Sunday, April 6, 2008

Tahniah~!

Alhamdulilah, berkat kesungguhan dan kesabaran mempelajari apa itu media, penyiaran dan kewartawanan..kami dianugerah dan diraikan dalam satu majlis serba sederhana namun senantiasa penuh memori yang tersingkap kemas buat kami berdua, Abbythejournalist & Hakka_the Ultimate Pixar...

Tiada ungkapan lain yang ingin kami katakan buat masa ini, hanya syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang melahirkan dan membesarkan kami berdua...Semoga penganugerahan ini mengiktiraf usaha gigih kalian, sekaligus menggiatkan kami untuk terus mengatur hidup dengan sempurna...amiin...

Buat mama&abah...pasangan yang paling cocok dan cukup memberikan ku teladan dan kesempurnaan hidup,along menjanjikan...penganugerahan ini akan disusuli lagi dengan kejayaan di masa-masa akan datang...insyallah...bimbinglah anakmu ini selagi kudrat kalian masih ada...akan ku titip kan doa agar kalian senang melihat anakmu berjaya

Buat insan tersayang, penganugerahan pelajar terbaik sememangnya berbayar berkat kesungguhan dan sifat keserhanaan mu..mengenalimu buat ku kenal, kamu layak diberi pengiktirafan itu..Alhamdulilah,aku tumpang gembira kejayaanmu..Semoga itu menjadi titik mula buat kita..(^_')

Untuk tatapan semua, ada beberapa keping gmbr kami di sini..jangan lupa nantikan gmbr kandid yg lebih menarik lg dr sifu kami (^_^)...

* thanx to abg jeff&kak mura n famili kerana turut serta dalam penganugerahan ini...sokongan & pertolongan kalian amat kami hargai..







* Dear all friends of us,The Journey Of Two is just about to begin (^_^)

No comments: