Friday, October 17, 2008

Lebaran 1...

Sementara Lebaran masih dirai sehingga Syawal yang ke-17 hari ini, Abby curi-curi masa yang ada untuk updet laman feveret Abby ini. Sungguhpun mata kuyu dek penangan kantuk yg tidak cukup, mengusahakan pelbagai rutin dalam satu-satu masa, Abby gagahkan jua mata kepala untuk bertinta...ehe...

Kepulangan ke kampung di Segambut kali ini, biasa seperti hari-hari lain. Kurang meriah suasana hari rayanya memandangkan saudara mara banyak yang tidak berkunjung, mungkin ekoran pemergian saudara terdekat Abby yang pergi menemuiNya, tiga hari sebelum 1 Syawal. Ramai yg hadir lebih kepada menziarahi nenek Timah yang kian uzur kerana penyakit tua.



Sebelah petang 1 Syawalnya, Abby dah pun berada di Sabak Bernam bersama Ajim. Abah, Mama and Angah tiba lewat. Sesampai sahaja di kampung, jerik pekik si kecil dah kedengaran.Yeay yeay!Heaven rasa!Time to sakat-sakat and melayan si kecil!Semua ada, tiada siapa pun ketinggalan.Yeay!mmg best lah, sbbnya model-model raya tahun ni semua dah besar-besar..ahaks!dalam erti kata lain, dah pandai pose semuanya...







Ha, tgk saja gmbr2 di atas!Bebudak ni dah pandai dah bila kak Bilah mula menjinjit kamera and mula snap pictures sana-sini. Suka suka suka!sayang mereka semua!Ada 1 perkara menarik tentang bebudak ni masa raya baru lepas. Mmg jadi bahan Abby bila berborak and kasi pecah gelak 1 umah, nnti abby citer di episod Lebaran 2 ya...



Dan pada tahun ini, keluarga belah abah ada pertambahan ahli baru iaitu Si Isya. Batrisyia, baby baru Cik Yak and Cik Lin ni baru tahun pertama beraya dengan kami. Mmg jadi model jugaklah Isya ni kalau kak Bilah nye dh mula snap..ehe.Tak lupa, kehadiran sepupu yang tenggelam timbul ja kat bumi Malaysia ni dahulunya, kini akhirnya dah pun pulang untuk berkhidmat di tanahair sendiri. Goodluck Azra =).Maka, mmg gamatlah suasana hari raya Abby!





* Bersambung di Lebaran 2. Abby di kala mode menelaah untuk mid term examnye...hiks

No comments: