Friday, October 24, 2008

Lebaran 3...

Sampai sudah kita ke Lebaran 3. Koleksi gambar memang banyak. Tidak larat lah pula nak diceritakan semua. Kalau kata dah bercuti 5 hari 4 malam, beginilah gamaknya. Hik hik..

Sesi jalan beraya pun dah menjadi satu kemestian. Berkonvoi tiga empat buah kereta pun dah jadi standard. Kali ini, Abby turut menjadi driver. Nenek memilih untuk naik keretaku, katanya kereta tinggi, kurang pening (ye ye je nenek..hehehe..tak kisah pun, tp statement answer Nenek wallahh.....~).

Sambil jalan beraya, sambil klik klik. Kadang-kadang candid moment bebudak, kita tak boleh nk jangka, tak gitu?!. Bukan sahaja bebudak, makcik, mak and kakak bebudak pun lebih kurang je...Tgk je la...hehe







Bila dah beraya beramai-ramai, mcm rombongan Cik Kiah pun ada ha..haha. Bila menziarahi sanak saudara yg ada, dalam diam Abby sedar tradisi 'berkonvoi' ini dah berpuluh tahun Abby ikut dan setiap rumah yg kami akan kunjung, kami sang cucu dah kenal. Siap bagi petunjuk, 'Lepas ni, kita beraya rumah pakcik yg banyak bela kucing tuh...Lepas ni, rumah pa'man (atuk dlm bahasa Jawa..hehe) yg tangganya curam giler tu...and macam-macam lagi....'.

Selesai cerita pasal raya, ini ada satu lagi kejadian yg D50 berjaya rakam. Entah apa yg melanda Sabak Bernam agaknya, cucu cicit Habsah tak reti duduk diam. Kepanasan agaknya masing-masing, semua pakat berendam dalam kolam Amar, cicit sulung nenek Habsah.









Kolam buatan ni mmg elok rasanya diusung setiap kali pulang ke kampung, adalah jugak aktiviti bebudak di petang hari..hehehe...macam-macam raya~. Nak dibawa ke parit?ermm..bapak budak boleh...bebudak, tak sesuaiii~ hehe...

Pendek kata, sambutan hari raya tidak meriah tanpa keluarga tercinta di sisi. Baik jauh atau dekat, masa inilah yang sebaik-baiknya dimanfaatkan bersama untuk berlibur mahupun bermaaf-maafan.

Sekian sahaja, episod Lebaran dari Abby. Post yang akan datang, laman ini kembali menceritakan kehidupan seharian Abby pula *wink*

* Thanks to old and new friend of mine. Terima kasih kerana tag & link Abbythejournalist di blog kalian.Yippi yeay!

1 comment:

mfk said...

wah abby..
raye sakan nampak...
seronok eh raya..
balik sabak bernam eh?
kalau tau boleh la singgah umah skali.. hihi..
kitaorg pun kat sini setiap minggu ade je kwn2 yg buat open house, dah x larat nak pi... ni sat lagi nak pi konvoi raye lagi...