Sunday, August 24, 2008

My gadget...



Barang berwarna putih di atas ni teramatlah berguna nya utk eden sbg journalist ni ha...mati akai kalau takde...Dengan broadband inilah, abby duk updet blog selalu...Kat ofis, wat kerja...mana boleh update blog ma? (hik hik hik)...tp itu tak bermakna dah 8 jam kat ofis, balik tak payah ngadap pc...ngadap, sbbnye lambakan keje n kegatalan tangan nk dgr2 lagu n edit2 gmbr tu ada...so, Abby enjoy~!hehe

Sejak aku mula bekerja, broadband dan laptop lah jadi peneman aku dalam bilik. Sehari tak bukak, belek2, godek2 tak sah....makanya haruslah dibelai manja selalu, nak pakai lama katakan.

Actually, skrg ni tgh mood menaip. Jadi apa yang terlintas dalam fikiran itulah yang akan aku tintakan...

Sbg contoh, masa menaip blog ni pun...Abby browse banyaknyer lah file WORD and Mozilla...huhu...tp, blogger jugak jadi tatapan...

Apa2 pun, broadband ni yg bnyk membantu baik dalam Abby mengupdet blog mahupun menjalankan research (eceh.....) utk keje2 di Bernama....walaupun ada cakap2 broadband ni tak elok la, siput la..apa la...abby setia menggunakannya....& sentiasa berusaha nk menambah koleksi gadget sedia ada.....Chaiyok Abby~!

Ramadhan 1429H..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 23, 2008

Orkid...





Sebenarnya Abby kurang pasti akan fakta ini..Ada yang memanggilnya Orkid, dan ada juga yang memanggilnya Anggerik...atau sebenarnya Orkid = Anggerik...hehe, cemana tuh? Ok, Abby will find out abt it later, sebabnya teruja nk tunjuk gmbr Orkid = Anggerik nie.....Ni semua Abby snap masa satu lawatan ke sebuah kebun milik seorang Cina tua....=) kalaulah, halaman rumah ku penuh dengan tumbuhan ni macam umahnya? Cantekkkknyerrrr....

"Wa rasa tgk orkid ni, mcm wa tgk bini wa....jaga pun itu mcm..." - Cina tua itu berkata....

Apa macam??hehehe.....









Adik2 DIJ....



Wah, Abby ter'rajin' plak malam minggu nie...Al-maklumlah keseorang di rumah sebenarnya, plus mood utk menulis artikel tak sampai2 lagi (though dah 10.55pm)...haha, makanya Abby blogging dulu ya...hik hik...

Okay, masa duk godek2 folder dalam laptop tadi...teringat plak akan 1 peristiwa yang berlaku di kolej. Abby sememangnya dah lama bebonar tak ke kolej, apatah lagi apa2 urusan semuanya c.i.n.t.a hati yang uruskan (thanks dear~)...

Ada 1 hari tu, since Abby pun OFF, maka Abby luangkan masa di kolej bersama....adik-adik DIJ ku ;-). Mereka ni ada viva, makanya kehadiran Abby dianggap sebagai juri lah jawabnya...(huhu...ada bakat ke)....Alah, Abby memberi ulasan berdasarkan pengalaman yang tak seberapa, tetapi harapnya dapat diguna pakai utk adik2 ni ke latihan industri....;)

Masa viva tu, en wan diva pun ada (classs...~)..Pn Nisa wajib ada, yg bestnya Nufail pun ada sama, yeah~!hehe...tertunjuk lah bakat ibu mithali sekejap aritu..hehehe...adik2 DIJ ni pun meriah semacam, al-maklumlah semuanya dah nak g praktikal, maka excited semacaam...& pada hari tu ada sedikit jamuan adik2 ni anjurkan,farewell party....biasa2 je, tapi sakan bergambar...harusss~~!











:: Good luck to y'll, welcome to the industry ;) ::

Friday, August 22, 2008

Ulangtahun....



Wah...lama sesangat rasa nya tak update blog...sekali lagi mohon maaf ya blogger sekalian...Ok, abby janji n cuba sedaya mungkin utk upload gmbr and bercerita di sini since stock galeri gmbr pun mmg dah bertimbun bnyknyer...rugi plak rasa kalau tak display kan? ;-)


Punyalah sibuk...sampaikan hari jadi sendiri nye gmbr2 pun tak sempat upload...huhu...sedih.....Oklah, di sini abby akan titipkan gambar2 yg sempat dirakam pada 21 Julai 2008 yang lalu. Tarikh 21 Julai sudah pastinya keramat buat diri Abby =)

Pada tarikh tu, berjuta-juta lemon abby terima ucapan selamat hari jadi baik sms mahupun comment di Friendster...terima kasih kepada kawan2 yang masih mengingati diri ini..hehe...suka3~!

Mama, angah dan ajim pun ada wish...cuma abah je tak wish. Detik hati abby rasa dia ingat birthday abby, tp ntah nape dia tak nak wish...hahaha...tak kisah, abby tetap sayang abah~!

c.i.n.t.a hati pula sudi meluangkan masa menonton wyg bersamaku walaupun baru je sampai dari penang...& thanks for the red luvly pillow that u gave me...cute, mcm orgnyer =)hehe...

Sebelah sianganya plak, teman2 sekerja mmg hendak meraikan Hajah dan kak moon yg tidak lagi berada di Bernama soon. Abby kira tumpang sekali...apalagi...~ so called makan2 day lah kat Tingkat 5 tuuuh....

Thanks everyone~!







* utk gmbr2 ini, credit goes to Abg King....opismate Bernama...tq~!

Saturday, June 14, 2008

Buat Abah...

Salam hujung minggu kepada semua...

15 Jun, sambutan hari bapa katanya..Mungkin tidak lah penting mana sambutannya, tetapi ingatan kepada insan yang bergelar bapa, ayah, abi, walid, daddy mahupun abah pastinya sedikit menggamit perasaan hati seorang anak...



:: Gambar mama&abah masa raya 07...couples that live my life ::

Di kala menulis post ini pun, bergenang je airmata (apa kes ntah, emo terlebih sudahh~~ hikhik)....bukan apa, menganjak usia ke 22 tahun ini, buat abbythejournalist sedar pengorbanan seorang abah itu bukannya kecil, tetapi besar yang tidak berbalas hanya dengan sebaris ucapan 'Selamat Hari Bapa'...



:: Gelagat abah&ajim di hari konvo, macam bujang trang tang tang je..hik2 ::

Di mana aku berdiri and berada sekarang, dengan bangganya aku katakan ianya berkat didikan, penjagaan, kasih sayang dan berkat doa dari seorang abah & mama...Namun itu tidak bermakna, selesai sudah 'hutangku' pada mereka...Tidak ternilai jasa mereka membesarkanku untuk dibayar dengan mata pencarian bulanan yg ku terima ...



:: Susah tau nk godek2 laptop cari koleksi gambar abah, bukannya ada banyak..sejak ada DSLR ni baru ada..hehe ::

"Abah, terima kasih atas segala pengorbanan dan jasamu di dalam membesarkan kami tiga beradik. Janji kami, adalah untuk menjadi insan berguna dan amalkan apa jua didikan abah. Setiap kata-katamu itu kami anggap doa yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kami. Terima kasih atas penat lelah dan keringat yang abah usahakan untuk membesarkan kami....terima kasih," kata hatiku berbisik.....



:: Ciuman terima kasih ku buat abah di hari konvokesyen ::

Buat abah Saleh Ismail, semoga Tuhan memanjangkan usiamu dan dirahmatiNYA selalu...Semoga abah senantiasa peroleh barakah di dalam menempuh hari-hari mendatang..

'Selamat Hari Bapa'

Ikhlas daripada Nabilah Saleh, Nazurah Saleh & Muhammad Nazim Saleh

Tuesday, June 3, 2008

Sehari bersama IDEALS....

Harap maaf ya blogger sekalian kerana sudah lama tidak mengupdate blog ni...Kini, ku kembali..


:: Dua jelitawan yang menyambut tetamu pada petang itu ::

Kali ini, aku nak cerita serba sedikit tentang satu tugasan yang membolehkan aku bertemu lagi dengan kenalan baru dan satu pendedahan kepada diriku...


:: Suasana di dalam Restoran Rebung yang dah diubahsuai bersesuaian dgn majlis ::

Petang 4 Mei yang lalu, aku dijemput ke Restorang Rebung untuk hadiri satu majlis Press Get Together, anjuran IDEALS. Kak mas,yang ku kenal masa di MIIM dahulu...kini dh mcm partnership member plak...hehe..thanks kak mas sebab jemput menjemput abby nie..


:: Ada potret Chef Ismail dan Jejaka Melaya lah di situu... ::

Antara lain, majlis tu nak memberi pendedahan kepada media tentang satu persidangan ELPIC yang bakal berlangsung Julai nanti. & pada masa yang sama, setelah diatur sekian lama, inilah harinya untuk aku ketemu satu lagi selebriti kat Malaysia ni, iaitu Nizal Mohamad (selebriti ya, tak yah merendah diri en nizal..hehehe)


:: orang kuat IDEALS ::

Seharian bersama mereka di IDEALS macam memberikan satu lagi keceriaan & keyakinan dalam diri....(itupun satu nilai yang aku cuba develop dalam diri satu persatu)...mengenali individu-individu tertentu di sini, buat diriku rasa banyak lagi yang perlu aku pelajari dalam hidup.


:: 2 in 1 nye event jgak nie, amik mood & practising ya kak mas, mr wafa? ::

Macam biasa, sesi temuramah bersama Nizal dan Prof Alias sebagai sumber penulisan yang kini masih lagi dalam proses menyiapkannya....hehe....teramatlah kecoh dan havoc, yg penting sangat berinformasi. Banyak yang boleh aku tintakan nanti...dont wori ya, soon...insyallah, it will come out later...


:: thanks to both of u, sir...hope we can work together again ::

Bercakap mengenai modal insan mmg takkan terhenti pada petang itu sahaja, ianya akan berterusan selagi kita bergelar insan dan khalifah di atas muka bumi ini....