Tuesday, April 14, 2009

Pindah 'Rumah'

Rakan-rakan blogger dan pengujung setia Life Is Drama, Abby sedang berkira-kira untuk berpindah 'rumah' blog yang baru.

Sayang sebenarnya untuk tinggalkan rumah lama ini, entahlah...masih berkira-kira lagi. Namun andaikata tiada update dari Abby di sini, berkunjunglah ke....

http://abbythejournalist.wordpress.com

Lebih banyak tinta, coretan dan bebelan Abby apatah lagi menjelangnya hari perkahwinan. :-)

Kepada rakan-rakan 'LINK', jangan lupa link URL baru Abbythejournalist ;)

Salam sayang dan ingatan,



Abby


Saturday, April 4, 2009

Bertunang...


Maaf buat kesekian kalinya Abby nak katakan di sini kepada pengunjung setia Life Is Drama mahupun rakan-rakan blogger sekalian. Sememangnya bulan Mac 2009 adalah bulan penuh lagi sarat aktiviti Abby baik melibatkan kerja, belajar mahupun aktiviti sosial Abby bersama keluarga & rakan.

Memang kepingin benar mencuri masa kemaskini blog. Ini pun di kala Abby tekun menelaah menjelang peperiksaan akhir pula. Mungkin Abby biarkan gambar-gambar pula berbicara ya? ;)

Tanggal 21 Mac lepas, selamat sudah majlis pertunangan Abby yg sederhana tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan. Majlis kecil-kecilan yang bermula jam 11 pagi sebenarnya adalah majlis yg sedari awal tahun 2009 lagi, persiapan demi persiapan Abby rancang tanpa pengetahuan umum (haruslah, bukan majlis kerja kahwin...tak gitu?)








Muka Abby kelihatan sangat berbeza daripada biasa sungguh. Abby sendiri seperti tidak percaya. Terima kasih Kumaran, kerana sudi menatarias wajahku. .;) Jutaan terima kasih juga atas ucapan tahniah daripada anda semua~