. Sedikit canggung atau ketinggalan (I strongly believe, it's just a delayed one) dalam pertuturan dan ketidakbolehan (lagi) dalam menuturkan ayat demi ayat adalah sesuatu yang we both, the parents has extensively working out for the past few months.

Meniti usia ke angka 4 tahun, sebagai Ibu, I just feel bad for any wrongdoings or lacking that Imran Imtiyaz is having at the moment. I do not know why and how so that I can feel better and not to easily give up in giving a try and be patient at all time. Allahu Allah.

Kalau dulu kita selalu dimomokkan dengan betapa hati Ibu & Ayah kita menangis atau merintih tanpa pengetahuan / di belakang anak-anaknya, now, as a mother, I am in that kinda state yang sentiasa mahu mencuba yang terbaik & tidak mahu ada kekurangan walau sedikit pada anak. Duhai hati...bertabahlah. You can and are absolutely a good mother.

Your son and children surely appreciate you for the their whole entire life, Abby. Pursue with your dreams in giving the best for your juniors, insyaAllah, He will lead you the way .... Amin.

Begitulah harapannya.

So I guess that's all for 2013. Nothing much but all are good, healthy and behave accordingly. Nothing more can we expect rather than His good blessings for granted such 'rezeki' in form of better health and lots of happiness gained each day.

Alhamdulilah.

As you're already here 2014, let's be good friend together and let's be kind to each other OK? Of course, I would want more of that health and wealth but nevertheless, family comes first, followed by ambition in becoming a good, dedicated reporter & worker.

Bismillahirrahmanirrahim .................. to a new beginning.