Saturday, April 4, 2009

Bertunang...


Maaf buat kesekian kalinya Abby nak katakan di sini kepada pengunjung setia Life Is Drama mahupun rakan-rakan blogger sekalian. Sememangnya bulan Mac 2009 adalah bulan penuh lagi sarat aktiviti Abby baik melibatkan kerja, belajar mahupun aktiviti sosial Abby bersama keluarga & rakan.

Memang kepingin benar mencuri masa kemaskini blog. Ini pun di kala Abby tekun menelaah menjelang peperiksaan akhir pula. Mungkin Abby biarkan gambar-gambar pula berbicara ya? ;)

Tanggal 21 Mac lepas, selamat sudah majlis pertunangan Abby yg sederhana tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan. Majlis kecil-kecilan yang bermula jam 11 pagi sebenarnya adalah majlis yg sedari awal tahun 2009 lagi, persiapan demi persiapan Abby rancang tanpa pengetahuan umum (haruslah, bukan majlis kerja kahwin...tak gitu?)








Muka Abby kelihatan sangat berbeza daripada biasa sungguh. Abby sendiri seperti tidak percaya. Terima kasih Kumaran, kerana sudi menatarias wajahku. .;) Jutaan terima kasih juga atas ucapan tahniah daripada anda semua~

3 comments:

mfk said...

tahnoah abby...
semoga cepat ke jinjang pelamin..
nanti jemput la kalau kawin nanti.. ;)

cintaKusayangMu said...

congratz abby..dh bergelar tunangn org rupanye...
tabahlah mngharungi dugaan dlm alm pertunangn ini....

Rie said...

tahniah

-en rie-