Wednesday, January 22, 2014

Novel 'Independent'...

Selalunya, kebiasaannya atau dalam kebanyakan masa, saya sememangnya seorang yang jenis mengamalkan keterbukaan dan selalu embrace (what is the best Malay word to replace this?) konsep keterbukaan dalam apa jua pelaksanaan kerja atau interpretasi akal dan perbuatan.

Jenis tidak suka mahu membataskan akal kepada satu-satu perkara atau judgemental yang belum tentu bagus, selamat atau 'bajet bagus' kinda-type. Tidak suka. Kalau secara tiba-tiba ada perasaan begitu, saya cuba kembali (dengan laju-laju) kepada kewarasan akal & mengambil kira kalau-kalau apa jua perkara baru itu mungkin sebenarnya ada manfaat atau kebaikannya tersendiri.

Walaupun demikian, keterbukaan saya jenis berbatas juga. Tidak semuanya saya boleh hadam, tidak semuanya saya boleh telan. Dan bila dijumpakan dengan insiden-yang-tidak-boleh-kita-bukakan-minda-kita-untuknya, saya mengambil dasar ambil-dan-belajar-mana-perlu sahaja. Tidak perlu, anggap sahaja ianya 'mainan-sekali-lalu' dan tidak perlu gusar atau menyusahkan kepala otak pikir dalam-dalam.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa itu yang saya rasa dan jiwai bila baca senaskhah novel terbitan syarikat penerbitan independent (tidak lagi popular sepertimana established publisher lain).

Saya mulakan bacaan dengan penulisan Nadia Khan ini:


Terus jatuh cinta. Atas beberapa faktor:

  1. Penceritaan jalan cerita dari muka satu sampai akhir adalah lari dari skeptikal novel-novel sedia ada di pasaran hari ini, yang selambak dan mengetengahkan pendekatan tajuk yang panjang berjela. Sangat-sangat.
  2. Plot yang boleh mendatangkan pelbagai emosi, persoalan dan tanda tanya dalam diri. Diakhiri pula dengan jalan cerita yang juga masih boleh menimbulkan kemusykilan. Fuh. Dari awal sampai akhir, bermain emosi yang tidak terjangka. Mampu?
  3. Mengetengahkan isu semasa yang tersangat-sangat semasa. Pelbagai isu. Boleh jadi juga sebenarnya apa yang diceritakan cukup menggambarkan kenyataan 'Life Is Drama' itu sebenarnya wujud.
  4. Tidak menjemukan sebab there's no scene that you could expect what will happen in the next, next chapter. Sebab itu jadi leka and you can even finish reading it within 4-5 days ONLY.
... dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya kalau anda bersifat terbuka dengan sesuatu pembaharuan atau menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang baru, boleh alami menerusi novel ini.

Give yourself a try. It can turn out to be a good addiction iaitu membaca.

Tetapi ...

Seandainya pada pemikiran anda di pertengahan (or even di permulaan cerita, sudah mula merasa jengkel, jelik dan dangkal), saya nasihatkan supaya terus-terusanlah membaca novel-novel cinta yang walhasil balik asal hanya bermotifkan jalan cerita dipaksa-kahwin (kebergantungan kepada kes bagaimana boleh jadi terpaksa, teraccident dan tertipu)-dan-akhirnya-bertukar-jadi-cinta-sejati-sampai-mati.

Proudly say, this one piece of Nadia Khan makes me wanna read more and more of the-same-type-of-novel-writing which is independent, sedikit loose, ringan dan penggunaan bahasa yang niche dengan bahasa yang separa formal & seperti-ayat-blog. I am kinda embrace this kinda of coolness and I would love to share more if I find it suitable for other readers to read.

Pada saya, tiada propaganda besar cuba diperkotak-katik atau 'ditanamkan' dalam jiwa pembaca, cuma, some (I could predict this) will or might find it awkward sebab dek kerana isu semasa yang saya bagitahu di bahagian faktor-jatuh-cinta di atas. Nak tahu? Kena bacalah. I am sure you'll  find a lot of reviews about this one novel, so up to you all to decide and have your pleasant time reading.

Reading will bring no harm to you in neither way. Still, bergantung kepada penerimaan. Take things that you can learn and do something with it to others (in Malay word, amal).

Surprisingly, you will feel way better, way with easy mind and easy satisfaction too :)

Sekarang, sedang 'menelaah' ini. This one piece here is kinda COOL too :


Enjoy reading everyone. In a month, I've read two novels! Targeting more books in more months to come, insyaAllah :)

Thursday, January 16, 2014

RancanganNYA...

Clueless. Ya, itulah perkataan yang dapat menggambarkan sebaik-baik keadaan fizikal luaran dan inti dalaman hati dan badan saya saat ini, waktu ini.

Bila disua dan diuar-uarkan dengan segala macam perkara dan ketidakpastian fakta (yang sebenarnya berupa kata-kata mitos atau literal Melayunya yang selalu sangat berbunyi begini: 'Orang tua-tua kata' or 'Biasanya......'), saya semakin jadi cepat tidak keruan. Cepat melatah dan seterusnya, panik. Nauzubillah. 

Allahukabar.

Allah Maha Besar. Ya itulah maksud di sebalik ungkapan keramat itu. Lebih maha mengetahui apa yang berlaku, sedang dan akan berlaku. Kenapa boleh saya terlupa 'kuasa' besar perkataan ini? Itulah, bila syaitan terlalu suka mengasak dan bila otak sudah mula dirasuk ketidakwarasan yang entah datang dari mana. Itulah Abby, tidak pernah mahu ingat kan?! *self note to myself*

Sedangkan, perkara ini di bawah kuasaNya, aturanNya. Kenapa boleh saya benar-benar terlupa? Oh khilafnya diri bila dihujani dugaan satu-persatu. Memang lumrah manusia, tetapi lumrah yang harus cepat-cepat disedarkan supaya saya kembali teguh dan realistik.

Ya, ramble yang kedengaran sangat merapu & pahit benor untuk ditelan.

Mungkin ini adalah kecil, dan sebenar-benar kecil dugaan yang Allah turunkan untuk saya. Baru kecil sudah semedang ini engkau gelabah, Abby. Why and why la?

*kembali kepada entry, Abby!*

Oh ini adalah berkisar tentang anak saya sebenarnya.

He's special although he's lacking focus in some sense or situation. Allahukabar. To relate the condition with any disorder or disease at the moment is not appropriate and improperly diagnosed yet. The doctor even optimist that for us to give him at least 6 months time to observe and enhance his potential, motor skills & more of vocabulary words and also for him to slowly build sentences.

Alhamdulilah for that first assessment. Still, I am way like a thousand worrisome-kinda-mother that so freak out of more unexpected results in the near future. MasyaAllah, Allahuakbar.

Menyatakan ini macam tiada daya dalam diri untuk berdepan perkara-perkara tidak terduga. Justeru, what will I do / we do next is to be more relax and just go with the flow.

I have tremendously do researches, readings and do appropriate allocations as well arranging necessary classes for my son to attend to. Dengan harapan, cita-cita dan keinginan untuk lihat anak teruna seperti anak normal lain adalah lebih besar peluangnya, insyaAllah.

Walaupun kata-kata di atas adalah menyamai dengan pernyataan kenyataan 'mahu sedapkan hati', I am still grateful that Imran Imtiyaz is my son, and he surely gonna be a good, bright and excellent boy/man one day. Insya-Allah.

Dengan izinNya juga, saya sentiasa dan ingin terus berfikiran positif untuk membesarkan Iyaz dan adik-adik lain kelak.

Jadi Ibu, tidak boleh lemah.
Jadi Ibu, tidak boleh patah semangat, jauh sekali menyerah.

Jadi Ibu, kena matang.
Jadi Ibu, kena hebat, jauh sekali rasa mahu diperlekeh.

Jadi Ibu, kena 'kebal'.
Jadi Ibu, kena tabah, jauh sekali rasa mahu berduka.

Dan segala macam perkara mengenai 'Jadi Ibu....', hanya Ibu-ibu di dunia ini sahaja yang tahu. So be alert and put extra smiles and efforts to support peer mothers that you have.

Tidak boleh tidak, don't bother and don't say anything if you don't know or BE READY TO GET HARDLY 'ABUSED' by me.

Luahan,
Si Ibu 

Thursday, January 2, 2014

Tinggal Harapan...

Tidak terbendung rasanya kekecewaan dalam hati bila mendapat tahu perkhabaran yang satu itu. Been waiting for more than a year, followed by proper procedures and discussions ... but to listen to such news at the end of the day, it is killing me terribly. 

Tetapi ....

Bila difikirkan semula (sedangkan manusia itu khilaf dan adalah lebih baik sedar cepat supaya tidaklah terbawak-bawak dek kerana kecetekan akal dan kepergian emosi yang entah apa-apa), adalah lagi baik saya angkat 'bendera putih' dahulu buat sementara waktu nieh. Malas betul mahu difikirkan perkara yang belum berjodoh lagi dengan saya, lebih-lebih lagi dalam hal-banyak-cerita-politikus-lain kena diambil kira. 

Makanya, terlahirlah luahan ini di laman Facebook saya:

I have this idea in my head of how things are supposed to be, but sadly this is why I end up disappointed. 
Sometimes life doesn't give me what I WANT because I NEED something else and what I need often comes when I am not looking for it. 
Bottom line here is don't hold yourself down with things you can't control. There's a time and place for everything. Don't force what's not yet supposed to fit into your life. 
When it's meant to be, it will be. Insya-Allah. You are far more passionate than you think you are, Abby. Rest with that. Rest easy with that.
Expect less. ENJOY more!

Begitulah. Enough and well said, don't you think?

Luahan yang sebegitu, adakala I just need to directly referring and mean it for someone that I hope he or she will look at it. Maaf, terlanjur berkata adalah lebih baik berlaku jujur terus. That's it.

Lega. Lega dapat menyatakan luahan yang sebegini sebenarnya. Biarlah tiada emosi yang mencacat-celakan pertumbuhan hormon dan sel dalam badan. Biar diri ini sentiasa dominan dan persistent dalam banyak hal. Tidak mahu terlalu banyak aura negatif dalam diri, so thus, LET IT OUT LOUD is important, efficient method to me :D Please bare that in mind, readers.

Justeru, pendekatan 'Life Must Go On' perlu take effect segera. Persetan dajal-dajal dunia lain, fikir keluarga, fikir anak & suami ... insyaAllah diberkati. Consistent at your daily work and be positive in facing it, moga-moga semua yang kita rancang, apa yang Tuhan rencanakan kita juga dipermudahkan.

That's all for now.

Rambling yang bukan sia-sia, tetapi rambling ada makna.

Goodbye 2013, Hello 2014!

Tup tup hari ke-365 2013 pun tiba. And it is today (which is last Tuesday, delayed entry, as usual).

What to conclude? A satisfaction year and a moderate one for me and entire family.

Tiada yang gempita atau pencapaian ala raih pingat emas di acara sukan dunia Olimpik. Cuma sekadar pencapaian biasa-biasa yang memungkinkan kehidupan seharian yang baik dan terkawal di samping insan-insan tersayang.

Pencapaian di tempat kerja juga, Alhamdulilah ... sangat-sangat memberangsangkan sehingga dicalonkan untuk dipertimbang kenaikan gred. I've done nothing much (for example do a award winning write up/news reporting) but when I've been told of such news, I just consider myself lucky and that's (maybe) the best reward granted by Him for this one whole year effort :-) Rezeki!

Selain dari itu, nan hado yang lain kababomb kababoosh! Semuanya hanya mengikut arus dan meneruskan kelangsungan hidup seperti sedia ada.

Percutian keluarga yang dirancang-rancang juga tidak berapa nak jadi disebabkan beberapa kelemahan yang tidak dapat diatasi. InsyaAllah, always looking forward for more opportunities & lebihan rezeki untuk menjadikan ianya realiti ... so let's see if 2014 can grant me one, at least *wink*

Selebihnya, tumbesaran satu-satunya anak teruna (dah bertahun-tahun rasanya guna perkataan 'satu-satunya' itu....) adalah berkadaran dengan usia. Sedikit canggung atau ketinggalan (I strongly believe, it's just a delayed one) dalam pertuturan dan ketidakbolehan (lagi) dalam menuturkan ayat demi ayat adalah sesuatu yang we both, the parents has extensively working out for the past few months.

Meniti usia ke angka 4 tahun, sebagai Ibu, I just feel bad for any wrongdoings or lacking that Imran Imtiyaz is having at the moment. I do not know why and how so that I can feel better and not to easily give up in giving a try and be patient at all time. Allahu Allah.

Kalau dulu kita selalu dimomokkan dengan betapa hati Ibu & Ayah kita menangis atau merintih tanpa pengetahuan / di belakang anak-anaknya, now, as a mother, I am in that kinda state yang sentiasa mahu mencuba yang terbaik & tidak mahu ada kekurangan walau sedikit pada anak. Duhai hati...bertabahlah. You can and are absolutely a good mother.

Your son and children surely appreciate you for the their whole entire life, Abby. Pursue with your dreams in giving the best for your juniors, insyaAllah, He will lead you the way .... Amin.

Begitulah harapannya.

So I guess that's all for 2013. Nothing much but all are good, healthy and behave accordingly. Nothing more can we expect rather than His good blessings for granted such 'rezeki' in form of better health and lots of happiness gained each day.

Alhamdulilah.

As you're already here 2014, let's be good friend together and let's be kind to each other OK? Of course, I would want more of that health and wealth but nevertheless, family comes first, followed by ambition in becoming a good, dedicated reporter & worker.

Bismillahirrahmanirrahim .................. to a new beginning.

Friday, July 26, 2013

Menceceh, Tiada Lain ...

Blogging tempat orang menceceh. Membebel. But in reality, you can't see I'm rambling happily or merrily like I did in blog entries. Will it be a surprise to you?

Tidak, janganlah beranggapan begitu. Blog ibarat monolog dalaman, buah fikiran dan kebanjiran idea yang tidak tahu mahu disalurkan ke mana. Untung nasib kalau ada yang sudi singgah dan baca. Kalau tiada sekalipun, well, to me it doesn't affect me at all. Menulis tanpa niat-mahu-raih-publisiti, beginilah. Jadinya, akan terus-terusan menulis mengharapkan segala luahan rasa 'terluah' juga menerusi penulisan :-)

It's Ramdhan 17 today. The holy month almost meet its end. Sepertinya macam baru semalam je shopping sakan  buat persiapan raya. Tahun silih berganti datang, and now  I'll need to do the same routine again, do shopping spree for small family I have currently. Well, not a hassle one. A slightly shopping spree just to meet basic needs for the three of us.

Tiada istilah raya sakan la, pendek kata. Seadanya. Look forward for the gatherings more than what I spent for this raya. Terujanya!

Walaupun beraya @ berkesempatan berpuasa di keluarga belah mertua dahulu tahun ini, but after almost 4 years of marriage, inilah tahunnya yang mana saya & suami betul-betul cuti beraya! This year is going to be the first year for both of us celebrating raya, TOGETHER. In other word, we both are on raya leaves for A WEEK and will be not attach to any working necessity, like years before.

Fuh, suatu kelegaan. Harap-harap tiada siapa la yang mengganggu-gugat cuti kami ini. Seminggu sahaja pun. Sekiranya memerlukan, panggil sahaja kami lain hari, lain minggu. Alright?

I guess that's it for now. For 'Menceceh, Tiada Lain' Day 1 ....

*to be continued*



Tuesday, May 21, 2013

'Daerah' Itu...

Sungguh rasa tidak sabar ingin memulakan kehidupan baru di 'daerah' itu. Saya menunggu hampir 5 bulan yang lalu, dengan harapan tahun baru yang membuka tirai 1 Jan juga adalah tarikhnya saya boleh berkhidmat di 'daerah' itu.

Tetapi apakan daya. Proses itu tidak semudah seperti yang disangka. Terlalu mengambil masa sehinggakan pada saya, seakan seperti mencengkam hati dan perasaan yang membuak-buak untuk menyerlahkan lagi bakat penulisan di 'daerah' itu. Sampai bilakah agakya perlu saya menunggu berita gembira itu sampai pada saya ya?

Berhijrah tidak semestinya kita 'kalah'. Berhijrah juga tidak semestinya membawa kebaikan. Kedua-dua makna literal hijrah ini pernah saya rasa dalam hidup, samada secara kebetulan atau dirancang. Mungkin juga antara sebab terutama saya kembali semula memilih untuk bekerja di bangunan tempat saya bekerja sekarang. Secara tidak langsung ini membuktikan ianya bukanlah kerana 'kekalahan' saya untuk mencuba bidang-bidang lain, tetapi sebenarnya lebih untuk menjurus kepada apa bakat yang ada dalam diri, sekaligus itu jugalah mata pencarian saya selama mana hidup, insyallah.

Tadi berkesempatan jumpa rakan dari Jabatan Sumber Manusia. Borak-borak untuk ambil tahu kisah hijrah saya yang masih ketiadaan apa-apa tanda baik, mahupun tidak baik.

Ada berita lain untuk saya rupanya. Ini juga suatu berita gembira, Alhamdulilah. But the news of the transfer is more that I can't wait to hear to. Oh my ... tidak seharusnya putus berdoa dan berusaha, kalau gitu.

As such, I will be patiently waiting for the good news to come.

Insyallah, it will come.

Amin ya rabb.


Monday, February 25, 2013

Menulis dan NAMJA...

Menulis, takkan boleh berhenti.

Sudah jadi darah daging. Walau belum hebat mana pengalaman, minat yang mendalam untuk menulis takkan boleh pernah padam dalam diri. Ini adalah minat yang nyata. Minat yang nyata dan terang-terangan lain yang boleh anda perhati pada saya akhir-akhir ini, adalah kegilaan yang ini ..................



Ini semua gara-gara suatu permulaan. Penyudahnya, bila dah mula, kena habiskan. Bila dah habis, terus jadi demam, angau and sasau ... you named it! I am easily fall with Korean dramas. I couldn't resist myself once I have started watching a series. 

Kegilaan baru (I called it baru sebab macam dah lama giler tidak melayan siri drama Korea sejak-sejak melahirkan Imtiyaz) ini, sudahlah baru first time tengok, terus jatuh cinta like tergolek-golek. Download lagu-lagunya bukan main. Then tak cukup dengan itu, download pula wallpaper dah bubuh merata-rata macam dia boyfriend pertama! Ahaks. I am just too much loving it.

Kaedahnya, atau dalam bahasa literalnya jalan cerita kegilaan ini adalah tersangat lah menghiburkan. I can never easily cry and laugh on any show I've seen before but this series has turned me to one. Best yang amat, bahasa saya. Menarik, tertarik dialog dan gaya lakonan mereka juga. Kegilaan yang gila-gila la saya panggil! 


 Di dalam drama yang bertajuk A Gentleman’s Dignity ini, kegilaan saya menjadi-jadi bila get to know all four main casts in this drama. Terkejut besar lagik bila dapat tahu al-kisah rupanya memang umur mereka 40+ lebih, just like their acting in the drama. Boleh?! Muka comel giler (walaupun terserlah kertu’annya di raut wajah) tetapi umur sudah umpama ‘Life begins at 40′. This is unacceptable. Eceh!

Comel la juga. Tua yang comel. Oh hoi! Lagi-lagi si Kim Min Jong. Comei wei. Tidak terkira. Siapa KMJ? Ini dia:


Yes, it’s KMJ and partner in the drama. Cinta dua darjat kiranya mereka ini. Pasangan kedua comel adalah gambar kedua di atas. I am kinda lazy to tell you their real name so I just randomly refer to the pictures whenever I feel like telling you all about them, ya? :-P

Kisah ini perihal empat bersaudara yang kenal rapat sejak dari zaman sekolah menengah sehinggalah to their early 40s. Dilema macam-macam hal, but whole story line are about FOUR of them —> 1. seorang itu sudah berkahwin dengan wanita berusia; 2. seorang lagi si KMJ (dia ini sahaja saya amik tahu lebih sebab comel) yg kematian isteri tetapi ada cinta yg mendalam dengan gadis jauh lebih muda; 3. seorang lagi tu pula bercinta dengan wanita yang super kekwat, sexy dan teramat diva and the last one, 4. seorang pria yang pretty handsome, ego and macho in his own way, terjatuh hati dengan seorang gadis cantik.

But out of four stories, kisah cinta namja (lelaki/pria) ke-4 yang paling comel, ganteng dan entertaining. Eueww, can’t stop abusing the word ‘comel’ eh, Abby?

Kisah hidup lelaki ke-4 ini sudah persis macam cerita cinta hubungan Lisa Surihani & Yusry. Walaweih, what a contradiction! Whenever I watch the heroin and her acting, sejibik gedik, talented and professional macam Lisa. Should watch, should watch! I give 5 star to her act throughout the 20 episodes. As good as Lisa in Istanbul Aku Datang, I could say.


Kisah hidup lelaki pojaan iaitu lelaki ke-2 adalah yang paling meruntun hati sebab saya tersangat mudah menangis dan tersentuh bila mana muncul episod cerita dia keluar. Al-maklum, cerita terhalang and ala-ala terpendam sebab gadis muda yang dia cinta itu adalah adik kepada si lelaki ke-3. Maka, ada conflict of interest di situ. So lebih banyak agenda menyentuh perasaan di situ.

Soal hidup lelaki ke-1 dan ke-4 tidak berapa best sangat pada pandangan saya kerana ianya seperti cinta #SehangatAsmara. Banyak senda gurau, fishy and ada unsur-unsur humour yang super kelakar (which I like best) yang sebenarnya, NOT BAD AT ALL. Best la kira semuanya. Tiada perkataan yang lain boleh mengungkap betapa BEST jalan cerita A Gentleman’s Dignity ini.

Well-briefed?

Oh my, saya memang tidak boleh menulis film or drama review. Bukan tidak boleh. Tetapi garapan jalan cerita saya tidak lengkap. Tidak menyeluruh dan hanya memandang pada dua tiga aspek sahaja. Paling penting, repetition perkataan ‘Comel’ sahaja bukan boleh menarik orang ramai untuk sama-sama tengok cerita ini. But trust me not, tengoklah. As much as you know that I can differentiate which one is good, entertaining and sucks, you should have give yourself a try ;-)

Eceh, convincing enough?


I would love to tell you more about how good and efficient Korean drama are at maintaining their plot. The continuity went superb and that’s the most reason why you’re hook to it from one episode to another, from one hour and so forth. That’s the specialty that Korean productions have and why I continuously fall for them.

Another superb aspect that inspire me most is their places of interest. Latar tempat mereka adalah tip top dan berjaya memberi ekspresi atau tanggapan yang macam-macam pada saya. Tidak kira mewah, simple, cikai atau seburuk-buruk tempat di Korea. I wonder how Koreans living it up their lives there. They are considered as developed country too, and there’s no doubt why their productions or film maker are creative enough to state and express their intelligent mind in creating such interesting masterpieces.

If I could say, 50 First Dates is a creative film, so do A Gentleman’s Dignity. Damn good at making audiences’ emotions go haywire! Thumbs up, NAMJA! Thank you for making my day even brighter with your spontaneous and professionalism, although all of you are already 40s.

Saranghae, NAMJAs!~