Tuesday, September 11, 2012

Novels...

Novel. Saya sangat menggemari novel. Lebih-lebih lagi membacanya. Errk, novel sudah tentu tujuan penciptaan dan nukilannya adalah untuk dibaca, sudah tu, ada perkara lain ke novel boleh buat? Jadi lapik daun pisang, macam sesetengah bungkusan nasi lemak? Errk.

Sampai ke hari ini, saya kurang pasti sudah berapa banyak naskhah atau novel yang sudah saya baca. Seingat saya, saya mula minat dan ada minat untuk baca novel tebal sejak usia 11 tahun lagi. Masih kecil tetapi sudah diusung novel tebal-tebal. Lagak macam skema habih.

Tetapi dulu saya kurang pasti novel itu (rupanya) selalu dikaitkan dengan kisah cinta. Seingat saya jugalah pemilihan buku-buku dulu pun (since yang tukang beli dan bayar itu Abah) memang Abah yang buat. Mana yang dia rasakan baik dan sesuai, dia belikan dan suruh baca.

Masih ingat lagi, dulu kalau tidak silap IKIM atau something something persatuan/kelab Islamic yang aktif berkolaborasi dengan Utusan Malaysia buat pertandingan menulis dan menerbitkan novel atau cerpen terbaik berunsurkan keislaman.  Penulisan yang menang itulah yang akan dijilidkan dan dijadikan buku. Dan buku-buku jenis inilah yang Abah belikan dulu, dan buat saya jatuh cinta sampai sekarang untuk baca. Terima kasih, Abah!

Memang bunyi agak rigid dan skeptikal, tetapi penulisannnya saya boleh kata TERBAIK dan sangat-sangatlah menjiwai. Ye, yang menjiwai itu saya. Tersangat. Manis dan pengisiannya juga baik-baik belaka. Sangat ilmiah dan sangat islamik.

Tetapi itu dulu. Sekarang saya sudah bebas membaca apa-apa sahaja saya mahu. Novel juga sudah semedang koleksi saya baca. Entah macam-macam jalan cerita, karakter, klimaks dan penulis saya baca.

Dan....

Apa yang menjadikan novel hari ini semakin menarik dan tertarik buat saya adalah adanya adaptasi novel kepada drama/ filem!!! Woots!

Lately, saya telah diperkenalkan dengan masterpieces yang sangat-sangat best jalan ceritanya. Among them are :




#AdamDanHawa antara karya yang sangat baik. Sangat beremosi dan bermain dengan jiwa dalaman. Dendam yang disimpan sangat susah ditukar dan ditafsir sebagai cinta, sehingga mengambil masa yang sangat lama untuk Ain menerima Am. Oh, I love their conflicts. Latar masa dan tempat pun tidak banyak dan cukup signifikan sebagai jalan cerita. Am is being a typical 'gigolo' type of man, while Am brought herself being a very typical Malay woman, berbaju kurung, rambut ayu, panjang mengurai dan tidaklah cantik persis model (sangat!) It is airing daily now in Mustika HD. Memang tidak betah terlepas walau satu episod okeyh?! #AdamDanHawa drama really cheering me up!

Dua lagi novel di atas karya Siti Rosmizah juga sangat bagus dan baik penulisannya. Kenapa saya kataka ianya baik? Sebab saya gelak, senyum dan tidak kurang, menitiskan air mata baca kedua-dua novel ini, which I found it as RARE sebab susah jugak kalau sampai tahap saya nak atau terboleh menangis baca novel!! Rare habis woit! Makanya, saya boleh kata novel karya Siti Rosmizah yang dua ini SUMPAH best! Best recommended untuk penggemar novel baca dan hayati. Most recommended by ME!

dan...

banyak lagi novels yang sudah saya baca yang tidak terkongsi saya kesemuanya di sini. Ada masa terluang lgai saya akan cerita okeyh.

Enjoy your reading session, peeps! To me, it works as a therapy. Really WORKS on me! Try it. Maybe it implies on you too!

*Peace*