Saturday, July 18, 2009

Julai...


Bagi Abby, bulan Julai adalah merupakan bulan yang paling signifikan dalam hidup.

Sebabnya, terlalu banyak peristiwa yg berlaku sampaikan setiap tahun, Abby memang menanti-nantikan 'keajaiban' datang pada setiap kali Julai.

'Keajaiban' yg selalu Abby minta setiap kali menadah tangan memang pelbagai. Bukan tamak, cuma berharap dan tawakal agar punya rezeki untuk Abby di masa-masa mendatang.

Alhamdulilah, berkat tawakal yang tidak putus2, kesungguhan berusaha dan keredhaan mama&abah terhadap kehidupan yg Abby lalui, walau sesukar mana hidup ini Abby lalui juga dengan apa cara.

Pendek kata, redah je.................................;)

Berikut peristiwa di dalam bulan Julai yang pernah terjadi dlm hidup. Kronologinya mengikut tahun pula kali ini....

1986

21 Julai - sudah tentu kelahiran Abby jam 7.35am menceriakan kehidupan pasangan Saleh&Zaiton. Lalu dikurniakan nama, Nabilah yang bermaksud yang mulia, yang cerdik.

Kronologi adalah disusun bersandarkan pada ingatanku yg jelas...seperti contoh, tidak ingat pula camne Abby meraikan hari jadi yang ke1,2 dan seterusnya. Itu mahu kena interview kaum kerabat, then tulis artikel. Sure profiling yg best. hehe..


1996

21 Julai - Tidak silap, sambutan hari jadi dibuat di kelas. Mama Abah taja. Seronok bukan kepalang dapat hadiah bukan main banyak. Paling Abby tak leh lupa, sebotol bedak perisa Apple hijau pemberian kawan, namanya Harjinder

Wah, bangga Harjin kalau baca ni. Rasanya mcm itu hadiah paling mahal utk Abby waktu tu. Haha kelakar lak citer. Bebudak sangat........

2006

Bermula pada tahun ini, lepas satu-satu 'keajaiban' datang. Semuanya sekitar Julai...

1. Memperolehi pinjaman MARA utk sambung pengajian dalam bidang kewartawan, setiap semester perform dengan baik dan tidak mengecewakan

2. Dilantik pula jadi Presiden MPP
(hard times & unexpected but Im grateful as ive learned a lot!)

3. Perkenalan dengan mr fiancee yg sudah lebih 2 tahun berkawan bertukar menjadi kekasih. (teruja memulakan satu komitmen as this is my 1st relationship & last, as what Ive dreamed for!)

4. Keraian birthday Abby & mr fiancee hanya selang 12 hari.

2007

21 Julai - Sambutan hari jadi dalam suasana sudah bekerja. Dalam industri.

Credit : Abg King

2009
13 Julai
- Alhamdulilah, kerjaya kewartawanan maju setapak lagi. Kali ini tukar arah angin. Kini di sektor korporat, Abby bersedia untuk mencuba sesuatu yg baru. Sekali lagi, Julai (Rejab, bulan Islamnya tahun ini) membuka lagi rezeki buat Abby. Alhamdulilah.

21 Julai -Tiada lain yg Abby pohon dan hajatkan, cukup sekadar sihat tubuh badan utk kerja&amal ibadat serta dikelilingi mereka yg menyayangi Abby sepenuh hati. Juga persediaan menempuh alam rumahtangga 3 bulan dari sekarang. Amin.....

Tulis dedikasi utk diri sendiri pun kau nangis eh Abby..ah, mulus betul jiwamu. Biar begini kan? Kental tapi mulus, suka3!


Makan-makan...


Masih ingat lagi malam itu, di mana Abby ada blast party bersama rakan-rakan lama, Yzuri Gurls?Yes it was a blast one. Best!

Ya, aku tahu aku jenis gelak je orgnya. Korang mmg kaki lawak, berdekah la aku gelak. Siap ada insiden
'magic: semburan air bukan utk kebakaran itu' sudah pasti aku gelak besar
(dlm erti kata tak sebesar gelak Widad). Sebab tu aku kata best. hehe...Ilang tension jap!

Ya, selepas habis waktu bekerja (hari pertama), Abby bersama rakan-rakan A.B.A.D.I (pinjam kata-kata En Wan & Kak Sor jap) ada so called Hen's Party (katanya....). Izyan, yg bakal berkahwin 1 Ogos nnti diraikan di Delicious, Bangsar.

Penyertaan adalah di kalangan mereka yg pernah tidur sebantal, setilam, se'tikar', sebumbung mandi, belajar, tidur dan bergossip utk lebih 2 tahun lamanya. Siapa lagi kalau bukan, Jamie, Syira, Suraiya & Angel. Undangan, Widad ada sama.


Izyan (kiri) org pertama kahwin dlm group kami, everyone's happy for her ;-)

Makanan pada malam tu dashyat2 belaka. That was my 1st time at Delicious, tetapi sudah terus jatuh cinta!

Habislah mr fiancee, bersedia aje!memang dia jadi target utk birthday ku yg ke-23 nnti!Eh bila tu ek? Haha...kawan-kawan sila alert!



Belum makan lagi waktu ni, ada upacara lain duluuuu sebelum makan-makan bermula. Apalagi, kalau bukan penyerahan jemputan walimatulurus la, cik Izyan oii.

Apa kau ingat, kami ingat mahu buta2 shj ke majlis kamu?Kad mesti mau ada la kawan. *In demand tone..hehe


Hehe..Sempoi je kad kahwin minah ni. Ala2 mcm dia gak, 'busyuk'...hehe


Erkkk...Angel, u tgh baca doa ke? ;p


Selesai semua dengan kad masing-masing, makanlah kami berenam. Nyum nyum...sambil borak. Borak tak hengat. Al-maklum, jupe bukan selalu sebab masing2 semakin glamour & berkomitmen lain.

Lepas tu, perangai bebudak Yzuri, tak bergambar, menggedik & pose tak sah kalau tak buat. Harus ada. Inipun koleksi yang ada, hanya sebahagian shj. Tak larat benor nk pose sebenarnya. Nanti lah Abby plan, 1 fine day kita wat photoshoot kt white studio, mcm yg kita impikan dolu-dolu tuh. Okies?


Best!Nanti kita gather lg di majlis Yan, k?


Thanks to Jamie coz planned all this. Hope we can meet more often like this afterward...Godwilling.

Girls, love you all. Buat Izyan, Selamat Melangkah ke Alam Rumahtangga!Yeay!

Ucapan tak hengat kan aku bg utk ko, Yan. Hahaha..

*Oh ya, ehsan gambar dari facebook Yan. Ehsan ke Yan? ;p hope tuan hamba tidak berang~

p/s: Menyusul reunion bersama rakan-rakan sekolah rendah pula. Jangan tidak percaya ukhwah kami mmg kuat sampai ke hari ini.

Tuesday, July 14, 2009

Hari Kedua...

Wah, dengan semangat yang berkobar-kobar Abby menulis tajuk entri kali ini!

Apa kau fikir, ada orang mahu baca hari ketiga, hari keempat, hari kelima, hari ke'bla-bla kau di tempat kerja baharu? Hehe...


Hari kedua sudahpun berakhir jam 6.30pm. Ha ah, lajak 1 jam dari time biasa untuk THUMBS UP (balik)!. Oh tadi, berkesempatan borak & diskusi & nasihat & belajar dengan BOSS Abby, Mr Shukri.

Setakat hari kedua, semuanya nampak OK, tenang dan masih ada ruang untuk bernafas, bekerja sambil rehat mata (sesekali shj), berborak ala kadar. Aktiviti utama Abby hari ini lebih banyak mendengar dan melihat.

Fuh, penat tu 9 jam bekerja mendengar & melihat sahaja. Bergerak dan aktif deria-deria Abby hari ini!


Tugas Abby hari ini lebih tertumpu pada Bulletin & Berita SSSB.

1 perkara yg sangat3 baru buat Abby di tempat keje baharu ini adalah sebab banyak benor term-term (istilah) BARU yg sangat2 lah tidak biasa Abby dgr. Semua itu adalah nama2 singkatan yg digunakan sebagai komunikasi utama dalam pejabat.

Kaget giler bila org bila berciter semua guna short form. Bayangkan SGS, SDS, CIT, LSA, AG, AUG etc..etc. Deskripsi tak cukup dasyhat lg, kamu dan kamu kena dengar sendiri..huhu


Tadi, breakfast & lunch hanya di cafe ofis sahaja yg letaknya di tingkat 3. Pergh, memang bersenam Abby dibuatnya bila setiap kali mahu pergi makan.

Sihatnya!free excercises tanpa memerlukan sebarang pengeluaran duit. Yeay. Tapi kalau naik shuttle dan lunch di luar, FREE juga! hahaha...

Oh ya, hari kedua Abby bawa laptop. FYI, Internet connection di kantor Abby mmg restricted benor!Aiseh, keterbatasan betul Abby selama 9 jam di ofis. Katanya company security, maka aspek2 godam or hack ni mmg dijaga rapi!Pendek kata, SECURITY FIRST!

Kalau tidak ada anjing-anjing terlatih yg boleh gigit3 si pembuat keje tak senonoh di dalam operasi company.

Dalam duk bekerja, sesekali dengar juga bunyi salakan anjing. Itu sudah normal, anjing tgh roll call kut. Hehe....

Pasti, pasti sudah ramai yg pandai meneka apa jenis la kantor Abby ini. Anda bijak! Yeay!

Monday, July 13, 2009

Hari Pertama...

Huhu..Sudah sahih kini Abby bergelar petugas baru di tempat kerja baharu. Malas mahu citer panjang tentang di mana dan apa nama EMPLOYER baru. Kamu..kamu dan kamu cari sendiri ya?! haha...

1st day was awesome!


Abby cerita serba ringkas mengenai kronologi hari pertama lapor diri.

1. Seawal jam 7.30am sudah berada di kawasan parkir warehouse. Fuhh, sama sampai dengan Senior Manager tuuu. Yeah!

2. Melapor diri, menunggu hampir 10 min sajork. Kemudian, ambil gambar ID, buat thumb print (biometrik). Katanya, tidak ada punch card di sini ya, main sua ibu jari je bila sampai ofis dan time balik!hehehe...Best~

3. Tak sampai setengah jam, duduk2 di meja kepunyaan KU, ID sudahpun siap sedia digantung di leher. Haha..PANTAS!

4. Perut lapor, krak kruk. Tidak breakfast, punyalah dedicated sampai awal pagi, sampai tak makan. Alih2 tunggu lunch hour. Pedih perut jap.

5. Nak p lunch, shuttle disediakan (wah..senang hidup). Makan di lorong2 je, di tepian jalan. Ada satu warung ni, ofismate baru recommend. Ok la, murah~ and sedap!

6. My boss, akhirnya masuk keje. Masuk petang kerana semalam berkerja luar bandar (out of town, OK. Not outstation!). Cerita itu ini, serba serbi pasal skop kerja dan syarikat, Abby jadi terhibur! hehe...

7. Tepat 5.30pm, Abby siap berkemas. Time to THUMBS UP! Hahaha. Ada temujanji arini di Bangsar, Hen's Party katanya. Finally, we've made it tonight!yeay!Check facebook for the pics ya?

Sekian, itu sahaja. Esok, sudah masuk hari ke-2!


Saturday, July 11, 2009

Dunia baru...

Dunia baru, bukan tajuk drama eh...Tapi tajuk entry kali ini. Hehe

Yup, Abby lagi menghitung hari sekarang mahu memulakan hidup, dunia pekerjaan yang baru.

Sudah dicanangkan di Wordpress begitu juga Facebook, maka sudah tidak penting dinyatakan berulang kali di sana.

Camne rupa Abbythejournalist ini yang baru? Haruslah! Mood baru, motif dan semangat baru. Semua pun harus berganti baru!


Okay, pekerjaan baru tidak lagi mengambil tempat di organisasi Media. Alhamdulilah. Kali ini ia lebih menjurus kepada minat dan keinginan Abby selama ini.

Masih tidak lari dari skop kerja kewartawanan, pengalaman 2 tahun di Bernama sedikit sebanyak akan juga diaplikasi di sana nnti.

Cuma kerja baru ini melibatkan 2 or 3 areas of job field. Maka nya, Abby tidak hanya tertakluk kepada sesuatu tugasan itu sahaja, tetapi akan lebih multi-tasking selepas ini. Tidak mengapa, bila lagi hendak merasa cabaran kerja sebegini.

Nah, gaya bercakap seperti kerja dahulu tidak punya cabaran sahaja. Fuh, mencabar cuma 'jodoh' di sana tidak lama. Apakan daya...


Isnin hadapan, Abby bakal report duty. Berdebar, cemas dan gelisah pun ada. Serba kalut dibuatnya. Merenung banyak kali koleksi pakaian kerja yg ada, entah cukup atau tidak untuk disarungkan ke tempat kerja.

Argh, alasan la tu Abby mahu membeli-belah. Hehe...

Tak apa, kalau tidak dpt sekarang, esok lusa pasti ada!Tu kan dah jadi tagline hidup kamu, Abby. Hanya perlu bersabar sedikit dahulu.


Cantek gambar Sanggul Lintang pada entri di bawah ini? Teringin betul hendak digayakan masa hari bahagia. Eh tetiba....fokus pada 1 dulu, Abby!haha


Kala ini, sepatutnya Abby lagi sedang fokus membuat kerja-kerja tugasan Uni. Tetapi nampaknya tidak berjaya. Blogging juga jadi pilihan. Tidak mengapa, berbaloi rasanya memandangkan esok lusa, bila sudah bergelar Communication Executive entah punya masa atau tidak untuk mengupdate.

Telinga kamu tidak silap dengar sebenarnya. Yup, mmg ada lagu yang berkumandang. Best bukan? * Kepada mereka yg suka shj...

Lagu-lagu nyanyian SNSD, a group from Korea ni asyik sahaja didengar. Macam Feminin dulu-dulu. Bezanya, jumlah ahli ada 9 orang. Fuhh, mcm Rabbani atau 4U2C ya? hahaha...



Ha, sudah percaya? Sebegini ramai, semuanya punya suara dan wajah yg comel. Mula mengenali mereka selepas tonton KBS World petang Rabu. Ada satu rancangan TV( ala2 mcm Pop Kuiz kalau di Malaysia ni) yang berbentuk pertandingan. SS501 juga ada!Best kelakar giler. Kalau mahu layan, cubalah lihat di sini.

Gaya cerita mcm Abby faham benor bahasa Korea. Sudah tentu, ada subtittle maka tidak menjadi masalah. Tapi kalau tiada pun, akan Abby layan kerana yg ada di KBS World pasti yg comel2 belaka. Haha...~ Angau!

Alamatnya lepas ni, kena layan lagu sahajalah. Hendak dilayan Korean Movies, tidak dapet la jawabnya. Perlu cuti panjang barangkali untuk menonton.

Takpe, tidak rugi kalau tidak dpt tonton. Paling tidak, beli sahaja berbox2 DVD di Speedy nnti. Hehehe...

Okay, mahu bersambung menyiapkan tugasan. Arghh sudah jam 4pm, ngantuk pula.

*Sudah mula rindukan workstation di Bernama.

Friday, July 10, 2009

Hari-hari terakhir...



Walaupun sudah berakhir, tetapi koleksi gambar yang ada di peti email tetiba mengingatkan Abby pada hari-hari terakhir di Bernama.

Berkesempatan lagi menulis sebuah artikel untuk Meja Rencana, Abby gembira di hari terakhir sebagai petugas Bernama.





Thanks to Faez (PrimaCipta) for the pics.

Sedang di dalam mood mempersiapkan diri untuk pekerjaan baru ;-)