Tuesday, November 4, 2014

Trimester Akhir...

Tup tup. Saya sudah menghampiri dan menuju ke garisan penamat. Maksud saya, peringkat kehamilan saya. Semakin menghampiri hujungnya.

Kalau dahulu saya kemaskini blog waktu peringkat belasan minggu lagi, sekarang sudah masuk minggu ke-28 dan berada pula di trimester ketiga. Syukur. Jodoh saya dan bakal anak baru ini berpanjangan lagi sehingga ke saat ini.

Bila difikirkan semula, we took almost 4 years to plan on this second pregnancy. But when it's real and here, it just took us a split second for us, the parents to cherish months of the pregnancy journey. Adalah ketidakadilan di situ. Tet! Penyudahnya tidaklah nak dibiarkan anak lelama dalam kandungan bertahun lamanya, bukan? Maka, senyum.

Di garisan akhir ini nampaknya selera dan keinginan yang berselera semakin menjadi-jadi. Kekerapan aktiviti mulut sepertinya tidak dapat dikawal dan kalau cuba dihalang, sebotol air juga boleh jadi bahan santapan. Ngee. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kunyahan berbentuk 'lagha' yang mungkin hanya gatal di tekak dan tidaklah bekeperluan mana di perut, kepada bayi mahupun enzim dan zat-zat tubuh.

Snacking is a habit, I could say at this very particular of time. Justeru snacking yang enak suam-suam kuku dan berkhasiat sahajalah yang cuba didisplinkan diri. Contohnya adalah kacang kuda (kategori kekacang lain juga) adalah yang terpaling OK di tekak. Mana tidaknya, yang aku berkenan itu pula kacang dari Uzbekistan. Menadah tangan sekejap saya pada Press Atache Kedutaan berkenaan kerana apa yang saya makan dalam satu temubual eksklusif dengan Charge D' Affairs sepertinya sedap dan seronok dibuat kudapan.

Dan dengan baik hati jugalah, si Press Atache tersebut memberikannya sebagai saguhati sehari kemudiannya. Alhamdulilah.

Dan banyak lagi jugalah rezeki dalam bentuk makanan untuk saya & bayi ini. Terima kasih banyak kepada mereka yang mengingati dan menyumbangi :D

Di trimester akhir ini juga, saya dikehendaki menduduki peperiksaan yang memungkinkan suatu lagi rezeki dalam bentuk perjawatan bakal menyusul tahun depan. Allahuakbar. Betullah kata orang, bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah.

Bergolok bergadai juga menghafal, berlatih dan belajar untuk exam berkenaan. Walaupun hanya dua hari tetapi perhitungannya macam untuk masa depan yang tidak boleh tidak, I will need to go through it. Tidak berhenti juga menadah tangan meminta pada yang Esa agar dipermudahkan urusan menduduki peperiksaan tersebut, lebih-lebih lagi dalam keadaan diri ini yang sebenarnya sedang diuji kesihatan dan kekuatan berjalan-gigih-membawa-perut.

Dan pada detik entri ini ditulis, semuanya sudah selesai. Apa yang direncanakan sebelum kelahiran anak baharu ini, nampaknya sudah boleh memberikan saya suatu ruang bernafas dan tarik rasa kelegaan yang super duper lega. Syukur sesangat. Keluarga juga memahami, suami apatah lagi ... begitu juga dengan anak teruna handsome lagi kesayangan itu.

Saya belajar, dia juga belajar. Saya membebel dan menghafal, dia juga ikut duplicate segala apa aksi saya buat. Macam sesuai sangat kalau saya belajar di kala anak-anak sendiri sedang meningkat besar dan belajar di alam persekolahan, kan? hehehehehe macam harus difikirkan aspek ini.

Dari suatu sudut lain, di kala hujung-hujung jalan kehamilan ini juga, kerja dan beban penulisan juga sama banyak dan sama berat saya pikul dengan berat badan saya sekarang. Tet.

Masih lagi ke sana ke mari, walaupun tidak secargas dan seligat mana ... but I will try my best to fulfill dan menulis sekiranya diperlukan. Rasa lega sebenarnya walaupun badan ada sedikit penat dan rengsa.

Tidak mengapalah baby. Kamu tahu isi hati Ibu dan juga tahu apa yang Ibu kerjakan. Bukan pangkat dan kuasa yang Ibu kejarkan, cuma sedikit rezeki yang lebih (yang Allah mahu pinjamkan kepada kita) dan sedikit juga nikmat kepuasan dan keseronokan bekerja pegang duit sendiri dalam membesarkan kamu & Imran Imtiyaz kelak.

Tiada yang lain. Sungguh.

Sekian sahaja entri tentang kehamilan. Selepas ini bakal menyusul pula cerita-cerita dan gambar-gambar si kecil di merata-rata, OK?

Jangan rengsa dengan I please.

Selamat bekerja.

No comments: