Wednesday, January 28, 2009

Kelahiran...


Kelahiran adalah sesuatu yang dinanti-nantikan semua. Kelahiran juga memberi sinar baru kepada mana-mana pasangan yg sudah pun mendirikan rumahtangga.

Baru-baru ini di dalam keluarga Abby, pasangan Along & suami, Arman baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang kedua, Amir Luqman. Wah, Amar Muhaimin sudah punya adik. Kiranya, Uyut (panggilan nenek moyang dalam bahasa jawa) Habsah sudah punya 2 cicit! Tahniah nenek!Tahniah Along~~


Ini potret mereka sekeluarga. Nicely captured....

Amar Muhaimin, si abang sorang ni. Genit, lasak dan suka wat mimik muka....apapun, bebudak tetap comeyl~ Rindu kat Amar...

* Picture of Amar and family is courtesy of eyesofgraces.blogspot.com, soft copy given by Along for me..

Ucapan tahniah Abby juga ditujukan khas buat Kak Lis dan suami. Kak Lis adalah sepupu kepada c.i.n.t.a hati. Sejak kami bersama, kerap juga Abby berkunjung ziarah Kak Lis sekeluarga di Kajang.

Abby percaya kelahiran Iman Naim Nordin sememangnya ditunggu-tunggu semua ahli keluarga Kak Lis. Bayi lelaki ini khabarnya lewat beberapa hari dari tarikh ramalan. Suspen sungguh..


Semasa gambar-gambar ini diambil, Iman Naim baru seminggu lahir ke dunia. Kulit pun baru mengelupas. Putih, gebu..Tak sabar tunggu Iman besar sikit, bolehlah Abby dan c.i.n.t.a hati photograph Iman..

Kelahiran 'mutiara-mutiara' inilah yang menambah seri dan riuh setiap kali perjumpaan ahli keluarga. Dan pastinya, Abby tak sabar untuk berjumpa mereka utk kedua kali dan seterusnya....


*Tahniah c.i.n.t.a hati. Cantik hasil kerjamu....good try~ keep it up!

Tuesday, January 27, 2009

Album lama...

Bukan tiada yang cerita terbaru mengenai diri Abby. Cuma asyik membebel di sini. Leka jadinya. Simpanan gambar masih ada baik yang baru mahupun yang lama, jangan risau. Cuma tunggu masa untuk disiarkan sahaja. Hehe...

Kali ini Abby nak berkongsi gambar dolu-dolu. Tidak berapa usang, lebih kurang 4 hingga 5 tahun lepas. Kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan IPTS memang menjanjikan 1001 cerita suka duka buat Abby. Manis utk dikenang, pahit utk diingat, berguna utk dijadikan teladan dan banyak lagi. Namun apa jua sekalipun, kesemuanya membawa diri Abby ke satu fasa lain dalam kehidupan.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, kerap teringat zaman masa muda (muda remaja...hehe). Memori sungguh...

Abby mulakan dengan kisah di sebuah MRSM di Johor...


Mesti ada yg tergelak melihatkan gambar di atas..haha. Macam tak percaya pun ada. Ni sewaktu di dalam kelas, masing-masing baru dapat sweater class. Sudah jadi perkara wajib untuk setiap kelas di MRSM ini utk mempunyai sweater class. Cantik, mmg kerap pakai masa mula-mula dapat. Sehingga ke hari ini, Abby masih lagi simpan sweater tersebut ;-)

Melihat gambar ini juga membuatkan Abby teringat kedudukan Abby di dalam kelas. Setiap kali waktu prep, tak kira siang atau malam...Suasananya, hari hujung minggunya....seleraknya buku-buku di atas meja, 'kotor' nya meja Abby waktu itu..ermm, semualah. =) MRSM juga adalah tempat pertama kali Abby duduk asrama dan berjauha dari keluarga utk 2 tahun.

Terima kasih, Uranus 2002/2003. Mummy Ezi, the lovely homeroom teacher ;-)

* Abby masih ingat Mummy pernah suruh hayati lagu Tekad nyanyian Hazami setiap kali rasa sedih atau kecewa~ love ya...


* Dari kiri Cikgu Rose, Cikgu Azlina, Mummy Ezi, Cikgu Rina, Miss Ina, Ustazah (tak ingat namanya) & Ustazah Ishqi (Guru yg banyak beri semangat dan kekuatan pada Abby..)

Guru-guru di MRSM yg kesemuanya masih lagi bujang dara waktu itu. Gila-gila remaja bila luar waktu pembelajaran. Terima kasih kalian kerana mendidik Abby baik secara langsung atau tidak. Kalian membentuk siapa diri Abby hari ini....~


Gambar candid barisan pemimpin LDP waktu itu. Hanya ini yg masih ada dalam simpanan Abby. Pakaian seragam biru yg satu ini sememangnya menjadi kenang-kenangan. Dipakai setiap kali acara rasmi maktab, Abby hanya mampu tersenyum mengingatkan semuanya...=)

Tahun silih berganti. Abby kemudiannya berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.



Ini rakan sepraktikum Abby, F7P4. F7 kuliah kecil sahaja, jadi senang Abby kenal rakan-rakan sekuliah lain. Apatah lagi berjiran plak dengan mereka2 kat hostel..Hubungan akrab terjalin walaupun Abby di sini tidak lama, kira-kira 6 bulan sahaja.


Pernah hingar dan bingit rasanya Blok A1 Aras 4 kan kengkawan? Haha....Mereka inilah teman ke kantin, teman ke padang, teman ke koperasi..& kuliah juga!Paling best kalau hari minggu, bilik sebelah memang meriah~ Bilik depan bilik sebelah lagi lah riang..~ Haha...lama betul tak jupe...

Membuat keputusan utk tidak terus berada di KMNS, itu tidak bermakna Abby kalah. Abby bawa diri ke MIIM berdasarkan minat, kebolehan dan keinginan. Semacam tekad dengan keputusan yg dibuat, Abby ralat kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan di KMNS :'(

Menginjak ke dunia penyiaran, ternyata pilihan Abby tidak silap. Mungkin jalan yg Abby pilih disebabkan rasa minat yg tinggi. Walau bagaimanapun, Abby hari ini adalah di mana Abby yg telah mempelajari sesuatu.



Gambar di atas ni comel je. Haha...masa di semester 1,hehe..sedikit tidak percaya. Masa ini di taman KLCC, ambil gambar sebelum tonton wayang citer Constantine. Haha merapik sungguh. Lagi bestnya, motif kami semua berpakaian pink adalah kerana mahu sama-sama raikan Valentine Days. Walhal kami masa tu tidak punya pacar lagi. Hehe...makan malam di Secret Recipe, haru sekejap keadaan, kecoh. Borak sakan mcm kawan dah lama. Sedangkan perkenalan kami baru sebulan waktu tu..Hahaha..



Tinggal sebumbung lebih 2 tahun membuatkan Abby selesa dengan setiap seorang daripada mereka. Mungkin ramai yg beranggapan agak mustahil utk kami tinggal sebumbung, tapi alhamudulilah tinggal bersama sepuluh orang sebumbung tidak menjadi masalah besar buat kami.

Masing-masing sekarang sudah berada dalam lapangan dunia penyiaran yang berbeza yg ada di Malaysia ni. Alhamdulilah..Di Bernama, Tv3, Tv9 dan Sinar Harian kami berada...

Jumpa kalian semua nanti...~~

*Empat Lima tahun sudah, Abby tak kenal lagi apa tu DSLR...hehe. Seingat Abby, gambar-gambar hanya dirakam guna kamera Canon (tak tahu apa model...) dan hp kamera N70 je ;-)

Friday, January 9, 2009

Kampung Halaman...


Koleksi cerita kampung halaman Abby di Sabak Bernam mcm sudah terlalu kerap di laman yang satu ini. Tetapi edisi kali ini lain pula ceritanya. Sebabnya c.i.n.t.a hati pertama kali jejak kaki di Sabak Bernam.

Walaupun hanya singgah untuk beberapa jam, menemani Abby dan Ajim menjemput nenek, tetapi lawatan singkat c.i.n.t.a hati ini cukup menggembirakan Abby ;-)




Pertama kali juga Pak Long dan Mak Long berjumpa c.i.n.t.a hati. Cuak perasaan c.i.n.t.a hati nak bertemu mereka berdua, macam masa mula-mula nak jumpa Abah Abby katanya. Hahaha...

Sepanjang di kampung, nenek banyak ngombrol (borak) dengan c.i.n.t.a hati. Hehe...Macam-macam nasihat nenek bagi..C.i.n.t.a hati dengar dengan tekun Abby lihat. Tambah pula dia memang ramah borak dengan golongan dewasa, tidak kekok...Alhamdulilah..

Kami makan tengahari bersama. Lauk kampung, sedapnyerr!!. Jam 2.30pm kami bertiga ditemani paklong dan maklong bertolak ke Sungai Buloh semula. Ajim tak sudah-sudah sakat nenek. Nenek pun tak betah layan Ajim sepanjang perjalanan. Seronok, memang seronok tgk Ajim melayan nenek..hehe!

Perjumpaan kami semua berakhir di sebelah malamnya. Berborak dan gelak ketawa seisi keluarga. C.i.n.t.a hati sudah tidak asing lagi dalam perbualan kami semua. Best! Macam membawa petanda je kan, kawan-kawan?

Insyallah, Jumpa lagi....



C.i.n.t.a hati was here!yeay!Finally!

Monday, December 22, 2008

Terima kasih...

Hari liburan dari bekerja selama 3 hari ini Abby rasakan lama pula..Mungkin Abby benar-benar berehat di rumah dan tidak ke mana-mana dan berbuat apa-apa. Banyak masa dihabiskan dengan belek-belek koleksi gambar, menulis blog dan melayari internet.

Sudah sampai masanya Abby berkongsi koleksi gambar yang Abby ambil. Seperti yang dijanjikan Abby nak khabar tentang 'Di Sebalik....' sesi fotografi Abby bersama c.i.n.t.a hati. Memang sudah lama kami idam supaya gambar-gambar kami dirakam khas untuk sebuah majlis yang bakal berlangsung jua satu hari nnti....(fuh....ayat penuh rahsia).

Akhirnya, setelah dibawa berunding, Syaz selaku jurugambar bersedia merakam gambar-gambar kami. Terima kasih bangat buat kamu, Syaz. Tidak dilupakan pembantu-pembantu yg dilantik Syaz, Eddy dan Tasha turut turun padang. Terima kasih juga buat kalian berdua. Di sini, Abby nak kongsikan gambar-gambar 'Di Sebalik....' mereka bertiga.....


Tarikh yang dipilih adalah sekitar November lepas. Kebetulan, pada hari tersebut langit cerah dan tiada tanda-tanda hari mahu mendung sudah cukup menggembirakan Abby.



Destinasi fotografi kami adalah sekitar kawasan empangan Taman Melawati, The Mines Seri Kembangan dan Putrajaya. Ketiga-tiga tempat, tanpa Abby sedari sememangnya sangat-sangat menjanjikan pemandangan yg indah sebagai latar belakang sesi fotografi kami. Lebih-lebih lagi di sekitar pantai buatan ala-ala Gold Coast di The Mines Seri Kembangan. Lovely....





Nah, hasilnya..........




Terima kasih semua............

Thursday, December 18, 2008

Nantikan...


Tirai 2008 bakal berlabuh kurang 3 minggu sahaja lagi. Jendela 2009 pula datang menjelma. Setahun yg berlalu ini, bagi Abby terlalu banyak untuk diceritakan dan dikongsikan di laman ini. Tahun 2008 milik Abby penuh dengan pelbagai peristiwa, di mana setiap satunya memberikan kenangan dan pengajaran....Ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan pula ada yg pergi, ada yg hadir...Alhamdulilah, itu semua menambah rencah dalam kehidupan manusia kerdil seperti Abby....

Sebenarnya Abby tidak bercadang untuk bertinta panjang walaupun koleksi gambar sudah terlalu banyak dalam simpanan. InsyaAllah di masa-masa akan datang, berceritalah Abby kepada anda semua tentang hari-hari yg Abby lalui.

Bulan lalu, satu pertemuan diatur antara Abby dan c.i.n.t.a hati bersama adik-adik atau lebih akrab dipanggil kenalan sewaktu di zaman kolej. Kami berlima (bersama Syaz, Eddy dan Tasha) keluar pusing kota untuk satu sesi fotografi. hehe......Kenapa?Nantikan post yg seterusnya....


*Ketiadaan mood yg membuak-buak. Mungkin kerna hari ini hari Jumaat...esok, boleh liburan ;)

Wednesday, December 10, 2008

Kecil...

Zaman waktu masih kecil dan bergelar si cilik, pasti menggamit memori sang dewasa. Abby tidak terkecuali. Dan peliknya, c.i.n.t.a hati yg banyak mengembalikan nostalgia 1990an Abby. Pelik sungguh. Ini semua gara-gara dia pernah lihat album Abby waktu kecil (waktu turut membantu Abby sekeluarga pindah rumah) . Katanya comel. Haha...

Di zaman itu, ermm..Abby persis selebriti. Suka bergaya dengan tas tangan mama. Alat-alat solek pun tak betah Abby guna. Haha....memang betul kata si dia. Paling Abby tak boleh lupa, Abby suka betul bergaya dengan kasut tinggi mama. Dan dek kerana suka berkasut tinggi jugalah, Abby ada bekas jahitan di lutut....huhu....Mana taknya, sudahlah berkasut tinggi...berlari macam pelari pecut berkejaran dengan sepupu menuruni bukit macam tak ingat sekeliling. Nah....akhirnya menangis raih simpati....hehe.....

Bila berkumpul sesisi keluarga, memang banyak nostalgia masa 'muda-muda' ni. Seperkara lagi, makcik-makcik Abby kata masa kecil dulu Abby pasti merengek nakkan baju yang serupa seperti Azra dan Along pakai (2 sepupuku belah abah, sorang dah jadi mummy pun). Apa juga yg mereka ada dan pakai, Abby mesti nakkan yang serupa. Merengek, meronta Abby minta dengan abah & mama. Hehe...pasti kalut mama, abah waktu tu kan? Kejam betul Abby...hehe...


Gambar pasport kami bertiga yg Mama tampal di satu sudut rumah. WE LOIKE! hehe...nampak tak persamaan jelas pada wajah kami bertiga? pada MATA!...

Abby membesar dengan Angah dan Ajim dalam jarak usia yang besar juga. Kata mama, kalau tidak...kami pasti berlima beradik dan bukannya bertiga. Mama mudah gugur....maka, kami bertiga sahajalah yang mama, abah ada. Sedang elok, 5 orang dalam 1 keluarga. Sekarang masing-masing sedang meniti dewasa.

Zaman kanak-kanak Abby sangat aktif dan lincah. Banyak sungguh kenangan di tadika dan sekolah rendah. Banyak juga anugerah dan pencapaian yg Abby peroleh yg adakala bila difikir semula, ermm....bagaimana Abby betul-betul 'nikmati' kehidupan waktu itu. Mungkin betul kata orang, 'budak-budak tak faham apa-apa'. Meniti dewasa, Abby mulai faham inilah kehidupan yg sebenarnya....kehidupan yg Abby sedang lalui detik ini....

Syukur, rakan-rakan waktu zaman kanak-kanak Abby masih lagi bersahabat baik dan berhubung. Rindu kalian semua apatah lagi Abby sudah jarang singgah ke Kluang.......


* Berazam nak scan lebih banyak gambar-gambar Abby masa kecil....hehe...

Saturday, November 29, 2008

Nenek...


Pemergiannya telah ditentukan...Pabila sudah sampai seru, tiada siapa boleh menghalang.
KetentuanNya ini juga tidak pernah lewat mahupun awal seminit dua...

Fatimah Ibrahim, ibu kepada mama kembali ke Rahmatullah, pagi 29 Nov. Perkhabaran ini sememangnya meruntun hati Abby sekeluarga..

Nenek Timah, yang digelar oleh sang cucu...semakin uzur di hujung usianya. Sudah tidak lagi betah bercakap dan juga tidak kuat untuk berjalan lauh. Adakala nenek sudah tidak mengenali anak, menantu dan cucu yang ada.

* Gambar terakhir nenek yg Abby rakam adalah gambarnya bersama Pakcik Nasrun pada Syawal lalu...
.....

Pagi ini, khabar berita ini Abby terima agak lewat, gara-gara kantuk yang amat menelaah di sebelah malamnya.

Abby menjangkakan kemasukan nenek ke wad pada malam sebelumnya hanyalah rutin biasa untuk jalani pemeriksaan. Tetapi nyata Tuhan lebih sayangkan dirinya...

.....

Jenazah nenek sempat aku tatap...sayu dan tenang, dengan mudah airmata Abby mengalir. Abby kucup pipi dan dahi nenek buat terakhir kali...Teringat kembali zaman Abby masih kecil dan nenek ketika sihat walafiat lagi. Nenek suka bergurau dan perangai saling tak tumpah macam mama....

Nenek dahulu bekerja sebagai jururawat hospital. Arwah memang punya ramai kawan dek kerana sikapnya yg ramah. Sehinggakan di akhir hayatnya, ramai yg hadir memberikan penghormatan terakhir.

.....



Sekarang Abby hanya punya seorang nenek, Nenek Habsah. Ibu pada abah.

Nenek Habsah yg memang dalam 'siri lawatan' melawat besan-besannya, sedih kerana tidak sempat berborak dan bertukar cerita dengan nenek Timah.....

....

Kedua-dua datuk sudah tiada sejak Abby masih kanak-kanak. Hanya cerita dan gambar sahaja yg menjadi pengubat rindu.

Semoga roh-roh mereka tergolong di kalangan orang-orang yang beriman.

Aminnn......