Wednesday, August 29, 2012

Menghampiri Hujungnya...

September is coming and leaving August behind. It's happening, real soon. 

Dalam saat menghampiri hujung-hujung tahun ini, apa dan siapa yang berada dalam fikiran dan menjadi antara yang paling banyak kamu ingin ingat dan terkenang? Tiada? Sedihnya. Pasti ada bukan.

Macam saya, for the past eight months, I could say, I've been given tremendous opportunity and lifetime experiences especially when I have been selected by the Uzbekistan government to visit their country last month of June. The 7 days 6 nights trip was excellent with million zillions of stories and 'seeing-is-believing' experience there.

Eh eh saya belum menceritakan ianya di sini, kan? (Hahahahaha, cerita di laman blog utama pun tersangkut tengah jalan, inikan di sini) Pening!
Banyak lagi insiden lain. Tetapi for the past two years, saya diberikan peluang dan kesempatan untuk melawat negara orang. Bahagianya rasa. Kedua-duanya disebabkan oleh tuntutan kerja. Alhamdulilah. Memang menjadi impian & angan-angan saya untuk kerap melawat negara luar kalau boleh sekurang-kurangnya sekali setahun. Wah, kelas!

Tidak salah berangan bukan, mana tahu or mmg akan jadi kenyataan, one fine day :) 

Bila menghampiri juga penghujung tahun ini, baru sedar usia sudah tidak akan turun satu angka. Malah, akan naik dan meningkat aje kejenya. Tidak gitu?

Dalam pada usia kian meningkat, janganlah ianya dijadikan alasan untuk bermasam muka. Ada banyak perkara boleh dilakukan dan dihargai sementara nyawa masih dikandung badan. Saya juga gemar mengingatkan diri sendiri tentang kenyataan ini.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang kini mempunyai anak seorang. Terasa diri ini hanya didedikasikan khas sahaja buat anak tercinta. Dan selalu juga saya mengharapkan kalau boleh agar masa-masa yang dilalui bersama anak teruna yang masih kecil ini biar lambat-lambat aje berlalu. Huhuhu...Sungguh! Tidak tipu.

Mencuba juga kalau-kalau saya boleh gunakana bahasa pasar mengarang di sini. Nampaknya tidak boleh lah. Bahasa rasmi macam dah jadi 'darah daging'.
Saya cuba.

Dipendekkan ceritalah, menghampiri hujung tahun ni buat rasa diri tua sangat-sangat. Rasa macam biorlah lambat sikit masa tu berjalan. Rasa macam tidak puas 20-an. Lagi empat tahun sekalipun nak tukar angka jadi 30-an, terasa macam 'Takpelah, tahun. Hangpa datang lain hari k? Biar lambat asalkan selamat orang kata'. Nais tak?

Semalam entry saya macam marah. Hari ini entry saya macam 'ke laut'. Mungkin kesan tekanan semalam masih berbaki. Bahahahahahaha makanya biar saya layankan diri aje, buang masa menaip entry nie. Pada yang suka, membaca, bacalah.

Jangan sampai blog ini bertukar jadi blog cerpen atau novel sudah. Tapi bolehkah ek? Hamba tidak reti la berimaginasi. Berangan, hebatlah! Ces!

Mana tahu sudah sampai ke hujung tahun, di permulaan tahun depan saya boleh buka buku baru?! Kan? Who knows? Doakan. Sebab saya nak cuba banyak bidang-bidang baru lain, bukan setakat yang saya mahir sahaja. Sekurang-kurangnya bak orang kata, 'Life is too short to only do one thing'. So WHY NOT?

Adios.



Tuesday, August 28, 2012

Jangan, jangan...

Saya kurang pasti perangai insan dan umat yang seorang ini. Entah silap angin kus-kus melanda atau sebenarnya ada lebihan atau mungkin rembesan hormon yang tidak sepatutnya ada dalam badan telah menyebabkan, insan yang seorang ini bertindak macam carca-marba. Macam ada sesuatu yang 'kureng' pada kewarasan emosinya. 

Emosi, I repeat. Bukan akal. Akal, dia maha hebat serba serbi. Semua pada fikiran dia, betul. Semua pada pandangan orang lain, SALAH. It's a BIG NO NO kalau ada pendapat bernas dan cergas dari orang lain.

Saya juga bukan insan sempurna. Buktinya, naah. Bila mana saya tidak puas hati, geram dan sebal, saya 'hentam' dan luahkan perasaan sahaja di blog. Saya memang tidak sempurna, mungkin 1000 kali lebih jahat dari insan yang maksudkan (macam dalam perenggan pertama). Tetapi, pada saya lah, jangan la bersikap orthodox. Please, You've been repeating doing this over and over again. 

Sampaikan ...

Saya dan rakan-rakan lain macam sudah fobia. I am not that outspoken to anybody simply. That's not me style. Tetapi sekiranya keadaan memaksa, jangan sampai saya meletus. Sebab gaya anda, cara anda, perilaku anda cukup memberikan impak dan kesan 'dramatik' pada saya. Dramatik bukan apa. Terlalu memberi stress dan kesan mendalam sampai rasa mahu tarik rambut dan hentak kepala di dinding sahaja. Horror sungguh!

Sejujurnya, sudahlah saya bukan orang sempurna, makanya kalau saya beri nasihat atau kata-kata (konon) yang bolehlah dapat mengubah mata dan hati insan yang seorang ini untuk berubah sikitttttttttttttttttttttttttttttttttttttt, saya sudah boleh bersyukur tadah tangan, okay?! Betul!

Bila mana seorang manusia itu ego, ada perangai tersendiri yang rata-rata tidak semua orang semua dan ramai bercakap belakang, what do you expect? So that people will get closer to you in future? NO. So that people know your honesty and kindness? NO. Sebab kesemuanya hanya nampak di pandangan mata kasar. Sebaliknya, ramai boleh hidu, you're fishy enough to treat us all that way. Bukan niat hendak mengajar pun sebonar-bonarnya. Tetapi lebih kepada menganiaya.

So how?!

Sampai satu tahap, kalau saya cuba juga untuk mengatakan TIDAK kepada arahan dan permintaannya (yang pada saya, tersangatlah di luar penerimaan kotak fikiran & tiada kena mengena langsung dengan tuntutan kerja), saya kena keringkan hati dan kentalkan telinga! Seriously! I tell you! KERING & KENTAL (K&K)

On another note, insan lain yang kena ada ciri-ciri K&K ini juga adalah insan terdekat dengan saya, iaitu Encik Suami. Yes, he is! No choice, but have too!

Bukan apa. Akibat bila berani mengatakan TIDAK tadi itu, si insan ini boleh berubah watak pula menjadi seseorang yang fuh, fuh ... kaki perli-memerli ikut suka. Sudahlah tu kalau perli sambil bercerita kepada satu pihak sudahlah, ini tidak! Dipukul canang macam mahu 1 level ni tahu apa berlaku.

Wah, hebat betul penangan perangai kamu yang ini tau! Sangat mengguris hati. Hati saya ni kecil, rapuh dan teramatlah fragile. Bila diperli gitu, stress nak mati rasa! Budaya perli-memerli ini macam sudah sebati sangat saya kira ada pada kamu.

Though you're way way too older and aging than me, but your age and your attitude doesn't sync to each other. HONESTLY! Anda keseorangan kah, anda mahu kan teman kah? Beritahu. Jangan selindung, jangan ego. Itu yang bersangkut paut tu. Bila berperangai balik, kawan pun seekor dua. Lepas tu tuduh diri sendiri 'mulut jahat'. Dah memang, hang 'mulut jahat'. Hati tu tak pasti. Tu hati lu. Wa leh baca je. Tak leh bedah and tafsir. Stressss wo!

Bila terlalu banyak 'hentaman' dan stress yang saya terima di pejabat, En Suami la orang paling setia menadah telinga dan menghadap saya dan terus-terusan setia mendengar apa pun celoteh saya. Dia pula redha dan memang jenis tadah telinga aja mendengar. Terima kasih Sayang. I know you're good at this and that is why I love you. Menerima dan menyayangi saya seadanya.

Berbalik kepada insan yang seorang itu ....

Percayalah kataku, anda memang berjaya menghuru-harakan emosi saya hari ini. Anda juga hebat kerna berjaya memporak-perandakan hormon saya untuk terus dipam keluar dan merembes tekanan darah yang mungkin tinggi juga. Sebabnya anda hebat. Hebat dalam bab ini. Annoying all day. Emosi tak menentu. Membabi buta marah dan menegur. Sungguh, sungguh saya benci dengan perangai kamu yang SATU ini.

BENCI TAHAP DEWA!

Terlalu panjang saya menulis tentang dia ni. Mungkin terlalu benci juga sebab apa yang berlaku hari ini. Tersangatlah terkesan kami di pejabat. Subhanallah, Maha Suci Allah. Semoga dosa kami ini diampunkan lebih-lebih lagi saya yang ikhlaf dan serba serbi dalam keadaan hasutan syaitan (amarah), dan KAU ubah lah juga hati dan naluri kecil insan yang seorang ini untuk setidak-tidaknya berubah agar lebih disenangi kelak, baik lahirian mahupun batinnya.

Teraniaya & terkesan emosinya,
Abby



Imran Imtiyaz...

Untuk lebih adil & saksama, baik saya buat pengumuman terbesar di laman blog ini. Sebab ianya sudah sangat ketinggalan kalau tiada siapa memberitahunya di sini.

I AM A MOTHER OF ONE, NOW! MOTHER TO A SON NAMED IMRAN IMTIYAZ.

Fullstop!

Berita ini sudah basi sangat. Anak teruna sulung saya itupun sudah menginjak angka usia 2 tahun. 24 bulan. Banyak angka ha. Maka anda rasa ketinggalan tak sangat-sangat?



Itulah dia anak teruna saya. Ini ketika umurnya menjelang 2 tahun. Belum genap atau lebih 2 tahun. He is a very handsome and active boy. Adore him every single bits and seconds of my life. Dia kanak-kana unik dan sangat istimewa di mata saya. Terlalu banyak perkara indah, manis dan pahit juga setelah kelahirannya, tetapi itu semua menjadikan rencah kehidupan saya semakin menarik dan bermakna.

Banyak juga gambar dan perkongsian tentang tumbesaran Imtiyaz ada saya tuliskan di www.abbyhakka.com. Makanya, jangan malu-malu dan segan untuk membelek di sini ya. Rentetan kehidupan sejak kelahiran Imtiyaz yang saya suka panggilnya Iyaz, penuh dan panjang versionnya di sini. Sila-sila.


Monday, August 27, 2012

Menyukai Ini...

Tersangatlah cinta yang sebenar-benar cinta pula kepada blog saya di blogger ini. Sudah semacam cinta pandang pertama! Help, help! Terima kasih la kepada wartawan Harian Metro yang telah membuat onar sehinggakan saya 'merujuk' kembali kepada laman blog yang satu ini. Ibarat tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mula-mula belajar blogging dahulu.

Semakin cool bebonar Blogger ini sekarang. Kalau pada sesiapa yang pandai godek itu ini sikit, I am sure your Blogger will look stunning and interactive as you wished. Sumpah! Saya jenis mementingkan kesederhanaan dan kecomelan juga. Pada saya, kalau kedua-dua elemen ini ada, saya sudah cukup 'berbahagia'. If you know what I mean :)

Blog-blog saya memang picisan sahaja. Tiada yang gah dan tiada juga jutaan follower yang beribu riban angkanya. Cukup sekadar, I have my own space and place to chat, write and tell people. Enough said. Hobi suka-suki la bukan. Ada saya perlu kisah akan apa orang nak kata.

Tetapi saya tidak sangka ada yang kisah rupanya dengan apa yang pernah saya tulis dan 'lempar' di sini. Dalam ayat yang baik sikit, apa yang saya berkongsi di sini. Sampaikan gambar saya juga ada yang sanggup ambil, curi dan kasi mudah kerja depa.

Haih, adab mana adab? Budi bahasa hado? Nan hado, la bukan kalau dah ada kes cenggini. Sedih.

Ini part saya tidak sukai pung!

Now I am contemplating myself whether to put the story here or at the main blog of mine. Ceciter ceciter kasi bantu saya. Hehehehe...

Happy Independence Day, babe! Soon, it's coming!

Sunday, March 14, 2010

Bukan Sesuatu Yang Baru...

Ola...
 
Ya, bukanlah sesuatu yang baru kalau mana anda perhati Abby kembali aktif berbicara di lama lama kesayangannya ini.
 
Ini bukanlah disengajakan tetapi ada sesuatu yang sangat menarik tentang Blogger rupanya, yang buat saya kembali jatuh cinta kembali berblogging di sini.
 
Kalau dahulu Wordpress jauh ke hadapan dengan segala feature yang sangat memudahkan, sekarang Blogger juga boleh tahan. Sudah boleh menandingi Tumblr dan segala macam blog site yang lain-lain.
 
I like, super like.
 
Dan antara sebab lain saya singgah dan jenguk di sini adalah kerana unsur-unsur plagiarism yang mula menular secara tiba-tiba.
 
Saya akan kembali di sini, menulis mengenainya, bila kelapangan. Saya tidak pernah mencuri, tiada siapa suka kegiatan mencuri melainkan pencuri itu sendiri. Betul?
 
Kembali lagi nanti.
 

Thursday, January 14, 2010

Rumah Tetap...

Sudah penat berpindah. Maka, rumah tetap jadi pilihan. Kalian, jangan tidak singgah pula ya.

Jemputlah...



 
Wee!Teruja!Cantik & Mudah.

Jumpa kalian di sana! Dan di sini juga, bagi mereka yang tidak pernah melupakan saya.
 
Al-maklum, selera saya gemar berubah.
 
Silalah berkunjung dan terus setia berkunjung.
 
 

 

Wednesday, January 6, 2010

Rumah lain...

Ke hadapan blogger dan viewer sekalian,

Abby sekarang lagi sedang bermaharajela di rumah lain. Sungguh. Semacam lupa dia punya rumah yang satu lagi. Dengar cerita, rumah baru Abby baru lepas renovate dan ada sedikit pengubahsuaian dibuat. Al-maklum, azam tahun baru 2010 katanya.

Kalian tidak mahu perkembangan or bebelan or cerita mengarut Abby yang terbaru ke? Cari di sini.

 
Dengar cerita, Abby sudah mahu tukar domain. Kalian tidak tahu? Ha, baik segera klik. Abby kan sumber segala cerita.



Eh silap. Apa punya statement?!Sangat tidak sedar diri. Hehehe...


Jangan tunggu lagi. Klik sahaja. Ia tidak akan buat PC/laptop anda meletup pun. Maka, tidak salah klik, bukan? Wee!
 


Selamat Tahun Baru 2010!
 
Semoga tahun 2010 adalah tahun yang cemerlang buat kita semua....Amin~