Pindah? Bukan...Bukan pindah blog lagi, tetapi kali ini pindah rumah!For real!
Tapi..
Bukan Abby, giliran mr fiancee pula pindah rumah. Dari rumah bujang kini ke rumah yang bakal didiami bersama madamnya (ekekeke....soon, after October).

motif gambar? saje. Sedang mood dilanda cinta. Bukan memadu kasih sayang ya?Belum tiba masanya..haha
Kalau kalian ada membaca
di sini, pasti kalian semua terkejut camne pula adanya rumah lain untuk disewakan dalam masa sekelip mata selepas frust dengan insiden berkenaan.
Ya. Ada. Jangan engkau tak percaya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya. Bagaimana lengkap sekalipun perancangan yg kita atur, tetapi kalau dengan kuasaNya tidak mengizinkan, maka takkan terjadi apa2 pun.
Ya, pada dasarnya mungkin itu yang terjadi. Kami berdua rancang itu ini, ditambah pula dengan nasihat mama abah, kami yakin kami dpt laluinya. Tetapi dipendekkan cerita,
di sini ada ceritanya...Tuhan itu sekali lagi menunjukkan kuasaNya malah dianugerahkan suatu rezeki yang wow~!Alhamdulilah....itu sahaja yg mampu terpacul di mulut kami semua.
Sedang dia...

..pastinya orang yang paling gembira waktu ini kerana..anugerah itu berupa rumah yg sudah lengkap serba serbi dengan perabot dan kemudahan-kemudahan asas yg lain.
Rezeki kita atau kamu, mr fiancee barangkali...Alhamdulilah, mama abah tumpang gembira juga kan, awak sendiri nampak....
Gembira bukan kepalang si mr fiancee ni waktu kami sama mama pergi jumpa si tuan rumah, haha..mmg tak tergambar dengan perkataan. Tidak pulak Abby pegang kamera waktu tu. Kalau ada, akan ku tepek sini jadi bahan bukti.
Rumah teres 2 tingkat, corner lot...Seperti tidak sabar pula hendak bawa mak, bapak & ucop dtg tengok umah.
Minggu hadapan 26 dan 27hb Abby meng'OFF'kan diri untuk turun padang membantu. Mama juga. Bibik sama. Haha..siapa lagi bala tentera pada hari itu ya?hikhik..Kalau sudah cuti sekolah, sudah lama aku
kidnap 'anak-anak' aku di Banting itu.
Selebihnya cerita atau corat-coret mengenai rumah baru, kalian semua baca bebelan
di sini ya. Abby gemar membebel di wordpress, di blogspot ini lebih suka berkongsi gambar dan buletin-buletin ringkas sahaja.
haha..boleh pula diklasifikasikan begitu? Boleh bah! Aku author nya, aku juga administrator nya~!hikhik..
Okey, Oktober nanti akan ada 1 majlis gegak gempita (over sangat taw~!) akan berlaku di Saujana Utama. Kami sepakat akan adakan majlis pernikahan dan persandingan menggunakan hanya laman dan ruang tamu rumah sahaja. Lupa..jalan raya sekali!~hahaha
Bermakna..di rumah sahaja, kengkawan~ Simple yet meriah, itu mmg jadi idaman ku. Meriah bkn kerana hiasan, tetapi kehadiran tetamu yg ramai dan pelbagai .. hikhik..biar semua yg kami jemput hadir dan menggembirakan Abby & mr fiancee pada hari tersebut k?
Ramai yg tidak ketahui Abby sudah membeli sebuah keta, Viva. Cumil lg blueish~ 

Ringkas, selesa untuk kami 5 beranak. Haha...korang tertanya-tanya ke di mana kedudukan pelamin?Hehe..Berteka-teki la kalian. Abby sedang berkira-kira juga ni..Hangat jadi pale berfikir.
Sekian sahaja episod Pindah. Nantikan gambar2 kami berpindah rumah pula ya. Tak lama, minggu depan je ;-)