Friday, September 26, 2008

Ucapan Raya...

Wah, belum lagi 1 Syawal berderet cerita dari Abby. Bila sudah Syawal nnti, entah berapa kerap pula Abby bercerita...hehehe

Oklah, hari ini Jumaat. Hari liburku dari bekerja. Buat keputusan untuk ke Mont Kiara, bertemu kakak berdua itu. Urusannya untuk mengambil kuih muih raya yang ditempah, selebihnya berborak kosong, gossipping tidak lupa...hehe

Bezanya, kali ini Abby tidak lagi berkunjung ke Blok E seperti kebiasaannya. Tetapi ke Blok B, pejabat Datuk. Di pejabat ni, dah tak boleh lah Abby & kakak berdua nk berborak mcm 'warung ini kami yg punya'...hehe..sebabnya Datuk kadangkala masuk pejabat. Dah tentu tak manis kalau semua kakitangan berborak sakan...tak gitu?

Hari ini, kebetulan Datuk ada.yeay!berpakaian serba putih tetapi sibuk la pula. Ditemuramah oleh media gamaknya (pemerhatian dibuat dari ruang ofis, ruang pejabatnya bercermin)...Ermm takde peluang Abby nk berborak lah lagi jawabnya (sebab selalu atas urusan Media-Politician)...kuciwa sungguh.

Sementara menunggu jam 1 pulang utk mengambil angah dari kolej, Abby habiskan masa menolong kakak berdua masukkan kad raya & angpow raya Datuk. Banyak betul kad-kad raya Datuk yang harus dibalas...

Abby tak dapat lama di pejabat sebab jam dah menunjukkan hampir ke 1 tghari. Abby terpaksa pulang juga. Namun dalam hati terdetik, 'Takpelah, maybe dapat jumpa lain kali. Datuk kan kenal Abby ;-)'.....

Sebelum keluar dari Mont Kiara, sempat aku layangkan sms pada Datuk. Menyatakan kehadiran dan tujuan Abby ke pejabatnya, wish raya beserta sedikit pendorong agar terus sukses (memandangkan politik hari ini haru biru, terbaru MT Umno ditunda ke Mac tahun depan)...

Salam Nabilah. Sori tak sempat sembang. Tengah interview dgn Oriental tadi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

- Datuk Mukhriz -

Datuk membalas sms Abby, yeay! Thanks Datuk. He is so determine,supportive. Tidak pernah walau sekali mengecewakan ahli Rajawali yang sorang ni untuk berkomunikasi dgnnya...May Allah bless Datuk & family...Itu ucapan raya sulung Abby sebelum datangnya Syawal 1429H Rabu depan...yeay!



* Gambar kad raya Datuk utk diedarkan, kualiti gambar dari Dopod yg settingnya kureng lah plak time tu

2 comments:

Irfan Jani said...

Salam lebaran buat Abby dari SangPelangi.com

Berkenaan Rajawali ini, sebuah kisah yang menyayat hati buat diriku. Ditakdir Allah aku tidak terjun ke dalam kancahnya, untuk mengenal erti ukhwah dalam perjuangan.

Terpaksa aku memancah sendiri hutan belukar, meniti denai, lewati lurah. Demi menjejak tasik perjuangan suci. Syukur aku ditemukan sebuah sungai, tenangnya seperti aliran hati. Dari hilir makrifat, ke muara akhirat.

Satu ingatan ikhlas buat sahabatku, seluruh pasukan Rajawali(walau tak pernah bersua)

"Indah sayap si Rajawali,
digentar musuh pada paruhnya.
Gundah berentap ke awan tinggi,
berlegar seluruh jeriji cuma.

Sakan berterbang meninjau laut,
Ikan sembunyi cuak diserang.
Teruskan berjuang walau maut,
Jangan statik tidak berkembang."

p/s: Apa perkembangan Rajawali?

Abby said...

Salam Syawal juga buat Irfan Sang Pelangi.com

Walaupun takdir Abby di'hayat'kan bersama Rajawali (dgn ketentuanNYA juga)...Abby sentiasa menitip rasa syukur dan bertuah, jauh di sudut hati..

Bukan kerana nama Rajawali itu yg kelihatannya gah mahupun 'orang besar' yg menaungi kami..tetapi ilmu dan pengalaman 'mata kepala' yg Abby lihat dan alami sendiri (ditambah pengalaman 'turun padang') adalah harta dan ILMU plg berharga dlm hidup Abby...

Perjuangan?Jgn dibicara soal ini kalau ianya merujuk kepada 1 kumpulan, 1 negara atau 1 pendapat/fahaman sahaja...stereotaip, malah kliche dalam agenda dunia atau 'Malaysia' hari ini...

Ini paling meruntun hati Abby...sbb ianya 'terjajah' sama dlm Rajawali yg anggotanya bertebaran serata dunia (alhamdulilah, moga pulang dgn 'jayanya' rakan-rakanku...)

Perkembangan Rajawali?Disebabkan bertebarannya mereka, Abby percaya mereka juga memainkan peranan dan agenda mereka seperti mana saudara Irfan di bumi matahari terbit itu...

Pada Abby, tidak perlu secara besar-besaran dgn tujuan mahu gegak gempitakan perjuangan...cukup sekadar perjuangan diri sendiri yg menjurus ke arah kebaikan bersama...

Itu adalah lebih mulia bukan?apatah lagi urusan 'perjuangan' itu hanya diri sendiri dan DIA sahaja yg maha mengetahui...