Tuesday, June 9, 2009

Bukan hari gembira...

Kalau sudah dugaan, begitulah kehendakNya. Sebagai manusia, Abby redha menerima.


Lumrah seorang manusia, lagi2 menjadi seorang wanita..airmata yg laju menitis dulu. Ketika hendak menerima hakikat perkhabaran/kenyataan tersebut, tahan mana airmata ini sekalipun...tapi akhirnya meleleh juga.

Terima kasih kepada Kak Sor kerana menjadi tempat sandaran pada petang itu.

Dugaaan demi dugaan silih berganti datang. Belum pun sampai 24 jam isu 'dugaan' Abby terjadi, timbul pula perkhabaran bakal ibu mertua tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

Mr fiancee sudah tidak keruan dibuatnya. Memikirkan cuti, dia jadi tak senang hati hendak balik begitu sahaja.

Abby apa lagi, tekadkan juga hati si dia suruh telefon boss minta cuti. Nak tak nak, Mr fiancee kena balik jenguk tgk mak.

Tengah malam tadi, dia sudahpun sampai di Bukit Merah. Katanya tidur dahulu di situ sebelum memulakan baki perjalanan. Abby jadi risau selagi si dia tak betul2 sampai di Pulau.

Doakan segala-galanya beransur pulih seperti sediakala ya kawan-kawan. Semoga dugaan yg datang ini merupakan satu 'rezeki' kami di masa akan datang.

Aminnnnn....