Saturday, December 12, 2009

Ahli Keluarga Baru...

Wah, sudah ramai yang meneka yang bukan2 ini. Lagi-lagi bila baca tajuk post. Sudah, maksudnya tidak sama, walaupun boleh memberi kefahaman maksud yang sama. Wo wo, tukar topik!Pening reader kang nak baca post ni. Ok?

Nampaknya keluarga besar Nenek Habsah bakal terima ahli keluarga yang baru lagi iaitu..........Jeng jeng jeng. Sudah tentu lah, bakal suami kakak kita ni.


Bakal melangsungkan pertunangan 26 Disember ini, dan diikuti selang 3 bulan pula majlis pernikahan dan persandingan. Wow wee!Rasanya belum ada official meet betwen Abby & Mr Hubby dan juga Azra & Mr Hakim. So, we are really looking forward to see them. In fact, the whole family of us, Azra!Setakat dengar-dengar cerita, giler panas makcik pakcik kita bergosip, you know? Bab sakat-menyakat, jerit mengilai kan serah kat kiter?Hehe..

Big congrats to you both!

Meriah tahun 2010 nanti. Hakim akan jadi ahli baru, Mr Hubby juga agak baru, dengan gelaran yang baru diraihnya. Hehehe...Bayangkan kalau kita semua berkampung di Sabak Bernam?Wah gegar!!!!!Poco-poco la, apa lagi?!

Ahh, tak boleh cerita pasal Sabak Bernam. Teringat kat semua. Semua orang, semua gelak ketawa, semua suara riuh rendah budak gelak, menangis, melawak dan pendek cerita, semualah!


p/s: Budak baju putih tu datang melawat Abby malam tadi. Genit, aksi konsert hari terakhir di tadika jadi bahan cerita utama dia nak kaborkan pada kak Bilah. Wow!Genius you, Aime..Belajar pandai-pandai.

Episod Tidak Sampai Hati....

Hye blogger semua!Rindu saya? Tipu ah!Abby ada update kan di sini? Menipu sungguh kalau kamu rindu. *sigh..


Janganlah pula rindu jejaka di atas ini eh? Terlebih sudah tu. Gurau2. Petang-petang begini kan best bergurau senda, tetapi si dia pula bekerja. Okeyh2, bergurau dengan Blog sahaja memadai!Noktah!. (^_^).

Di petang Ahad macam ini, selalunya Abby memang berada di rumah sahaja. Selesa benar berada di rumah. Menyapu, kemas rumah, mula memoton bawang untuk ditumis, sediakan bahan-bahan untuk dicampak ke dalam kuali macam mendamaikan. Buat masa ini, kesempatan berbuat begini hanya boleh pada waktu Sabtu dan Ahad. Waktu bekerja, seperti keletihan benar nak ngadap dapur. Huhu....

Nak buka peti ais pun macam takde selera. Wah deskripsi melampau. Ini habit duduk berdua masih bolehlah, kan? Kalau sudah bertiga, wahahahahaha....*Senyum dulu Abby sekarang, senyum kau puas2! Hehehe

Sebenarnya dah terfikir suam-suam hari tu (instead of masak-masak. Hahaha). Hendak dipadamkan sahaja akaun di Blogger ini. Tetapi seperti tidak sampai hati pula, kenapa eh? Sangat-sangat tidak sampai hati. Rasa comel juga template sedia ada ni, hendak diubah pun sayang.

Ahh dilema. Macam susah je nk wat keputusan. Pernah terfikir hendak tegarkan sahaja blog Wordpress itu, tetapi adakah reader di sini pernah baca Wordpress?Serius, menjadi tanda tanya. Al-maklum siapalah Abby. Sekadar blogger picisan...Ye ye, setuju!Tak payah cerita.

Sekian la episod tidak sampai hati. Sampai hati pula hendak berhenti di sini. Hendak layan dvd Korea. Minta izin lalu....

Friday, October 30, 2009

Penyatuan...

Alhamdulilah, kami telah pun selamat disatukan. Sangat sangat seronok, lega dan membahagiakan sekali. Beralih lagi Abby ke satu fasa dalam kehidupan.

Terima kasih kepada kalian yang sudi mencemar duli menghadirkan diri ke majlis keraian kami.
Kalian yang terdiri daripada rakan-rakan sekolah rendah, menengah, matrikulasi kolej sehinggalah kepada teman sekerja, terima kasih banyak-banyak.

I heart everyone!

Jangan lupa kuatkan volume speaker anda ya. Saya masih di dalam mood perkahwinan..hehehe

p/s: Sekarang lagi sibuk membiasakan diri dengan tugasan seorang itu. Waima, tugasan di pejabat tetap jadi keutamaan. Mujur Encik Suami (Mr Hubby) sangat memahami. Heart you too!

Sunday, October 11, 2009

Himpunan Hari Bersejarah...



Salam sejahtera buat semua. Salam kebahagiaan juga buat anda dan seisi keluarga, mahupun insan yang anda cinta dan sayang.

Hadirlah rakan-rakan blogger dan semua sahabat serta kenalan
ke Hari Himpunan Bersejarah saya dan pasangan mengikut keterangan di atas. Kehadiran anda sememangnya dinantikan pasangan mempelai serta tuan rumah. Moga kegembiraan hari bersejarah ini dapat saya kongsikan bersama anda semua, yang sudi hadir meraikan cinta kami. :-)

p/s: Oh tidak sabar rasanya untuk memanjakan diri di D'Ratu minggu hadapan. Juga 'Hen'sParty' bersama BFF di Cineleisure. Cant cant wait. Teruja!

Tuesday, September 22, 2009

Raya 1430H...

Penat berceloteh panjang di sini, giliran layan gambar sahaja pula lah ek. Gambar terbaik daripada koleksi Raya 2009 yang ada. Letih nak mengarang, apa lagi mengarang di pejabat. Bahasa tidak berapa nak berbunga dan ber'sanskrit'. Hehe...



Santek~! Orang tua ku yang sudah tahu berkata 'Along, angle yang ini la amik gambar' . Sudah tahu apa shot yang mereka mahukan.


Wah, romantis habis~!




Yang ini cukup romantis tak? Belum cukup kut, usia hubungan baru masuk tahun ketiga, tidak seperti mereka yang di atas tu, sudah 23 tahun. Mr fiancee, kita pelan-pelan kayuh okey?


Kami sayang Abah! & Mama juga!


Kami ketika dalam perjalanan balik kampung!

Bosan dah dengan gambar hitam putih? Okay, kita bagi warna.




Cik Mah yang cuba mengimbau kisah silam Abah enam beradik melakukan 'aktiviti' di sungai. Aktiviti apakah? Perlukah cerita?





Nenek Habsah yang masih gigih berjalan raya!*wink




Kami yang juga gigih berjalan raya hingga hampir 10 rumah dalam masa 3 jam lebih!*wink


Dan ini muka orang yang SUDAH puas beraya!Sudah bekerja pun hari ini. Menunggu detik bercuti panjang bulan November je, minah ni! ;-)

Saturday, September 19, 2009

Raya...

20.09.2009

Inilah tarikhnya sambutan 1 Syawal 1430H. Kebetulan pula.

Salam Lebaran dari kami,




Nabilah Saleh & Ismail Ali

Buat semua pembaca Abbythejournalist, Salam Aidilfitri kami ucapkan. Semoga kalian bergembira di hari yang mulia ini serta senantiasa memperoleh barakah yang lebih lagi. Segala keterlanjuran kata, terusik jiwa hasil mainan kata di kedua-dua blog ini, kami memohon ampun dan maaf.


p/s: Tidak sabar untuk bergambar raya esok pagi. Moga koleksi Lebaran tahun ini secantik dahulu.

Saturday, September 12, 2009

Membeli...

Ramadhan 24


Lagi-lagi cerita Iftar. Bosankah? Tidak!Abby tidak pernah bosan, lagi-lagi tahun ini apa jua iftar yang Abby lalui semuanya adalah yang terakhir sebagai anak dara. Harus happy!Yeay!




Hehe, bunyi bukannya menyesal. Cuma mahu enjoy dan nikmat setiap saat itu bersama teman-teman.



Buat kesekian kalinya, kami wanita-wanita dewasa bertemu lagi.




Wah, ayat tidak boleh blah! Yan, ko pasti orang paling suka ayat wanita-wanita dewasa itu ;-)



Bertemu kali ini memang tidak dirancang. Secara mengejut. Auntie J menelefon mengajak Auntie Abby berbuka sama. Katanya wanita-wanita dewasa ada.




Yan, aku rasa baik kita praktis nama panggilan auntie-auntie (dengan harapan Izyan bakal bergelar mummy. Kwang Kwang Kwang). Mesti sewonok!



Kemudian, Auntie Abby pun beritahu lah mr fiancee untuk tukar plan. Mr fiancee setuju. Bertolaklah kami ke The Curve jam 6 petang.


Sesampai sahaja di sana, kami terus ke Penang Little Cafe. Orang sudah sesak benar. Sabar sahajalah dalam hati. Bukan Abby sahaja yang mahu berbuka. Sabar sabar.


Ibu mertua Yan juga turut serta. Sedikit kaku perbualan wanita-wanita dewasa senja tadi. Rasa seperti tidak jadi diri sendiri.




Serius, I don't like!



Tidak mengapa, lain waktu mungkin kami 'bisa' hilang akal. Pertama kali, ada yang lebih berusia bersama kita, mungkin lah sedikit kekok, lebih lagi rasa hormat padanya.


Yang menariknya, wanita-wanita dewasa ini adalah golongan pertama yang menerima Kad Walimatulurus Abby. Cun!Lepas ini barulah boleh dipanjangkan jemputan kepada yang lain-lain pula. Sabar ya kalian.


Habis berbuka, wanita-wanita dewasa berpecah. Auntie Abby ke IKEA, me'shopping'kan diri manakala Auntie-auntie lain ke E@Curve. Ada benda menarik di sana tau, mahu tahu apakah ia?


Tadaaaaaaaaa....


DSC_1772




Okay Mummy Izyan, minta bersedia. Kerana promosi yang akan diuar-uarkan di bawah ini menuntut suatu janji-janji daripada mu!Wah bikin suspen!



Inilah ruang niaga (push cart) milik Izyan Wahidah dan suami. Class gitu!Kini sudah bertapak di E@The Curve. Caya sama kamu!




Aku tahu Yan apa dialog kau lepas ni kalau aku singgah lagi kedai ko?


Izyan:


Takkan tengok aje?


Abby:


Ye ye..aku beli!



Wah, bunyi terpaksa. Hehe..acah sahaja. Kawan saya yang seorang ini memang peniaga. Setakat ini rasanya tas-tas tangan dan beg-beg sahaja.


Apa yang dijual oleh Puan Izyan dan suami, menurut Abby dan Mr fiancee, sebenarnya lain daripada yang lain. Mereka jual bukan handbag biasa, tetapi yang sedikit funky, gila2, abstrak,unik & sesuai sangat dengan taste muda-mudi. Paling best, tak kisah apa bangsa pun boleh layan pakai beg ni.


Tengok sahaja koleksi yang ada di kedainya.


DSC_1776


Opps, yang paling depan corak bunga berlatarkan warna coklat sudah dimiliki ABBY!


DSC_1781


Ok, yang belah kiri ni hampir-hampir buat Abby ter'over' bajet! Hehe...Nasib! Yan, boleh simpankan ke untuk aku? Huhu...


DSC_1780


Yang ini comel! Makanya nasihat Abby kepada semua, kalau sukakan benda yang comel-comel, kiut-miut, ala-ala remaja tak berapa nak remaja pun boleh, singgahlah ke kedai makcik seorang ini. Di tingkat 1 bangunan.


DSC_1798


Bagi Abby, mesti ramai tertarik sekali pada beg-beg di bawah. Sebab comel bangat. Abby belum nampak kesesuaiannya lagi untuk Abby pakai. Tetapi Yan sungguh bijak lantas disuruhnya Abby wat beg simpan susu and lampin anak.




Bernas Yan idea mu itu!Aku tuntut nanti! ;-p



DSC_1775


Comel kan? Jadi jangan malu jangan segan OK!Harga sangat-sangat berpatutan. You can trust me on this, chewah~


Abby memborong 3 beg dalam 1 malam. Hehe. 2 untuk Abby, 1 untuk Mr fiancee.


Okay, menarik sikit Iftar kali ini sebab boleh shopping & lepak di kedai kawan sendiri.


Selamat Maju Jaya, kawan! Moga sukses selalu bisnes kamu.


DSC_1803


DSC_1789




* Maafkan mereka disebabkan aksi yang tidak se tut tut si suami Izyan. Dia memang begitu. Ini 1st time, gambarnya disiarkan di blog Abby. Gambar sebelum-sebelum ini kena pk 10x nak masuk blog. Hahaha..kidding guys!