Friday, September 26, 2008

Ucapan Raya...

Wah, belum lagi 1 Syawal berderet cerita dari Abby. Bila sudah Syawal nnti, entah berapa kerap pula Abby bercerita...hehehe

Oklah, hari ini Jumaat. Hari liburku dari bekerja. Buat keputusan untuk ke Mont Kiara, bertemu kakak berdua itu. Urusannya untuk mengambil kuih muih raya yang ditempah, selebihnya berborak kosong, gossipping tidak lupa...hehe

Bezanya, kali ini Abby tidak lagi berkunjung ke Blok E seperti kebiasaannya. Tetapi ke Blok B, pejabat Datuk. Di pejabat ni, dah tak boleh lah Abby & kakak berdua nk berborak mcm 'warung ini kami yg punya'...hehe..sebabnya Datuk kadangkala masuk pejabat. Dah tentu tak manis kalau semua kakitangan berborak sakan...tak gitu?

Hari ini, kebetulan Datuk ada.yeay!berpakaian serba putih tetapi sibuk la pula. Ditemuramah oleh media gamaknya (pemerhatian dibuat dari ruang ofis, ruang pejabatnya bercermin)...Ermm takde peluang Abby nk berborak lah lagi jawabnya (sebab selalu atas urusan Media-Politician)...kuciwa sungguh.

Sementara menunggu jam 1 pulang utk mengambil angah dari kolej, Abby habiskan masa menolong kakak berdua masukkan kad raya & angpow raya Datuk. Banyak betul kad-kad raya Datuk yang harus dibalas...

Abby tak dapat lama di pejabat sebab jam dah menunjukkan hampir ke 1 tghari. Abby terpaksa pulang juga. Namun dalam hati terdetik, 'Takpelah, maybe dapat jumpa lain kali. Datuk kan kenal Abby ;-)'.....

Sebelum keluar dari Mont Kiara, sempat aku layangkan sms pada Datuk. Menyatakan kehadiran dan tujuan Abby ke pejabatnya, wish raya beserta sedikit pendorong agar terus sukses (memandangkan politik hari ini haru biru, terbaru MT Umno ditunda ke Mac tahun depan)...

Salam Nabilah. Sori tak sempat sembang. Tengah interview dgn Oriental tadi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

- Datuk Mukhriz -

Datuk membalas sms Abby, yeay! Thanks Datuk. He is so determine,supportive. Tidak pernah walau sekali mengecewakan ahli Rajawali yang sorang ni untuk berkomunikasi dgnnya...May Allah bless Datuk & family...Itu ucapan raya sulung Abby sebelum datangnya Syawal 1429H Rabu depan...yeay!



* Gambar kad raya Datuk utk diedarkan, kualiti gambar dari Dopod yg settingnya kureng lah plak time tu

Thursday, September 25, 2008

Lambaian Syawal...



Ahakss...cun sungguh gmbr di atas~!Ini..kalau dikaborkan pada orang-orang kampung di Sabak Bernam sudah pasti ada yang menjerit malu dan segan...hahaha. Tak dapet abby nk tulun...

mana taknya, kalau tak silap Abby, gambar ni abby ambil dari dalam kereta. Sudah hendak bertolak balik semula ke Kuala Lumpur setelah bermalam dan beraya di Sabak Bernam. Cuba teliti betul-betul muka masing-masing di atas..ada yg mcm baru bgn tido, ada yg baru nak mandi....hahaha..suka3!yeay!

Lambaian itu Abby panggil Lambaian Syawal. Walaupun ianya Syawal yang lalu, besar harapan Abby supaya kami sekeluarga dapat berkumpul sekali lagi tahun ini, malah untuk tahun-tahun seterusnya....

Tidak sabar untuk berjumpa seisi keluarga sebenarnya...kali ini, nak perbanyakkan lagi koleksi folder 'Raya 2008' pula. Senang citer, Abby menghitung hari untuk pulang beraya, sekaligus bercuti panjang setelah berbulan kerja di kerusi meja Bernama ;-)

* Nak sakat budak-budak kecik..yeah!

Syawal 1429H...



Syawal menjelma lagi...kali ini pasti ada cerita baru, wajah baru...tidak kurang juga kenangan atau pemergian mereka yang sudah tiada.

Itu antara senario biasa setiap kali syawal datang. Syawal kali ini pada Abby sudah tentu berlainan dari tahun-tahun sebelumnya..ehe..

1. Ini adalah tahun pertama Abby akan menukar duit raya, memasukkannya ke dalam sampul duit raya dan mengedarkan duit raya pada sedara mara yg kecil-kecil shj(ulangan...kecil-kecil shj) wahahaha...bermakna, i am no longer receive duit raya lorh...huhu

2. Tahun ini juga, Abby sudah pun mempunyai pekerjaan dan bergelar wartawan, sepertimana yg diidamkan sebelum ini..bermakna, tahun ini juga Abby akan bekerja lah di pagi raya...parah tetapi pasrah ;-)

3. Ini raya ketiga aku beraya bersama insan tersayang. Belum mempunyai ikatan yg lebih tersingkap kemas, tetapi perancangan ke arahnya sedang diperincikan. InsyaALLAH, mengira tahun bilakah akan raya bersama *wink*

4. & kali ini juga, kami meraikan raya di satu penempatan baru di Sungai Buloh, dan bukannya lagi di Kluang, sepertimana biasa. *sob sob...bnyk tul kenangan di Kluang, kengkwan rombongan raya mmg perlukan Abby time2 beraya nie...ha, tahun ni Abby takde...windu ler tue~ehehehe....

Ringkasan serba sedikit mengenai rayaku...Harapannya tahun ini, Abby ttp akan meraikan raya dalam suasana meriah namun serba kesyukuran~ cant wait to see my kids at kg~

Salam Aidilfitri ini ditujukan khas buat keluarga tercinta, insan tersayang dan juga keluarganya yg jauh di utara.

Tidak dilupakan rakan seperjuangan ketika zaman sekolah; Sekolah Tunku Mahmood (2), Sekolah Tinggi Kluang dan MRSM Mersing,Matrik Kuala Pilah dan MIIM (especially Yzuri Girls). Kenangan berpuasa dan beraya bersama kalian mmg menggamit memori...*al maklumlah...menginjak usia 22 tahun ni, terasa tua bebonar..

Buat kenalan di tempat bekerja mahupun yg mengenali diri ini, ampun maaf dipinta andai Abby melakukan kesilapan dan mengguris perasaan anda semua. Sesungguhnya kelemahan dan kekurangan itu dtg daripada diri Abby....


Selamat Hari Raya Aidilfitri, semua~

Saturday, September 20, 2008

Penuh GLAM...

Ermmm...tajuk post kali ini macam vogue je.hehe...Apapun, jemputan berbuka puasa Tayangan Unggul dan Astroshaw yang berlangsung Jumaat mengisi lagi galeri gambar milik Abby.yeay!galeri gmbr abby bersama seleb dan artis tanahair..ahakss..it was fun actually, being in the different atmosphere than where i am now, even only for 1eve...;-)



Ok, bermula sedari petang tu lagi..aku, angah dan Eddy (rakan EH!...thanks atas jemputan ya) menuju ke TGV Cinemas Mines Wonderland utk saksikan preview filem terbaru Metrowealth & MIG yg bertajuk 'Tipu Kanan Tipu Kiri'. Pelakon bukan calang-calang antaranya Hans Isaac, Datin Natasha Hudson (so humble, tak mo dipanggil Datin), Sazzy Falak, Azwan Ali dan beberapa pelakon Indonesia, Titi Kamal, Christian Sugiono dan Catherine Wilson.



Secara jujurnya, Abby tak terdengar atau terlihat promo filem ini di mana-mana lagi. Katanya filem usahasama M'sia dan Indonesia. errmm...komen psl filem ini??how should i rate that film ya?2 out of 5 maybe,errrrr...komentar mengenai filem ni..kita nntikan shj bagaimana press yg hadir melaporkannya ya..





Selesai preview, semua press yg hadir bergegas pula ke Palace of The Golden Horses utk majlis berbuka. Kami semua sampai just nice waktu berbuka..ambil shj makanan yg ada. Ermm, kalau tgk gmbr mcm tak berapa nk menyelerakan..hehe..maybe sbb tak berapa nk menarik perhatian Abby kut. But the deserts was superb. Aiskrim nya, ABC, keropok2,kuih-muih, buah-buahan...inilah santapan Abby utk berbuka semalam..hehehe

Sambil-sambil makan, press yg hadir dah mula menjalankan tugas menemuramah artis. Abby pula, tlg Eddy (rakan EH!) mengedarkan kad jemputan berbuka puasa EH! Selasa depan. Sambil menjemput, sambil juga Abby bergambar..Antaranya...lihat sahaja..









yeay!tu sebahagian daripada artis-artis yg sempat aku bergambar bersama..maya karin tersangat lah berseri wajahnya mlm tu, hadir seorang tanpa Mr Muhammad Ali di sisi. Avaa pula lama dh tak nmpk di kalangan ramai, Fahrin plak so 'lonely' malam tu dan Aliah Lee pula teramatlah sporting duduk bersebelahan bekas suami, Aziz M Osman.





And to me, best picture of the night goes to both pictures above!yeay!Hans Isaac was the man of the night..hehe..tp Abby tak berapa setuju lakonannya dalam filem barunya tu. Rasa mcm tak kena dgn karakter..ermmm, takpelah tggulah filem tu masuk panggung 16 Okt nnti. And abg Nas Ahmad, abg rambut ketak kita maintain ja jd celeb malam tu...friendly..rasanya abg Nas tak terjah orang malam tu...hehe





Rakan-rakan media yang baru ku kenali juga sememangnya antara reporter hiburan yg tahu serba serbi ttg kegiatan seni tanahair. Abby, ada kala blurrr jugak bila diajak berborak (al-maklum get use to n.e.w.s shj...), but Abby manage to came out with various topics discussed with them. Antara kenalan baru adalah di kalangan mereka dari Galaxy TV, Filem di 9, Gua.com, Putra FM dan Astro Awani (jr yg sedang praktikal...reporter gak) ;-).

Wow!panjang juga cerita post kali ini. Kesudahannya, Abby & angah enjoy n hepi. Thanks to Eddy kerana sudi menjemput kami..;-)

Sehingga ketemu lagi...

* Tinggal 10 hari shj lagi sebelum menjelang Aidilfitri...

Friday, September 12, 2008

Libur Bersama...



Cuti sekolah dah lama berlalu. Tak silap, cuti sekolah yang jatuhnya pada bulan Ogos lepas. Hari ini, ketika membelek-belek folder dalam laptop, baru ku teringat.. gambar sepupu-sepupu ku (yang kecil-kecil lagi...belah abah) datang bercuti ke sg buloh ni tak ku tintakan lagi...ermmm, i think now is the best time to tell kut?sebelum lagi terlewat..hehe..




Ok, last August kak Bilah @ along (my nickname so called by small kids kat kg...huhu)berjaya akhirnya membawa mereka-mereka ini datang ikut ber'cuti sekolah' di KL. Untuk pengetahuan, sepupu-sepupu ku ini mmg jarang or tak pernah kut menjejakkan kaki ke KL. Aku pula pernah berniat, dah kerja nnti memang nak bawak mereka ni bercuti kat KL. Akhirnya niat ku itu kesampaian jua, walaupun mungkin tidaklah meriah mana.



Si Nurin Hazirah (gambar 2), hehe...Abby dah anggap dia mcm Abby Jr. Hehe..Nurin mmg tak pernah sampai KL, katanya semua dapat tengok dalam TV je. Sampai-sampai je di KL melalui Kesas Highway, kak Bilah ni apa lagi..jadi tourist guide sekejap. Story mory everything and also answering questions si Nurin yang non-stop. She seems eager to know. Lagi-lagi bila nampak KLCC. Memusing kepala dia mencari mana KLCC. Kelakar sgt, but had fun telling them and of course at the same time advising them to keep studying hard. (wahh..amanat mama/ibu mereka sebelum Abby kidnap diaorg..hehe).



Pada masa yang sama, aku kidnap mereka pun utk bantu aku punggah barang untuk berpindah rumah. Hehe..awal-awal mereka ini kena lah di'rasuah' dulu. Petang tu, si Nurin bersama kakak kembar masuklah ke panggung wayang kali pertama. Abby bawa mereka ke Cineleisure, my favourite place to watch movie ;) Abby tgk diaorg hepi bangat lagi-lagi layaan citer Wall-E yg cumil bersama Eve...si Nurin perhabis 'pop corn'.Hehe...first time jugaklah tu makan bertih jagung...hehe..takpe, Abby layaaankaan je.



Keesokannya, Abby bawa mereka ke sg buloh utk tulun-tulun apa yg ptt. Hehe..bala tentera ku mmg membantu ;). C.i.n.t.a hati pun sanggup OFF untuk bantu Abby & famili..thanks dear~! Kerja mengemas siap juga, paling tak lupa biar ada tilam n bantal utk tido sebelah malamnya..yg lain-lain, sambung esok-esok sudehhh...



Sebelah malamnya, tetiba Amy & nenek pun ada...dapur rumah baru tak berasap, sudahnya makan malam di luar beramai-ramai. Meriah...tapi lambat pula makanan dihidang. Kebulur masing-masing...nasib baik, makanan yg diorder sodapp..tak terkata semua orang time makan...huhu



Walau camne pun, aku tak dpt nk belanja Amy & Ajim sebabnya Ajim demam sepanjang hari mengemas. Kalau tidak, 2 lanang tu dah lama aku 'rasuah'kan mereka wayang atau CD game. Ermmm,takde rezki. Abby janjikan mereka cuti sekolah hujung tahun nnti, i bet its gonna be even merrier than the girls outing..hehehe. Till then, ketemu lagi....

* Mutu gambar tidak seberapa.Hanya dirakam dgn Dopod D810 kesayanganku...

Thursday, September 11, 2008

Berbuka Dengannya...

Wah, inilah post pertama untuk bulan yang penuh keberkatan ini =). Diam tak diam, dah 12 hari rupanya umat Islam sedunia dah berpuasa. Alhamdulilah, semua kegiatan dan aktiviti dipermudahkanNya. Abby senang sekali Ramadhan kali ini, kerna semuanya serba sederhana lebih-lebih lagi tinggal di kediaman baru bersama keluarga di sisi.

Ok, dalam masa 12 hari ini jugaklah, rutin Abby setiap pagi menghantar adik yg mereng itu ke kolejnya, kemudian meneruskan pula perjalanan ke tempat kerja. Setelah 8 jam, tempuhi semula jalan yang sama untuk kembali ke rumah. Begitulah, tak ubah..bezanya menghadap kerenah and gosip-gosip terkini di pejabat mahupun di alam maya. errmmm, tak lupa juga menyiapkan kerja atau tugasan sepatutnya....begitulah secara ringkasnya.

C.i.n.t.a hati pun dah lama tak ketemu. hanya sekadar sms dan panggilan telefon sahaja. But finally, we managed to meet and berbuka bersama, yay!It was yesterday!



Tak tahu sgt nak ke mana sebenarnya menghabiskan masa bersama. Last2, pegi ke area Damansara. Senang citer. Memikirkan situ banyak restoran and tak susah kami nak berbuka, so we decided to walk around, chit chatting about lots of stuff (work, hobby,famili etc) and not forgetting to shop a bit..hehe..ada c.i.n.t.a hati, ada juga yang Abby kuar duit sendiri.

Abby sempat grab buku yg sgt3 lah relevan dgn my studies. Hahaha..ha, pasal ni, ada citer ttgnya, tapi takde gmbr lagi la. nnti2 ya? ;)



Nama pun bulan puasa, kami pun takde lah gah berjalannya. Paling lama kitaorg 'R&R' (hahaha...) kat IKEA. Sejuk giler (berbeza dgn cuaca di luarnya..) and free to talk (sebab tak berapa nak ramai orang). Lepak habis kat sini, berborak punya borak sampai tak sedar nearly 45 minutes jgak kat situ, plus c.i.n.t.a hati sorang ni boleh plak layan Discovery Channel yang tergantu kat seat tmpt kitaorg lepak nie. Eloklah tu..hehe



Jalan punya jalan, sambil grab few things yang perlu sahaja dengan keperluan masing-masing, masa dirasakan lambat betul berlalu. Ermmm...duk lalu depan restoran pun, lum waktu lagi...takpe..tawaf lagi..sbbnye tak bosan, sambil tawaf, sambil shoot...so, enjoy!



Last2, kitaorang decide utk berbuka di SACC Shah Alam sahaja. lagipun dah separuh perjalanan nk ke sg buloh, c.i.n.t.a hati pun setuju. Sampai kat SACC pun dah dalam 6lebih, cpat2 parking pilih kedai nk berbuka. Pilih punya pilih, di sinilah kami akhirnya.



Nandos kegemaran c.i.n.t.a hati. Lately, dia tak berapa nak layan nasi. takpe, arini hari dia, beta layaan kan aje.Hehehe..Setelah reserve tempat, kami kena menunggu lagi untuk beberapa minit. Bosan punya bosan, shoot lagi..



Ha, tu tengah sengal lah tu. Kenapa ntah tgk tag name tu pun loklak. Tak sabar nak masuk minang ke?ahaksssss...soon la ya!hahaha...masa dlm nandos, mcm gelagat kitaorg perasan. Yg mana couple sebelah kitaorg haru nk mintak sos2 nandos yang pelbagai yg takde atas meja diaorg...hahhaha...kami?langsung tak pandang, khusyuk katanya...hahaha, padahal niat saje2 je nk main2...sori bro...



Akhirnya, tiba sudah waktu berbuka. Alhamdulilah, masih ada lagi rezeki untuk kami berbuka. Setelah doa diaminkan, berbuka lah kami. Tak habis juga aku hari tu, aku pelan2 tolak ke arah c.i.n.t.a hati...hehehe...dia ambil, tanpa menolak. Aku di saat-saat berbuka, mmg air yg ku dambakan. Alhamdulilah, kenyang juga kami.

Sekitar kul 8pm, kami pun bertolak balik. & c.i.n.t.a hati pun dpt sampai ke umahnya, awal sikit malam tu. Perlukan rehat, rutin hidup seharian dah bertukar memandangkan keje shift. Seharian keluar, dapat borak panjang bercerita banyak benda, itulah saat paling best. Nak gelak, ternangis pun boleh..sangat2 enjoy!thanks for the threat, and soon its gonna my turn ya?!Daaa.....